SMS Case Study : SMS Feedback Untuk Iklan Seminar Sabah II

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

2 minggu sudah saya ada berkongsi dengan anda bagaimana saya menggunakan SMS untuk tujuan mendapatkan feedback pengiklanan saya.

Ok…ok.. saya agak terlewat sedikit nak update perkembangannya. Maklumlah, saya kena jalan dulu, baru boleh update post disini. Jadi hari ini, saya akan teruskan…. Anda sudah bersedia ? Jom kita teruskan…

Dalam post yang lepas, saya dah setkan satu situasi dimana saya akan mempromosikan program Seminar Sabah di akhbar New Sabah Times. Untuk melihat keberkesanan iklan tersebut, saya akan letakkan SMS Feedback dalam iklan tersebut. Jadi apabila pelanggan terbaca iklan Seminar Sabah tersebut, mereka yang ingin menyertai Seminar boleh sama ada menelefon kami, melayari website, atau menghantar SMS. Jadi kita berikan 3 saluran bagaimana untuk berinteraksi.

Dalam post yang lepas, saya juga telah demonstrate bagaimana kita hendak mengkonfigurasi sistem SMS kita. Termasuklah mencipta subkeyword, SMS Balas dan harga SMS. Jadi hari ini, saya akan sambung dengan pengiklanan pula. Tugasan saya adalah mempromosikan Seminar tadi dan cara yang saya pilih adalah melalui akhbar.

Bersedia semua? Topik iklan ni memang panjang……

Memilih Akhbar Yang Tepat
Bagaimana anda memilih akhbar yang dapat memberikan respon yang paling baik ? Sebenarnya tiada formula ‘short-cut’ untuk memilih melainkan anda mencubanya. Ini kerana setiap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah berbeza-beza dan ini mempengaruhi respon pembaca kepada iklan anda.

Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan melayari website Audit Bureau of Circulation Malaysia (ABC). Mereka ni adalah organisasi yang menyimpan data mengenai jumlah pembaca dan pengedaran sesebuah media bercetak, sama ada akhbar atau majalah.

Anda boleh layari website mereka, dan muat turun laporan terkini statistik . Anda carilah dalam tu, mesti jumpa. Download pun percuma je.

Ini adalah hasil yang yang saya jumpa ketika saya layari website ABC untuk mendapatkan maklumat akhbar di Sabah.

Kalau kita lihat, Daily Express mempunyai jumlah pengedaran paling tinggi (26,573) berbanding dengan Borneo Post atau New Sabah Times. Walaupun jauh dibandingkan dengan jumlah pengedaran akhbar di Semenanjung (sekitar 200,000 ke setengah juga pengedaran), tetapi ini adalah akhbar pilihan mereka.
Tetapi mengapa pilih akhbar yang mempunyai pengedaran tertinggi ? Konsep mudah sahaja, lebih banyak ia diedarkan, lebih ramai orang akan membaca iklan saya, dan lebih tinggi prospek yang akan respon kepada iklan saya.

Jadi, saya akan tukar akhbar dari New Sabah Times ke Daily Express.

Nanti! Mengapa tak iklan di Berita Harian atau Utusan Malaysia ? Mereka kan mempunyai jumlah pembaca yang tinggi.

Itulah dinamakan faktor geografi. B.Harian atau U.Malaysia hanya popular di Semenanjung agaknya. Saya dapati statistik pengedaran B.Harian adalah jauh lebih rendah di Sabah, malah tiada statistik pengedaran oleh Utusan Malaysia di catatkan di Sabah! Akhbar yang popular disini tidak tentu popular disana.

Ketika saya di Sabah, saya pernah cuba dapatkan akhbar B.Harian. Huh! Pkl 12 tengahari baru ada. Punya la lambat sampai.

Satu lagi yang istimewa saya lihat dalam akhbar di Sabah ni ialah kepelbagaian bahasa. Dalam satu akhbar yang sama, ada bahasa Inggeris, BM, Kadazan dan sebagainya. So memang puas hati la kita tengok kandungannya.

Macam mana nak iklan sedangkan anda di Semenanjung sedangkan pejabat iklan di Sabah ?

Oh ok.. Ini kerja senang. Biasanya akhbar-akhbar ni mempunyai pejabat cawangan atau ajen di Semenanjung. Dapatkan nombor telefon mereka, dan call. Jadi tak perlulah anda telefon beribu batu ke Sabah untuk beli iklan. Jimat!

Kadar iklan di akhbar-akhbar Sabah jauh lebih rendah berbanding dengan akhbar2 Semenanjung. Kos per column cuma sekitar RM6.50 hingga RM6.80 sahaja!

Untuk mereka yang tak biasa beli iklan, iklan di Utusan Malaysia, Berita Harian atau Harian Metro tu harganya sekitar RM32 per column!

Saiz dan Bentuk Iklan

Jadi, no problem kalau nak beli iklan yang bersaiz besar sikit. Saya dah kira-kira, untuk iklan bersaiz suku akhbar hanya berharga sekitar RM300 sahaja! Ok lah tu..Lepas dikira-kira, saiz iklan yang sesuai adalah 3 column x 15 cm. 1column tu biasanya berukuran dalam 3cm. So nak mudahkan iklan saya akan mempunyai kelebaran 9cm dan ketinggian 15 cm. Column tu istilah yang biasa digunakan oleh akhbar untuk mengiklan sebab iklan ni semua disusun dalam struktur column.

Bagaimana Mengira Harga Iklan ?

Cuma darabkan colum dengan ketinggian dengan harga dan ditambah cukai 5%. Jadi iklan saya berharga = 3 x 15 x RM6.80 iaitu RM306. Lepas campur dengan cukai lebih kurang RM320.

Iklan Nak Letak di mana ?

Dalam akhbar biasanya ada 2 tempat popular meletak iklan. Satu disebut Display/R.O.P atau pun satu lagi di Classified. Display ni diletakkan dimana2 tempat yang dirasakan sesuai oleh pihak akhbar, manakala Classified ni mukasurat yang khusus dalam akhbar untuk mengiklan.

Biasanya Display memberikan respon pelanggan yang lebih bagus berbanding Classified tetapi harganya lebih mahal.

Design Iklan

Apabila anda beli iklan, biasanya pihak akhbar akan minta anda design sendiri artwork iklan anda. Ini akan mempercepatkan proses, sebab bila dah siap design, terus je antar ke akhbar dan mereka akan siarkan. Formatnya biasanya adalah .jpg dengan dpi 300 ke atas.

Tapi kalau anda tak pandai design, mereka boleh designkan. Tetapi ini akan memakan masa untuk menyediakan iklan. Lepas mereka design, mereka akan hantar artwork tersebut kepada anda. Kalau anda approve, artwork tu dah ready utk dimasukkan ke akhbar. No problem. Tapi kalau anda tak approve, artwork tadi akan kembali ke designer…. Seterus dan proses ini berulang-ulang sampai anda puas hati. Buang masa!

Kebanyakan iklan, saya design sendiri. Selain dari mempercepatkan proses (kalau artwork dah siap, esok lusa dah boleh kluar akhbar), saya suka design sendiri sebab saya boleh ubah2 sesuka hati design tu dan saya boleh tentukan apa yang saya nak masukkan dalam iklan. Puas ati!

Jadi iklan saya adalah iklan Display dan bukan Classified.

Iklan di zaman pra – SMS / Kaedah Pengiklanan Konvensional

Sebelum kita menggunakan SMS, apabila kita membeli iklan di akhbar, radio atau televisyen, keberkesanan iklan tersebut diukur daripada jumlah pemanggil yang memberi respon kepada iklan kita itu. Contohnya pelanggan akan telefon pejabat kita dan bertanya tentang produk kita, pada masa yang sama kita tidak dapat berbuat pemasaran yang agresif kalau tiada orang pun yang call atau respon terhadap iklan kita.

Biasanya, sebelum ada SMS, semua orang akan gunakan 2 cara, telefon atau layari internet. Tetapi dengan adanya SMS, saya akan masukkan SMS sebagai salah satu cara bagaimana pembaca ingin berinteraksi dan memberi respon kepada iklan saya.

Anda lihat dalam iklan diatas, saya memasukkan MY[jarak]SBH[jarak]NamaAnda sebagai kaedah seterusnya.

Jadi saya berikan satu lagi saluran khas iaitu melalui SMS.

Penting! Jangan anda abaikan utk letak nombor telefon dan website. Anda kelak kehilangan lebih pelanggan. Kekalkan kaedah itu, cuma tambahkan SMS sahaja.

Ok.. cukup di situ dahulu… Insyallah sambungan dari ini, saya akan kongsikan maklumat mengenai hasil pengiklanan tersebut dan juga keunikan SMS dalam saluran pemasaran

Jumpa lagi!

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply