Momentum Antara Dua Bukit

Bukan-bukan! Post kali ini tiada kene mengena dengan pilihanraya Bukit Gantang atau Bukit Selambau. Atau juga Bukit Lanjan yang kontroversi.. Post kali ini memang bercerita mengenai bukit, sebenar-benar bukit!

Bayangkan anda ingin melakukan sesuatu yang perkara yang susah, ia adalah ibarat mendaki bukit atau gunung. Perit, bersusah payah, berpeluh-peluh!

Bayangkan pula betapa susahnya ingin melakukan 2 KERJA YANG SUKAR secara berturut-turut. Tentunya ibarat mendaki bukit, turun semula dan mendaki lagi. Realitinya, mendaki kali kedua memang lebih sukar dari yang pertama.

Bila mendaki semula bukit yang kedua, tenaga dah berkurang, motivasi menurun, kepuasan tidak maksima.

3 perkara mungkin boleh berlaku pada anda :

1. Akan relax sebentar, tarik nafas, berehat dan meneruskan pendakian bukit kedua
2. Buat khemah, rilex sampai beberapa hari
3. Give up! Berhenti mendaki…

Kebanyakan dari kita akan berhenti seketika di pertengahan antara dua bukit! Ini disebabkan momentum kita berkurang dan kita tidak bersedia secara mental untuk menghadapi cabaran bukit kedua.

Apabila anda terasa semangat berkobar-kobar untuk lakukan sesuatu, jangan membabi buta terus lakukan. Tenang dan tuliskan apa yang anda ingin lakukan. Bayangkan bukit yang anda ingin daki, dan bayangkan juga bukit seterusnya yang akan anda hadapi. Bersedia dengan segala peralatan, rehat fikizal dan kekuatan mental.

Lakukannya dengan satu henjutan dari bukit satu ke bukit kedua!

Jangan biarkan sehari atau dua hari tanpa anda melakukannya. Sekiranya anda berhenti momentum akan menurun, semangat semakin menghilang, motivasi diri juga akan pudar.

Anda tidak akan berhenti bertemu dengan bukit atau gunung sepanjang anda mengejar impian anda. Sedar atau tidak, nak turun dari bukit lagi senang berbanding panjat bukit ? 🙂 Business juga begitu.. Senang nak jatuh berbanding mencapai ke puncak…

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply