Pernah sekali, aku dihubungi untuk jadi tour leader ke negara Belanda untuk dua orang. Seorang anak perempuan dan seorang bapa.
.
Rupanya anak perempuan terbang dari Canada kerana bekerja disitu, bapanya pula dari Malaysia. Dan mereka akan bertemu di Amsterdam dengan #tourleaderohsem dari Glasgow. Wow sangat! Haha.
.
It was a fun trip. Ia bukan trip seperti yang aku biasa bawa. tetapi cukup untuk masa bersama. Naik cruise, menikmati cantiknya negara yang terkenal dengan windmill. Di malam hari, mereka makan bersama. Dan bercakap untuk long hour.
.
Ia memang saat privacy untuk mereka. Aku suka benar tengok macam mana anaknya melayan perbualan dengan bapanya. Sangat lembut. Seperti bercakap dengan orang yang penuh ihsan dan kasih.
.
Dan bapanya sering membalas percakapan. Perlahan.
.
Setelah hampir seminggu bersama, kami bakal akhiri trip di Schipol Airport. Aku duduk bersama mereka, saat-saat ketika kami berpisah.
.
Penerbangan anaknya dijadualkan terbang dahulu. Maka berpelukanlah mereka. Erat.
.
“I love you.” Dicium pipi anak.”And I wish you a good life.”
.
“I wish you a good life too Dad”. Anaknya jalan melambai masuk ke pesawat. Mereka terpisah disitu.
.
Bapanya berjalan perlahan, kembali duduk disebelah aku. Wajahnya berubah suram, matanya berkaca.
.
Aku cuma diam tidak berkata apa. Faham sangat perasaaan ketika situasi begitu. Setelah kita berjumpa, seronok bersama, dan ketika itu berpisah pula.
.
“ID faham rasa macam mana sebenarnya kita kata goodbye? Ia seolah goodbye yang kekal selamanya?”
.
“Goodbye tu selalu juga Uncle.”, teringat Ibu yang jauh di Malaysia.
.
Dia menarik nafas tenang.
.
“Aku ini sudah 73 tahun. Dan anak aku tinggal jauh disana.”
.
“Sekarang kita hidup dalam mengejar apa yang kita mahu dalam kehidupan masing-masing. Kita sibuk. Hidup asing-asing. Dia hidup dimana dia mahu, tapi aku rindu.”
.
“Bila goodbye, kita belum tahu lagi bila akan berjumpa. Memang betul pertemuan dan perpisahan itu dit angan Tuhan, tapi bila umur begini, masa aku tidak lama.”
.
“Jika tidak berjumpa dia lagi, mungkin hanya akan berjumpa bila aku sudah mati. Aku tidak pasti sama ada sudah cukup nasihat yang aku beri.”
.
“Aku sentiasa doakan dia cukup dalam kehidupan.”
“I wish her enough sun to keep her attitude bright.”
“I wish her enough rain, to keep her appreciate the sunlight.”
“I wish her enough happiness. Untuk sentiasa bersemangat”
.
Deep. Aku tidak kata apa-apa. Uncle terus diam selepas itu. Seolah perbualan akan terhenti disitu. Kami kemudian melayan perasaan masing-masing.
.
Kehidupan kita sebenarnya banyak ruang yang mahu diisi. Lebih dari rasa untuk mencukupi. Rasa kasih sayang dipeluk erat disisi.
.
Kita dimurahkan rezeki, agar kita terus memberi.
.
Kita terasa sakit agar kita hargai terus bangkit.
.
Dan kita terima kehilangan, agar kita hargai apa yang ada di tangan.
.
Ketika panggilan boarding, Uncle menyeka airmata. Aku bersalaman dan berharap penerbangan pulang yang selamat.
.
Perpisahan aku dengan anak beranak itu memberi kesan terhadap kehidupan diluar negara.Banyak perkara dalam kehidupan yang kadang kita ambil secara ringan, tidak peduli atau alpa.
.
Menjadi tour leader bukan satu cita-cita yang aku cipta. Tetapi ia mendidik aku menjadi lebih faham maksud kehidupan, menghargai manusia disekeliling dan belajar mencintai apa yang ada.
.
Untuk Uncle, I wish you enough hellos to get you through the final good-bye. Untuk kita, hargai orang lain ketika dia ada, jangan kita rasa hilang bila dia sudah tidak didepan mata.
.
Hidup ini terlalu pendek untuk tidak memberi apa-apa.
.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Tour Leader Berhati Tisu
Glasgow, Scotland
.
#10KMiles
#projektourleader