Artikel iniĀ saya terjemahkan dalam Bahasa Malaysia kerana kandungannya yang sangat menarik untuk orang seperti saya yang menjadi penduduk asal di negara berdaulat Malaysia.
Artikel ini disumbangkan oleh seorang deka-jutawan, seorang CEO dalam syarikat senaraian awam dan ketika ini terlibat dalam pembangunan hartanah di Kota Kinabalu.. Ayuh kita pelajari sesuatu dari yang pakar..
” Tetapi kebanyakan dari kita, jangka masa panjang bermakna sekitar 5 tahun, sederhana bermakna sekitar 1-3 tahun dan jangka masa pendek mungkin tidak lebih dari 6 bulan. Bagi kebanyakan pelabur hartanah, jangkamasa tersebut adalah kebiasaan dalam meramalkan keuntungan pelaburan.
Orang yang berfikir jauh sebenarnya orang yang sangat beruntung. Saya sedari antara satu sebab mengapa kebanyakan bangsa Cina secara rata-rata kaya (atau sekurang-kurangnya kualiti kehidupan lebih baik dan mewah), walau di ceruk dunia mana sekalipun mereka berada, adalah disebabkan kesungguhan mereka untuk berfikir, bertindak dan melabur dalam instrument yang secara relatifnya lebih panjang berbanding bangsa lain.
Perlakuan ibubapa Cina melabur bukan hanya untuk diri mereka atau anak tetapi juga untuk cucu DAN cicit juga! Kesannya, perlakuan ini menjadi tabiat. Begitu jauh mereka melihat…
Ramai keluarga Cina yang dahulunya memulakan kehidupan dengan menoreh getah, kelapa sawit, koko, lada putih dan sebagainya kini mempunyai berhektar atau sekurangnya berekar tanah yang kini menjadi sangat bernilai dan muncul sebagai kawasan pembangunan yang berharga. Di Lembah Kelang kawasan seperti Bangsar, Damansara, Kenny Hills, Ampang, Petaling Jaya dan Subang dahulunya merupakan kawasan perladangan.
Syarikat perladangan moden seperti KL Kepong, IOI, Asiatic Development, Guthrie, Bousted dan Sime Darby merupakan antara syarikat yang mempunyai serampang dua mata, menjana pendapatan dari hasil perladangan dan dalam masa yang sama akan meraih keuntungan yang berlipat kali ganda dari nilai hartanah. Syarikat ini sebenarnya menggunakan strategi yang sama yang digunakan oleh ibubapa Cina tadi.
Pernah sekali seorang CEO syarikat perladangan kelapa sawit multinasional berkata “Kita telah berada dalam bisnes kelapa sawit lebih 100 tahun. Walau pun begitu keuntungan yang diperolehi sejak kita bermula tidak dapat menandingi keuntungan kita menjual sebuah estate! “. Dan estate tersebut adalah Damansara! ”
Cetus hati saya….
Ini merupakan strategi pelaburan yang memang terbukti sejak sekian lama. Saya yang lahir di Lembah Kelang, pada awalnya tidak mengerti relevannya perkara ini memandangkan di Lembah Kelang mempunyai tanah yang terhad. Tetapi lama kelamaan, rupanya banyak lagi tanah yang menunggu untuk diteroka, diperam seperti yang dilakukan oleh mereka yang terdahulu.
Mereka hanya menunggu saya datang untuk datang, melihat dan menakluk. Saya ingin mencari ladang yang akan menjadi ‘Damansara’ dalam tahun-tahun mendatang.
Veni, Vedi, Vici!