You are currently viewing Stadium Trip Manchester, Liverpool & Scotland. 7 Hari RM1,800

Stadium Trip Manchester, Liverpool & Scotland. 7 Hari RM1,800

Kebiasaannya orang kita yang berminat datang ke Manchester atau Liverpool akan memulakan trip di London. Tapi ramai juga tidak tahu, memulakan trip dari Scotland adalah lebih murah, hampir dengan Lake District dan Manchester.

Jarak antara London Bridge ke Manchester sekitar 4 1/2 jam. Bergantung kepada keadaan kesesakan trafik.
Jarak Glasgow/Edinburgh sekitar 3 1/2 jam. Dan biasanya trafik di motorway lancar.

Manchester ini ditengah-tengah antara Scotland dan London. Jadi dari mana-mana pun boleh sampai. Sebelum itu aku  nak sharekan beberapa perkara yang unik tentang Scotland. Sebab ramai yang datang tidak tahu what to expect, jadi aku sharekan beberapa maklumat penting.

7 Perkara Beza Scotland dan England

#1 : Bandar utama Scotland adalah Glasgow dan Edinburgh. Di tempat lain, kebanyakan cuma pekan kecil, selain Aberdeen yang terkenal dengan sumber minyak. Perjalanan dari London ke Glasgow sekitar 1 jam dengan pesawat, atau 4 jam dengan train. Overnight bas pun ada untuk option lebih murah.

#2 :  Scotland terkenal dengan nature. Pada 2017 Rough Guide meletakkan Scotland di tempat pertama sebagai negara paling cantik di dunia mengalahkan Swiss dan New Zealand. Datang Scotland expect for nature, culture dan building. Bukan bandar besar seperti London.

#3 : Scotland adalah negara berdaulat. Ada parlimen sendiri, bank sendiri dan sistem pendidikan sendiri. Ia berada dalam United Kingdom bersama-sama dengan England, Wales dan Ireland Utara. Sempadan Scotland – England tidak punya post imigresen. Jangan cari pula ya.

#4 : Masih menggunakan Pound Sterling sama dengan England. Wang England boleh digunakan di Scotland, walau sesetengah tempat di England tidak terima wang Scotland. English tetap bahasa utama Scotland, walau accent Scottish yang sangat pekat. Di kawasan Highland, bahasa native Gaelic juga digunakan.

#5 : Living cost di Scotland masih lebih rendah. Jadi kos untuk sewa bilik dan makan secara umumnya lebih murah dari England. Sebagai contoh, sewa apartment di London mungkin sekali ganda lebih mahal dari Scotland. Makanan halal juga mudah diperolehi.

#6 : Scotland ibarat negeri Sabah di Malaysia. Memang kaya dengan bentuk muka bumi yang cantik. Lembah Glencoe yang sering jadi lokasi pengambaran filem di samping tasik yang tenang.  Cuma 5.3 juta penduduk untuk tanah yang sangat luas.

#7 : Scotland adalah negara altitude tinggi, lebih sejuk berbanding England. Jadi kebiasaannya Scotland menerima salji yang lebih banyak. Puncak tertinggi di tanah besar Inggeris terletak di Scotland dan ski resort pertama yang dibuka juga disini. Peluang dapat snow lebih tinggi di Scotland.

Tour Leader

Aku penulis buku Lost in Sekutland. Kisah dan pengalaman trip aku selalu tuliskan dalam catatan kembara yang dibukukan. Aku juga minat fotografi dan buat video pendek menggunakan drone.

Aku di Glencoe

Aku kini menetap di Glasgow sejak 2014 bersama isteri dan 3 orang anak. Homestay Glasgow telah kami usahakan sejak 2015 dan ini memudahkan aku buat trip full package untuk tetamu. Jadi aku rasa sedikit sebanyak, keterujaan aku disini boleh dikongsi dengan tetamu yang datang melancong ke sini.

Aku dan tetamu.

Cadangan Itinerary Trip

Day 1 : Airport transfer (Glasgow/Edinburgh). Check in Glasgow/Edinburgh

Day 2 : Edinburgh Day Trip
Kita akan mulakan trip pada pagi hari ke Edinburgh Castle, melalui Royal Miles dan turun ke High Street. Kita akan berhenti solat dan makan tengahari sebelum lawatan pendek ke University of Edinburgh. Jika masa mengizinkan kita boleh singgah ke Queensferry atau Livingston Designer Outlet.

Group photo yang cantik di Esplanade Edinburgh Castle
Kalau datang Scotland tidak bergambar dengan piper kira satu kerugianlah ye..

Bag piper Sekutland Darul Tiup-tiup

Posted by Irwan Dahnil on Wednesday, December 20, 2017

 

Day 3 : Loch Lomond Trip
Kita akan mulakan trip selepas breakfast. Kita akan berhenti di Loch Lomond Shore. Jika ada yang mahu mengikuti lake cruise (optional). Sepanjang perjalanan akan sentiasa berhenti-henti kerana ada banyak viewpoint menarik untuk bergambar. Kita akan singgah di Scotland Farm Shop yang menjual hasil tenusu dan barangan Scotland. Jika ada rezeki kita akan bergambar dengan Highland Coo (Lembu Highland) dan kambing biri-biri.

Weather yang sangat cantik dengan latarbelakang Loch Lomond
Loch Lomond Shore tempat aktiviti air yang popular. Nak datang pun senang naik train terus ke sini.

 

Glencoe Mountain Resort. Tempat bermain ski ketika winter
Glencoe pemandangan dari laluan Tyndrum. Puncak salji kelihatan bila menghampiri winter
Glencoe Village ketika winter. Sungai tepi tu sejuk yakmat.
Glen Etive. Filem hit seperti James Bond, Braveheart dan Harry Potter  disini lokasinya.

Day 4 :  Manchester Day Trip 
Kita akan memulakan trip seawal pagi ke Manchester melalui Lake District dan kawasan selatan Scotland. Jika masa mengizinkan kita akan singgah ke Curry’s Mile, kawasan yang popular dengan makanan. Seterusnya akan ke kawasan bandar di sekitar Hard Rock Cafe sebelum ke Old Trafford Megastore. Kita akan bermalam di Manchester.

Bagi collector, kita singgah sebentar disini.
Theater of Dream, Old Trafford Stadium

Day 5 : Liverpool Day Trip
Pagi ini kita akan bergerak ke Liverpool. Singgah di Albert Dock yang mempunyai tarikan seperti Beetles Museum. Kemudian kita akan ke Stadium Anfield. Sebelum bergerak pulang ke Scotland pada petangnya.

Albert Dock
Stadium Anfield, Liverpool

Day 6 : Glasgow Day Trip or Livingstone Designer Outlet
Hari ini kita ada pilihan sama ada ingin berjalan-jalan di Glasgow atau kita shopping di Livingstone Designer Outlet. Masa untuk mencari souvenir barangkali!

Glasgow University adalah universiti ke empat tertua dia UK. Ancient university, sering menjadi lokasi pengambaran.
Cloister. University of Glasgow. Universiti keempat tertua di UK
Bangunan utama Livinstone Designer Outlet.

 

Kalau nak tengok kedai apa dalamnya boleh cari di https://livingston-designer-outlet.co.uk/

Day 7 : Kita salam-salam dan bergambar kenangan. Airport transfer (Glasgow/Edinburgh) atau train ke Glasgow Central.

Video Trip ke Glencoe

Dalam keadaan cuaca yang baik (dan mood aku yang elok), keluarkan sahaja kamera dan drone. Disini bebas untuk mengambil gambar ikut sesuka hati. Haha

Harga Pakej

Harga pakej bermula serendah RM1,800 seorang untuk shared trip. Maaf aku tidak boleh beri harga yang tetap sebab sangat bergantung kepada berapa orang yang datang (dewasa & kanak-kanak), bentuk penginapan dan musim. Cuba Whatsapp je aku di +447922405443 untuk dapatkan gambaran harga.

Bayaran termasuk :

  • Welcome dinner
  • Penginapan (homestay/apartment/hotel)
  • Pengangkutan /MPV  (Estima/Viano) dengan upah pemandu termasuk minyak dan bayaran parking (all in)
  • Airport transfer

Tidak termasuk : Flight from KL, attraction entrance fee, travel insurance (beli di Malaysia), meal. Tidak termasuk stadium tours (perlu pre-arrangement) dan sebarang tiket perlawanan bolasepak.

Jadual Trip 2018 / 2019 

18-24 Ogos 2018 : 7 seat available! Best Deal RM2,780

31 Ogos – 6 September 2018 : Available! Best Deal RM2,780

8 – 14 September 2018 : Available! Autumn Deal RM2,480

4-10 October 2018 : Available! Lowest Rate RM1,800 www.wasap.my/447922405443/7Doc0410

11-17 October 2018 : Available! Lowest Rate RM1,800 www.wasap.my/447922405443/7D1110

7-13 November 2018 : Available! Lowest Rate RM1,800 www.wasap.my/447922405443/7D0711

17-23 November 2018: Available! Best Deal RM2,280

24-30 November 2018 : Available! Winter Deal RM2,780

1-7 Disember 2018 : Available! Winter Deal RM2,780

8-14 Disember 2018 : Available! Winter Deal RM2,780

15-21 Disember 2018 : Available! Winter Deal RM2,780

22-28 Disember 2018 : Available! Winter Deal RM2,780

29 Disember 2018 – 4 Januari 2019 : Available. Winter Deal RM2,780

5 – 11 Januari 2019 : 5 pax available. Lowest Rate RM1,800  www.wasap.my/447922405443/7Djr

7 – 13 Februari 2019 : 8 pax available. Lowest Rate RM1,800 www.wasap.my/447922405443/7Dfe

Kalau kau berminat untuk tarikh sendiri pun no problem. Beritahu saja. Aku adjust.

Berminat Untuk Booking Trip ?

Aku mengamalkan polisi Cash on Delivery. Maksudnya kau tidak perlu bayar penuh sebelum datang.  Jadi tidak perlu lah kau risau kalau aku seperti mahu makan duit ya kan?

Ikuti langkah berikut :

  1. Whatsapp aku di +447922405443 untuk confirmkan seat dahulu. Nanti aku bagi maklumat booking dan cara pembayaran.
  2. Kemudian bayar  deposit RM500/seorang untuk sahkan booking.
  3. Baki bayaran bayar penuh ketika kau datang nanti. Bayar cash dalam Pound Sterling.
  4. Aku akan pulangkan semula deposit selepas habis trip.

Itu sahaja. Untuk sesiapa yang datang, boleh merasa dapat buku aku senaskah percuma. Selagi ada stok.  Hehe.

Failte de Alba! (Selamat Datang ke Scotland)

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply