Salam Sejahtera,
Kebanyakan dari kita kurang memberi penekanan kepada aspek pemasaran. Ini mungkin disebabkan kebanyakan kita terlalu fokus terhadap pembangunan produk atau perkhidmatan sehingga elemen pemasaran terabai. Pengalaman saya ketika membangunankan suatu perisian yang membolehkan kita melakukan kerja-kerja komputer secara automatik. Setelah siap, dan telah diuji, baru saya sedari saya tidak memberi perhatian kepada aspek pemasaran. Siapa pelanggan, berapa saiz pelanggan, pembungkusan produk, penjenamaan dan sebagainya. Akhirnya, produk saya menjadi projek gajah putih. Sehingga kini saya masih dalam proses menghitamkan semula projek ini.. Atau sekurang-kurangnya, mengkelabukan sedikit projek yang menjadi mangsa kealpaan saya dalam pemasaran.
Kebanyakan ahli pemasaran meletakkan konsep 4P dalam melaksanakan aktiviti pemasaran. 4P merujuk kepada Product (Produk atau Perkhidmatan), Promotion (Promosi), Price (Harga) dan Place (Tempat atau agihan). Mungkin satu elemen yang boleh ditambah adalah elemen People (Manusia).
Tiada suatu skima yang menyatakan suatu pemasaran itu ada salah atau betulnya. Perkara ini agak dinamik bergantung kepada pelbagai faktor di luar kawalan, seperti keadaan politik dan keadaan ekonomi semasa. Kesan dan implikasi sesuatu pemasaran adalah berbeza mengikut pembolehubah dan parameter yang diukur.
Oleh itu setiap aktiviti pemasaran, selain menggunakan strategi marketing mix, boleh dikembangkan sekiranya melalui beberapa proses kajian dan juga ‘homework’ berikut :
1. R&D – produk dan perkhidmatan kita melalui proses yang secara saintifik dan logik menepati mutu dan keperluan pasaran.
2. Pengiklanan dan Media Pengiklanan – mesej yang ingin disampaikan melalui media pengiklanan yang berkesan.
3. Saluran Pengedaran – Bagaimana sesuatu produk itu ingin dipasarkan ? Adakah dijual sendiri, atau adakah melalui agen atau wakil jualan?
4. Hubungan pelanggan – usaha menanam dan meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan kita
5. Promosi – pakej tambahan untuk menambah nilai tawaran produk dan meningkatkan rasa istimewa. Ini adalah seperti bonus, kupon, jaminan wang dikembalikan, dan khidmat perundingan.
Marketing mix inilah yang selalu menyebabkan kita sentiasa berfikir dan berlegar-legar dalam kepala. Untuk menentukan mana yang betul atau salah, tiada suatu asas kukuh.
Yang penting dalam kertas kerja kita, setiap langkah yang kita ambil perlu ada justifikasi dan hujah mengapa kita perlu berbuat demikian dan atas dasar apa kita membuat keputusan tersebut.
Fikir-fikir kan lah…