Tips memenangi sebutharga

Untuk memenangi sesuatu sebutharga tu bukannya nasib atau tuah. Tetapi kalau nak menang, kene rajin dan kuat berusaha. Walau kat Malaysia, ayat saya tadi kurang digunapakai (kerana pengaruh politik), tapi saya rasa itulah yis atau intipati sesuatu usaha. Tidak datang bergolek sesuatu. Walau pun sekecil mana, itu hendaklah diusahakan. Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu sendiri yang mengubahnya..

Saya juga berusaha. Saya berikan 110% kekuatan melakukan sesuatu. Saya pastikan fikiran saya sentiasa ligat berpusing. Saya cari jalan, cari kaedah macam mana saya nak menang sebutharga (selain pengaruh2 yang saya nyatakan tadi). Saya dapat simpulkan beberapa pendekatan yang saya selalu laksanakan sebelum saya menyertai sesuatu sebutharga atau tender.

1. Buat homework sebelum datang taklimat
Class 101. Saya pastikan saya selalu mempersiapkan diri dengan membuat sedikit (banyak juga rasanya) research mengenai projek berkenaan. Baik dari segi teknikalnya, mahu pun backgroundnya. Ini dapat dan terbukti membantu saya memahami lebih apa yang dikehendaki. Ketika ini saya dapat menyediakan beberapa soalan2 yang saya akan tanyakan nanti. Saya tau apa yang saya tahu, dan saya tahu apa yang saya tidak tahu. Ini telah memudahkan saya 50% dari segi penyediaan sebutharga atau tender.

2. Tanya soalan
Saya amalkan bertanya kepada pihak yang memberi taklimat. Kan ke malu bertanya, akan sesat jalan ? Saya tak nak sesat jalan. Sebelum saya sesat, baik saya cari peta, saya carik jalan keluar.

3. Tanya soalan
Bukannya salah taip. Sengaja saya ulangkan. Kalau anda tak buat homework anda, anda pasti tatau nak tanya apa. Sebab anda tak tahu apa yang anda tak tahu…. Pentingkan buat research ??

4. Dekati officer – tanya soalan
Selepas sesi taklimat, cuba dekati pegawai. Cuba minta pandangan. Kalau tatau apa idea nak tanya, tanya dia apa plan organisasi selepas projek ni.Atau tanya dia apa yang dia idamkan dari projek ini. Selalunya rahsia2 besar keluar dari mulut mereka tanpa mereka sedari ketika ini. Pandai2lah anda manipulasikan mereka.. Tips mahal nie!!

5. Edarkan business card dan buat follow up
Jangan lupa kasi business card anda. Mereka mungkin tidak ingat anda. Tetapi sebaik balik dari taklimat, anda terus emailkan mereka. Buat kata2 salam perkenalan menyatakan betapa membantunya mereka kerana beri taklimat pagi tadik. Katakan juga sesungguhnya mereka sangat2 prihatin dan membantu. Kita kene kipas, tanya cara mesti adaaaa… Ye lah.. siapa yang tak suka kena puji ye tak ?? Manusia….

6. Tengok siapa pesaing anda
Cuba2 intai siapa pesaing anda. Kompeni besar ke kecil. Buka mulut dan tanya kat mereka dari mana. Kalau malu sangat nak tanya, cuba jeling2 kat dokumen borang kehadiran. Kalau malu jugak, jgn jadi usahawan 🙂

Di akhir taklimat sepatutnya anda dah boleh tentukan apa yang dikehendaki oleh client. Apakah mandaroty, apa kah wish list. Seboleh2nya beri mereka lebih dari yang diharapkan. Its good for you and your reputation. Anda tidak datang secara suka-suka. Anda datang dengan strategi untuk menang!

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply