Salam sejahtera pembaca blog,
Saya memohon maaf kerana selama seminggu saya meninggalkan blog ini tidak dikemaskini. Sebenarnya saya betul2 sibuk dengan urusan yang ‘lebih besar’. Saya rasa agak kecut perut kerana belum semua azam tahun ini saya dapat capai. Hampir tercapai, cuma memerlukan lebih usaha secara offline.
Anyway, satu perkara yang saya ingin kongsikan dengan anda hari ini adalah Formula Kejayaan.
Kebanyakan dari kita terasa kejayaan tu seolah-olah jauh betul dari diri kita. Selalu kita lihat orang lain yang lebih hebat, sedangkan kita ni nampak macam BBA (biasa-biasa aje).
Sebenarnya semua orang telah mencapai kejayaan.Cuma kita tidak sedar atau kita tidak ukur @ tidak tahu ukur kejayaan tersebut. Ini penting kerana dengan mencapai sedikit kejayaan akan menjadi motivasi untuk kita terus berjaya.
“Kegagalan untuk mengukur tahap kejayaan, menjadi faktor utama kegagalan kerana kita terasa jauh benar untuk capai kejayaan yang kita mahukan “Â
Tidak kira dalam apa perkara. Contohnya apabila kita berniaga tetapi kita masih belum kaya, masih belum punyai duit bertan-tan, atau kereta mewah, atau hartanah yang berjuta, kita akan rasa kita gagal.Tetapi kita lupa sebenarnya banyak lagi cara mengukur kejayaan.
Mungkin diukur dari pertumbuhan pelanggan, mungkin dari pengurusan kredit, mungkin dari perkembangan produk, mungkin dari rangkaian perniagaan. Bukankah itu suatu pencapaian dan kejayaan kecil yang memberi motivasi ?
Dengan memberi penghargaan kepada pencapaian yang kecil itu lebih mudah untuk kita mengukur kejayaan. Dan yang paling penting, motivasi kita akan terus meningkat kerana walau sekecil mana pun pencapaian, kita akan terasa nikmatnya.
Pedulikanlah apa orang lain kata. Yang penting kejayaan itu milik anda, tiada siapa yang mampu untuk membawa lari kejayaan yang anda capai dari anda.
Lepas ni, jangan cakap yang anda tidak punya sebarang kejayaan.
” Fikir-fikirkan apa yang anda telah capai, dan menadah tanganlah anda bersyukur kerana tidak semua orang diberikan nikmat kejayaan yang anda telah capai ketika ini ”