You are currently viewing Catatan Kembara #261 : Bila Rindu Bertamu
qrf

Catatan Kembara #261 : Bila Rindu Bertamu

Petang tadi aku sempat berhubungan dengan investor di Malaysia. Jam 4 petang di UK, sedangkan beliau baru selesai terawih di Malaysia

Sembang lebih kurang, dia bertanya pada sama ada jadi pulang ke Malaysia pada Julai nanti. Aku mengiyakan lalu kami akhirnya bersetuju untuk berjumpa di tarikh yang ditetapkan.

Selesai telefon, aku mula buka kalendar di telefon. Satu-satu tarikh dibaca dan teliti, jadual meeting bermula sebaik touch down sehinggalah kembali ke UK.

Appointment penuh sepanjang hujung minggu. Bertemu dengan business partners, consultant, investors, coordinators and collaborators.

Memang terasa seperti ada yang tidak kena. Kosong. Ada individu yang rasa telah lama hilang dari kalendar pertemuan.

Apa khabar kawan-kawan di sekolah dahulu. Masih sihatkah mereka? 

Rindunya dengan pelajar di universiti dulu. Suara yang selalu memanggil Sir tiap kali berjumpa.

Lama tidak semeja makan dengan kawan sepejabat, membawang berjemaah bersama-sama. 

Mengopi dengan beratus kenalan yang terlibat dalam bisnes kecilan yang mungkin kita sudah jauh membesar dan berjaya.

Yang paling aku rindu adalah dengan orang yang pernah hadir dalam hidup, tapi kini mereka seolah aku selalu terlupa. Jiran, saudara jauh dan cikgu, dorongan dan bantuan kalian yang tidak putus tiba. 

Begitulah hidup di perantauan bila pulang sekali sekala. Banyaknya agenda tidak selesai, sedangkan itu sahaja masa yang ada. 

Aku tidak mahu bertangguh. Belum tahu umur akan pergi jauh. 

Seperti petikan kata hikmah iaitu jika kita berada di waktu pagi maka janganlah pula menunggu esok hari. Jika kita berada di waktu siang, janganlah menunda sampai hari esok petang.

Gunakan waktu sihat untuk mencari bekal di waktu sakit, dan hidup untuk mencari bekal di waktu sesudah mati. Aku panjatkan doa buat kalian, titipkan salam yang tidak berkesudahan. 

Insyallah, kalian akan disantuni pulangnya aku nanti. Kita jumpa menyambung silaturahmi.

Catatan kembara
Irwan Dahnil
Rindu kembali bertandang
Glasgow, Scotland

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply