Apa Yang Tak Kena Dengan Azam Baru ?

Antara perkara yang biasa kita lakukan pada akhir tahun adalah menulis azam untuk tahun baru. Sudah menjadi rutin, rata-rata kita akan meletakkan matlamat perniagaan kita secara umum sahaja.  Semacam sudah basi, bila kita tulis azam pun macam tak bersemangat, hangat-hangat tahi ayam, nak tak nak sahaja.

Sesuatu azam yang ditulis secara tidak betul sebenarnya lebih sukar untuk dicapai.. Contohnya :

“Aku nak bisnes aku berkembang tahun depan!”    

Persoalannya : Sebesar mana bisnes anda mahu berkembang? Aspek apakah yang mahu dikembangkan ?

“Aku nak beli sebuah kilang untuk bisnes kerepek aku”

Persoalannya : Di mana kilang tu ? Apa yang kita tersebut boleh lakukan ?

“Aku mahu meluaskan pasaran bisnes ke luar negeri”

Persoalannya : Luar negeri tu luas. Nak pergi ke negara atau negeri yang mana satu ? Eropah ? Jepun? Asia Barat ?

Peter Drucker mengesyorkan supaya kita menulis matlamat dari formula S.M.A.R.T iaitu :

Specific (Terperinci) : Tuliskan angka, tarikh atau matlamat yang ingin dicapai. Sesuatu matlamat yang jelas lebih mudah untuk dituju berbanding dengan matlamat yang tanpa tujuan

Measureable (Boleh Diukur) : Boleh diukur dari segi kuantitatif atau kualitatif.

Achievable (Boleh Dicapai) : Mestilah boleh dicapai berdasarkan kemampuan sekarang. Jangan nak buat sesuatu yang terlalu jauh atau terlalu dekat untuk dicapai.

Realistic (Mesti Real) : Mesti real! Bukan khayalan.

Timely  : Mesti boleh dicapai dalam 12 bulan

Kuncinya hanya satu. Menulis matlamat hendaklah disertakan dengan maklumat terperinci apa yang hendak dicapai.

Tuliskan sekali sebarang angka yang diingin dicapai, hasil yang diingin diperolehi, nama tempat, saiz atau keluasan atau sebarang maklumat yang dapat menjelaskan lagi sesuatu azam itu dicapai.

Dengan menulis dengan lebih terperinci sebenarnya memudahkan sesuatu matlamat itu ingin dicapai. Kita juga dapat menilai tahap pencapaian sebenarnya dan bukan hanya daripada angan-angan sahaja.

Cuba lihat semula apa yang anda telah tuliskan untuk azam tahun 2008. Adakah telah tercapai ? Atau anda tersalah cara menulis azam yang betul ?

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply