You are currently viewing Bila Beragama Itu Lebih Logik

Bila Beragama Itu Lebih Logik

Beberapa bulan lepas anak aku minta duit pergi sekolah. £1. Aku tanya untuk buat apa.
.
“Sumbangan. Ada kelas trip ke Gudwara. Sikh temple sebelah train station”, jawab dia ringkas padat.
.
Ohoi! Buntang biji mata aku.
Buat apa pula pegi temple tu. Aku dah start fikir bukan-bukan. Siap kena bagi sumbangan lagi.
.
Aku tahu di sekolah memang tiada subjek agama Islam. Yang ada kelas Inter Faith, kelas memberi pendedahan tentang agama lain. Senang cerita belajar semua agama.
Tapi takkanlah sampai melawat temple agama lain?
.
Anak aku explain lagi, pergi sana nanti jalan kaki dari sekolah. Sumbangan tidak wajib tapi digalakkan. Disitu nanti diberi makan lagi kalau lapar.
.
Sedangkan hidup di Glasgow lebih ramai orang kurang percaya agama dari menganut sebarang agama. Atheist. Aku sudah mula risau. Takut sangat bila tergoyang dek agama lain. Takut terhakis Islam.
.
Tapi balik dari trip hari tu, anak aku bercerita panjang. Dan aku mula faham.
.
1. Bagi anak aku, setiap perkara mesti ada logiknya. Dia tidak terima bulat-bulat. Agama ini sebenarnya bagi panduan. Anak aku tidak makan pun di temple sebab dia rasa ada makanan lain di rumah. Duit £1 tu pun simpan je. Bukan wajib bagi. Atas kerelaan masing-masing. Tiada paksaan.
.
Masa kecik aku cukup tak puas hati dengan orang tua kat surau. Budak kecil belum sunat mesti saf belakang. Masa itu aku tidak faham dan rasa tidak logik.
Apa kaitan belum sunat dengan saf? Haishh. Sampai sekarang aku masih ingat muka pakcik yang selalu halau budak tu.
.
2. Anak aku faham mengapa agama lain wujud. Kenapa setiap orang ada fahaman agama lain. Asal usul setiap agama. Menilai agama lain itu sebagai subjek memahami kehidupan beragama.
.
Aku ingat dulu masa sekolah, bila subjek agama terus pelajar bukan muslim dipecah ke kelas Pendidikan Moral. Aku pun tak faham kelas apa itu.
.
3. Dia dapat berbincang tentang agama Islam dengan kawan di sekolah secara terbuka. Masing-masing tidak memburukkan.
.
Belum ada kawan di sekolah yang panggil muslim itu teroris bila berkawan dengan orang Islam.
.
Aku syukur aku lahir dari keturunan Islam. Tapi ada masanya aku terima secara bulat, tanpa banyak soal. Main ikut je. Sampai dulu aku percaya kawan aku cakap kentut dalam air boleh batal puasa. Choi!
.
4. Laksanakan tuntutan agama sukarela dengan kefahaman. Dia pakai tudung atas kerelaan, lepas tahu benda yang berbalut itu melindungi diri berbanding benda yang terdedah. Aku tidak paksa pun. Begitu juga kerelaan berpuasa selama hampir 20 jam.
.
Aku dulu tidak puas hati kenapa kena sunat. Sakit tau. Tapi sekarang aku faham pentingnya bersunat, kenapa yang terdedah itu lebih baik dari yang terlindung.

Lain macam bunyinya boi..
.
Mencabar betul membesarkan anak dalam bukan persekitaran Islam. Dalam hati aku sentiasa berdebar, macam mana lagi cabaran Islam di bumi asing.
.
Doakan aku dan keluarga.

Catatan Kembara
Irwan Dahnil
Jemaah Masjid El-Khezra
Glasgow, Scotland.

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

This Post Has One Comment

  1. Lya Akif Imtiyaz

    Sama2 mendoakan..Insyaallah en irwan boleh bagi yang terbaik untuk anak2 en irwan sekarang dan akan datang..Letakkan IMAN di tangga teratas….Saya mendoakan en irwan sekeluarga terpelihara drp benda2 yg boleh memesongkan..INSYAALLAH AAMIN AAMIN…

Leave a Reply