“Travel banyak, share la gambar..”
Aku suka bergambar, tapi aku kurang gemar share gambar ketika travel. Sikit-sikit update, atau tiap beberapa jam nak update FB atau IG dengan gambar travel. Lagipun, aku bukan profesional photog, jadi aku rasa tidak cantik mana pun gambar nak kongsi.
Aku ada prinsip.
+ Aku memilih kualiti bukan kuantiti. Jika gambar tu rasa ada ‘something‘, aku share. Tapi kalau setakat cakap yang aku ni sedang travel, semua orang dah tau kot. Tak payah bagitau pun. Gambar yang aku share pula mesti mewakili sesuatu atau ada maksud tertentu, sekurang-kurangnya membuatkan orang berfikir. Ada gambar aku rasa tidak perlu dishare kecuali ia sesuatu.
+ Aku tidak edit gambar sangat. Over do. Pakai Gopro atau Iphone 5, biasanya editing sangat minimum editing. Apps yang ada pun simple filter sahaja. Dulu aku guna snapseed sampai gambar pun dah jadi fake, sekarang aku dah insaf. Hasil editing ni rupanya lagi power dari gambar asli. Muka tanpa jerawat flawless macam muka anak patung. Gambar awan nampak dramatik berkepul-kepul, langit membiru laut menjernih.
Kekadang aku rasa berdosa buat macam itu sebab beri gambaran palsu tentang tempat aku travel. Ada orang tanya aku lokasi mana amik gambar cantik macam itu. Takkan aku nak jawab “Edit je tu”.. Hah. Sah aku bakal kena kecam. Bahan seumur hidup.
+ Aku sebenarnya orang yang sangat simple. Travel tu bukan luxury. Jadi aku tidak mahu macam humblebrag, acah acah merendah diri tapi ada bau berlagak. Bila ambil gambar main snowman, caption ‘Menyampah betul nak kena bersihkan snow depan rumah’. Kesian kau kat kawan Malaysia tu suhu 40 degree. Atau makan restoran 5 bintang lepas tu tulis “Alhamdulillah, ini je rezeki yang termampu”. Ramai kat luar sana tak cukup makan bang. Jangan begitu. Sensitif sikit. Tak kurangnya otai kau tu kalau tak tunjuk apa-apa.
+ Gambar travel ni semua sama je gayanya. Kalau datang Amsterdam semua bergambar dengan tulip. Dengan Eiffel Tower pun begitu. Jadi aku rasa terlalu mainstream. Jadi aku cuba snap dari sudut lain, celah kangkang contohnya. Atau celah kasut biru aku, acah acah seni. Dah aku cakap aku bukan photographer, dah tentu selalunya gambar nampak huduh. Hahah. So aku kensel nak post kat IG.
+ Aku TIDAK MAHU beritahu semua orang aku berada di mana. Orang boleh track pun. Kalau tiap hari aku check-in location, dah jadi anti klimaks. Semua orang dah tau. Takde element surprise. Mungkin satu dua lokasi agak sesuai, tetapi kalau sampai lalu depan Hard Rock pun check in (padahal tak beli apa pun), apa motif ? Eh.. itu aku dulu.
+ Aku tidak post ke semua media sosial. Aku rasa tidak cukup masa untuk post semua. Masa travel aku lebih suka abadikan saat itu dalam ingatan aku. Aku nak pesan kat pembaca. bila dapat internet, call atau contact keluarga dahulu. Ini tidak, tiap kali dapat Wifi, check in dulu. Mereka lebih penting. Itu famili, bukan fan atau follower kau!
Tapi aku paham lah orang sesekali travel memang excited nak share life moments katanya. Semua dia upload. Macam aku dulu tiap kali singgah Hard Rock Cafe aku check in. Haishh.. Padahal lalu je. Apa la aku pikir time tu.
Sekarang dah matang sikit kot. Anyway, ini aku yang semua tidak perlu setuju. Lain orang lain pandangannya. Lain kembara, lain niatnya.
When social media commitments start to feel like chores, it’s time to switch off and live in the present.
Selamat mengembara!
Nice sharing…..rambut sama hitam hati lain-lain.
Terima kasih perkongsiannya Tuan.
erm..baca entry bro ni wak aku malu dgn diri sendiri…..macam kena setepek kat muka…hahaa…utk next travel maybe aku akan amik kiri butir2 dan pandangan dari bro..part edit gambar, check in dan post kat media sosial tu selalu gak aku buat tuh….huhuu
okay thanks for your insight. ada juga yang part yang memang terkena dekat diri sendiri. bab travel maybe orang excited nak tunjuk kan. for me that’s okay la.
paling kecewa bila certain people, tang part pergi umrah, semua benda nak tunjuk. pergi situ, pergi sana. nak solat jenazah pun bergambar dulu. and buat caption ala-ala tadi. macam a bit overrated lak. rasanya macam better focus antara kita dengan Tuhan kot.