Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,
Seperti yang kita tahu kejayaan model perniagaan Airasia adalah dengan menjual tiket yang tidak mungkin terjual, dengan harga rendah atau tiket tersebut diberi percuma.
Tetapi dengan langkah promosi MAS yang sedang rancak sekarang ni, tentunya pelanggan akan buka website MAS dahulu utk cari tiket murah, kalau tak dapat baru masuk ke web Airasia. 🙂
Kalau benarnya kenyataan MAS yang menyatakan low-fares hanya utk cover sunk cost, sepatutnya jumlah tiket murah yg ditawarkan MAS mestilah terhad dan khusus untuk tempoh promosi tertentu. Ia boleh menjamin survival both airlines. Kalau berterusan, Airasia tentunya akan ‘kepanasan’…

Kita tengok nanti macam mana reaksi Airasia. Tentunya kita sebagai pengguna sedang bersorak sorai keseronokan sebab lepas ni dapat pula dapat naik pesawat full services seperti MAS, dapat makan, boleh pilih tempat duduk, boleh main game, dapat ruang tempat duduk yang lebih luas dan dapat naik pesawat dari terminal yang tertutup penuh dan berhawa dingin tanpa perlu berpanas2 atau berhujan. 🙂
Apapun persaingan yang berlaku, pada pandangan saya, Airasia sepatutnya lebih gentlemen.Menjual seat yang tidak terjual bukan SATU-SATUNYA model perniagaan yang mereka ada.
1. Perkhidmatan ‘kedai-dalam-pesawat’ untuk menjual makanan dan minuman dalam setiap penerbangan. Itu dah tambahan pendapatan. (Anyway, cuba anda beli teh tarik Aik Cheong yang dijual dalam Airasia. Sedap juga rasanye. Mungkin sebab diminum dilangit biru kot). Juga menjual cenderahati. Kadang2 tensen juga dengan jurujual ni. Kita baru nak terlelap, dorang datang nak jual barang.. Sabar..sabarrr
2. Pengiklanan disana-sini.. Kalau anda tengok mana2 tempat yang ada, baik dalam pesawat atau dalam website, tentunya ada ruangan pengiklanan yang boleh dibeli. Itu sumber kewangan lagi tu
3. Express boarding : kene bayar tambahan RM10 utk masuk pesawat paling cepat..sebelum ini orang tua, kanak2 dan perempuan mengandung diutamakan… tapi sekarang ni duit pula yang didahulukan.. Nak buat duit boleh, tapi orang lebih hargai kalau Airasia lebih sensitif dengan khidmat sosial yang tidak seberapa…
4. Caj bagasi : RM3 dan RM5.. Bukan ke sepatutnya kita dah bayar 15kg utk bagasi ? Macam double charge pula
5. Low maintenance dan banyak trip : Model perniagaan Airasia adalah untuk penerbangan sekitar 3-4 jam sahaja. Tiada perjalanan jauh. ‘Long haul’ flight dijalankan oleh Airsia X. Apabila penerbangan adalah kerap dapat menjimatkan masa di terminal, kakitangan dan sebagainya
Kalau nak disenaraikan lebih memang banyak model dan caj tambahan yang digunapakai oleh Airasia. Anda mungkin boleh baca buku The Airasia Story.
Apapun, saya rasa kali ini Airasia benar-benar teruji dengan promosi dan tawaran MAS yang semakin menggila.
Anyway, mengapa Airasia perlu risau ? Kalian kan ‘jaguh’ penerbangan tambang murah? Tentunya ada 1001 model perniagaan low cost yang anda boleh praktik kan…Inilah masa untuk benar-benar menguji kepakaran kalian.. Selamat Maju Jaya Airasia!!