Salam Sejahtera,
Tahukah anda bahawa saya paling benci @ tidak suka memujuk, merayu kepada pelanggan saya untuk membeli produk saya? Bukan saya tidak suka pelanggan beli produk saya, tetapi saya tidak suka orang melihat saya seperti betul2 desperate untuk menjual sesuatu produk atau perkhidmatan. Sedangkan saya percaya, produk yang baik akan sentiasa dicari oleh pelanggan, dan jual beli perlulah mempunyai nilai kebebasan kepada pelanggan untuk memilih dan kesudian kita untuk menjual. Barulah ada unsur2 ‘suka sama suka’.
Jadi bagaimana caranya saya menyampaikan maksud saya (untuk meyakinkan pelanggan supaya membeli produk saya), sedangkan saya tidak suka seakan2 memaksa pelanggan saya membeli apabila termakan pujuk rayu saya supaya membeli?
Pernahkah anda melihat iklan minuman Power Root Tongkat Ali yang memaparkan Mawi AF dan Rosyam Nor sebagai duta? “Ini pilihan saya, ini pilihan kami!” antara tagline iklan tersebut. Atau pernahkah anda menonton rancangan Puteri yang sepanjang masa mengiklankan syampu Sunsilk? “Yang penting kita enjoyyy!” yang menggambarkan menggunakan syampu Sunsilk menjadikan Puteri seorang yang berkeyakinan.
Ia menggunakan pendekatan pemasaran dimana orang lain yang membuat promosi atau recommend sesuatu produk. Inilah dikatakan testimonial. Testimonial merupakan pengakuan seseorang mengenai sesuatu perkara. Bila seseorang yang berkuasa, popular atau mempunyai pengaruh, lebih mudah mempengaruhi orang lain untuk melakukan perkara yang sama.
“Power Root ni mesti power kan? Mawi pun cakap dia pilih power root…”. Disebabkan Mawi mempunyai ramai peminat, tentunya sedikit sebanyak peminat percaya bahawa Power Root adalah minuman yang baik, apatah lagi Mawi pujaan mereka pun mengsyorkannya! Sama seperti iklan Puteri + Sunsilk…. Sebab Puteri berperwatakan yang menarik dan ceria, sedikit sebanyak memberikan kesan yang positif kepada barangan syampu yang Puteri ‘gunakan’.
Bagi saya, teknik testimonial ni merupakan cara yang berkesan! Saya tidak perlu berbuih2 mulut meyakinkan pelanggan, tetapi dari testimonial ini membantu meningkatkan kredibiliti saya. Sedikit sebanyak, testimonial memudahkan anda melakukan jualan. Tentunya saya tidak memujuk rayu pelanggan untuk membeli. Sebaliknya saya wujudkan perasaan ‘rugi kalau tak beli’ di hati pelanggan sedangkan orang yang popular menggunakannya. Bahkan mengakuinya!
Satu lagi, testimonial bukanlah paksaan. Jangan ‘ciptakan’ testimonial anda. Lagipun orang ramai lebih bijak menilai, mana satu testimonial yang asli, mana satu testimonial ‘buatan’. Dapatkan testimonial yang sebenar, ikhlas dari mereka. Testimonial ‘buatan’ hanya akan menjatuhkan kredibiliti anda.
Testimonial juga membantu anda menilai sehebat mana produk atau perkhidmatan anda. Kalau produk anda bagus, testimonial anda juga bagus, sekiranya kurang bagus, tentunya akan mendapat respon yang membina. Di sinilah anda dapat mengelakkan rasa syok sendiri. Bila orang beri pandangan, baru kita tahu hakikatnya…
Seperti juga buku saya yang akan terbit, saya cuba dapatkan pandangan mereka bagi. Bagi saya ini adalah penting, untuk saya menilai sejauh mana buku saya dapat memberi manfaat kepada usahawan dan golongan sasaran saya. Saya sangat particular dalam hal-hal ini bagi mengelakkan saya lari dari matlamat dan objektif asal saya.
Testimonial yang berkesan, datangnya dari individu yang mempunyai pengaruh, pakar, berpengalaman, popular, menjadi pujaan, idola atau ikutan orang ramai. Kalau anda dapat testimonial dari orang yang tak dikenali, testimonial anda tidak akan berkesan. Sekiranya anda menjual produk kesihatan, mungkin anda perlu dapatkan testimonial dari doktor atau pesakit yang berjaya diubati contohnya. Dan bukannya dari orang yang hanya tau berniaga SMS seperti saya! Walau saya beri testimonial sekalipun, saya tidak rasa testimonial saya akan memberi kesan kepada pelanggan. Yelah.. Siapa laaa Irwan Dahnil ni… Bukan selebriti punnn..
Tips untuk mendapatkan testimonial
Be humble. Pilih betul2 siapa yang nak beri testimonial supaya sepadan dengan produk anda. Tak perlu banyak testimonial, tetapi pastikan dari orang2 yang bagus. Biasanya orang2 yang berpengaruh ni, tak senang2 nak kasi testimonial. Kalau semua orang dah kasi testimonial, mereka tidak berminat. Mereka akan teliti dan tengok dulu, adakah produk dan perkhidmatan ini benar2 bagus. Mereka juga tidak mahu tersalah bagi testimonial kerana boleh ‘mendown grade’ mereka. Berikan mereka produk anda secara percuma. Biarkan mereka menilai.
Anyway, having testimonial is a way of good communication. Biarkan orang lain yang mempromosikan untuk anda. Bijak bukan?
p/s : Ini bukanlah iklan Power Root atau Sunsilk. Semua watak didalamnya adalah contoh belaka dan tidak kene mengena kepada yang hidup atau tidak.