Kenaikan Harga Petrol | Menaikkan Harga Barang?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Amacam kawan-kawan? Sempat ke nak isi tangki kereta penuh-penuh sebelum tengah malam semalam ? Yang tak tahan tengok tu, bila kereta berderet-deret sampai 100 meter beratur masuk ke stesen minyak. Stesen minyak popular macam Petronas dan Shell, ada yang sampai kering tangki, stesen yang tak berapa nak popular pun tiba2 jadi macam ada konsert pula bila kreta berbaris masuk 🙂

Kenaikan 40% bersamaan RM0.78 dari harga sebelum ini, menyebabkan ramai yang sanggup beratur panjang untuk ‘menikmati’ saat-saat terakhir untuk mendapatkan harga lama.

Selain dari harga minyak, tentunya inflasi juga akan melonjak. Tarif elektrik dan gas juga akan naik. Sedikit masa lagi harga barang pula akan melambung-lambung. Hidup terasa semakin terhimpit dengan pelbagai bentuk kos kehidupan yang naik sekitar 10% hingga 40%. Dijangkakan pula dengan kelembapan ekonomi US menyebabkan kemelesetan ekonomi menjelang akhir tahun.

Harga Barang Pula Naik ?
Ramai peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang. Secara ironi, bila harga petrol naik, tol naik, gaji naik, harga barang2 juga akan menyusul. Pengusaha dan peniaga mendakwa kos pengeluaran barang juga turut meningkat. Nak tak nak, harga barang pun naik secara langsung.

Kalau anda adalah usahawan atau peniaga, perlu ke anda naikkan harga barang atau perkhidmatan anda ? Jawapannya sama ada Ya atau Tidak!

Nak naik ke tak nak ? Ini juga isu sensitif kerana kita juga terasa serba salah. Kalau tak naik harga, nanti untung makin nipis atau cukup2 makan. Kalau naikkan nanti takut orang tak mampu nak beli pula.

Susah-susahhh….

Bila kita perlu naikkan harga ?

Sebenarnya nak naikkan harga barang tak boleh nak elak. Mana ada dalan sejarah harga barang turun tuan-tuan!

Bila business kita menerima kesan langsung, saya rasa kita perlu naikkan harga barang.
Contoh, Ali menyediakan perkhidmatan despatch. Hari-hari kene naik motor antar surat keliling K.L. Satu surat yang peru dihantar dikenakan caj RM7. Bila harga petrol naik, secara tidak langsung kos perniagaan juga meningkat. Ali tak boleh nak buat ape, sebab kene isi minyak moto hari2.
Tetapi ada juga usahawan yang tidak terkena kesan langsung kenaikan minyak. Contohnya usahawan SOHO, peniaga internet, atau makcik yang jahit baju dari rumah. Dorang ni duduk rumah je most of the time, tak keluar rumah sangat.

Tetapi mereka akan terasa juga kesan kenaikan kerana nak beli barang-barang keperluan harian. Peniaga seperti ini terasa tempias juga.

Kalau terpaksa naik, brapa yang kita boleh naikkan ?

Rule #1 : Jangan naik mendadak. Naikkan harga slow2. Hari ini naik 5%, bulan depan naik lagi 5%, dan seterusnya. Kalau naik mendadak, anda akan dicop sebagai tamak dan peniaga yang ingin ambil kesempatan 🙂 Tak percaya, boleh cuba!
Rule #2: Peratus kenaikan biarlah berpadanan. Katakan dulu anda membelanjakan RM120 untuk petrol, sekarang dah jadi RM220. Kenaikan RM100. Ada naikkan sedikit demi sedikit harga anda sampai bole cover RM100 tadi. Jangan amik kesempatan naikkan sampai anda untuk lebih dari yang sepatutnya. Jangan aniaya orang.. tak baik

Rule #3 : Sejak harga tepung naik, anda perasan tak roti canai dah jadi semakin kecil ? Harga sama, tapi saiz dan macam sejemput je… Kalau anda kesian dengan pelanggan anda, naikkan sedikit sahaja harga barang, tetapi anda MUNGKIN terpaksa mengurangkan kuantiti.

Rule #4 : Kalau boleh naikkan harga barang dan sertakan tawaran istimewa atau bonus. Sebagai contoh Ali tadi. Dari RM7 untuk satu surat, beliau terpaksa menaikkan menjadi RM9. Tetapi sebagai ganjaran, beliau memberikan perkhidmatan tambahan dengan menghantar 2 surat  untuk harga RM9. Jadi pelanggan tak terasa sangat dengan tawaran macam ni. Worth for money!

Kurangkan apa yang tidak perlu

Satu lagi, mungkin kita perlu kurangkan overhead perniagaan. Sebagai contoh, dulu semua proses kita buat. Sekarang ni, kita cuba outsourcekan kepada pihak lain. Contohnya, dulu kita jual kerepak secara online. Dapat order dari internet, kita terima bayaran, buat pembungkusan dan hantar kat pejabat pos.

So cuba kita fikirkan ?

#1 : Boleh tak kita outsourcekan salah satu dari operasi perniagaan kita ? Contohnya, order kerepek tadi mungkin outsource keja2 pembungkusan kepada pihak lain

#2 : Berapa banyak penjimatan yang kita boleh buat dengan outsourcing ? Jimat elektrik, gaji, elaun dan sebagainya ? Bila kita tak buat suatu proses, kita dapat jmatkan kos. Bisnes kerepek tadi boleh memberhentikan kakitangan pembungkusan nya.
#3 : Boleh tak sesetengah proses tidak dilakukan secara online ? Ini dapat menjimatkan kos pengurusan

Gunakan Teknologi Untuk Penjimatan!

Sebenarnya dengan adanya teknologi seperti internet dan SMS, banyak kos perniagaan boleh dikurangkan. Konsep drop-shipping ni dah lama dipraktis kan oleh usahawan internet. Tidak perlu pejabat yang canggih (tentunya kos seenggara juga tinggi), tak perlu kakitangan yang ramai (boleh bayar upah ikut kerja, bukan gaji bulanan), boleh mengurangkan pergerakan (kurang isi minyak kereta @ moto) dan mengurangkan kos pengurusan.

Ramai orang yang dah beralih ke internet sekarang boleh bekerja dari rumah.  Siapa yang masih berharap 100% kepada kaedah konvensional akan kelak menerima cabarang hebat dari krisis sumber bahan mentah dunia sekarang ni. Bahkan pesaing mereka mungkin dari golongan SOHO ini.

Jangan terkejut apabila suatu hari nanti, syarikat yang mempunyai pejabat mewah ini, tidak berjaya melawan persaingan dari golongan yang bekerja dari rumah (sambil tengok televisyen) !

Sampai di sini sahaja. Selamat menempuh cabaran ekonomi!

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply