Ilham menulis ini boleh datang dari mana-mana. Tapi untuk aku, terbukti ia datang dari setiap detik dan saat kembara. Setiap kali travel, banyak cerita meluncur laju yang jadi, banyak benda yang boleh dikongsi.
.
Dulu hidup banyak terlibat dengan manusia dan kawan sekeliling. Pantang aku pula menulis tentang orang. Tidak suka bercerita hal manusia lain. Susah betul mahu jiwa cerita baju orang berlubang yang kita gelak, sedangkan kain sendiri selalu saja terselak.
.
Tapi ceritalah tentang idea. Sesuatu yang menggerakkan orang berfikir. Bila travel, seolah ‘bercakap’ dengan alam. Melihat guna mata hati. Aku merasa dengan deria ke 6. Fuh! Siapa cakap catatan kembara senang mahu dapat?
.
Sama juga dengan kau pergi haji atau umrah, berbondong orang datang rumah nak dengar travelog penyucian iman kau. Pengalaman diri sendiri. Kau pun ada banyak benda mahu cerita. Itu yang orang mahu dengar sambil makan buah tin dan kurma.
.
Begitulah makna besar kembara bagi aku. Keluar dari kelompok idea yang serupa. Sedikit tersasar dari corak pemikiran sama. Maka adakah sama cara berfikir orang kembara dengan orang yang hanya diam di satu tempat sahaja?
.
Kalau kau mahu sedap bercerita, cubalah dunia luar sana. Syair Imam Syafie pun ada kata, keluarlah kembara. Moga akan temui pengganti yang lebih baik dari apa yang kau tinggalkan. Ia terapi yang menjadi.
.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Saat bersatu dengan alam
Winter in Glencoe, Scotland.
Terus menulis..saya suka dengan penceritaan anda.