You are currently viewing Pakej Travel 7 Hari Scotland Best Bermula RM1,999 Private Trip.

Pakej Travel 7 Hari Scotland Best Bermula RM1,999 Private Trip.

*CONTENT LAST UPDATED : 09 APRIL 2019*

Trip ini sangat sesuai bagi kau yang memang mahu meluangkan masa lebih lama di Scotland, tidak mahu tergesa-gesa dan mahu menikmati ketenangan. Trip selama 7 hari 6 malam, private trip sesuai untuk  4 hingga 8 orang. Jika kau cari trip lebih pendek, KLIK disini je.

Sebelum itu aku  nak sharekan beberapa perkara yang unik tentang Scotland. Sebab ramai yang datang tidak tahu what to expect, jadi aku sharekan beberapa maklumat penting.

7 Perkara Beza Scotland dan England

#1 : Bandar utama Scotland adalah Glasgow dan Edinburgh. Di tempat lain, kebanyakan cuma pekan kecil, selain Aberdeen yang terkenal dengan sumber minyak. Perjalanan dari London ke Glasgow sekitar 1 jam dengan pesawat, atau 4 jam dengan train. Overnight bas pun ada untuk option lebih murah.

#2 :  Scotland terkenal dengan nature. Pada 2017 Rough Guide meletakkan Scotland di tempat pertama sebagai negara paling cantik di dunia mengalahkan Swiss dan New Zealand. Datang Scotland expect for nature, culture dan building. Bukan bandar besar seperti London.

#3 : Scotland adalah negara berdaulat. Ada parlimen sendiri, bank sendiri dan sistem pendidikan sendiri. Ia berada dalam United Kingdom bersama-sama dengan England, Wales dan Ireland Utara. Sempadan Scotland – England tidak punya post imigresen. Jangan cari pula ya.

#4 : Masih menggunakan Pound Sterling sama dengan England. Wang England boleh digunakan di Scotland, walau sesetengah tempat di England tidak terima wang Scotland. English tetap bahasa utama Scotland, walau accent Scottish yang sangat pekat. Di kawasan Highland, bahasa native Gaelic juga digunakan.

#5 : Living cost di Scotland masih lebih rendah. Jadi kos untuk sewa bilik dan makan secara umumnya lebih murah dari England. Sebagai contoh, sewa apartment di London mungkin sekali ganda lebih mahal dari Scotland. Makanan halal juga mudah diperolehi.

#6 : Scotland ibarat negeri Sabah di Malaysia. Memang kaya dengan bentuk muka bumi yang cantik. Lembah Glencoe yang sering jadi lokasi pengambaran filem di samping tasik yang tenang.  Cuma 5.3 juta penduduk untuk tanah yang sangat luas.

#7 : Scotland adalah negara altitude tinggi, lebih sejuk berbanding England. Jadi kebiasaannya Scotland menerima salji yang lebih banyak. Puncak tertinggi di tanah besar Inggeris terletak di Scotland dan ski resort pertama yang dibuka juga disini. Peluang dapat snow lebih tinggi di Scotland.

Tour Leader

Aku penulis buku Lost in Sekutland. Kisah dan pengalaman trip aku selalu tuliskan dalam catatan kembara yang dibukukan. Aku juga minat fotografi dan buat video pendek menggunakan drone.

Aku di Glencoe

Aku kini menetap di Glasgow sejak 2014 bersama isteri dan 3 orang anak. Homestay Glasgow telah kami usahakan sejak 2015 dan ini memudahkan aku buat trip full package untuk tetamu. Jadi aku rasa sedikit sebanyak, keterujaan aku disini boleh dikongsi dengan tetamu yang datang melancong ke sini.

Aku dan tetamu.

Cadangan Itinerary Trip

Aku beri DUA pilihan itinerary sebab ada masanya ada tempat yang kurang sesuai dilawati (musim winter). Jadi lebih mudah untuk buat pilihan.

#####################################

Option #1 (Musim terbaik adalah April/Oktober. Tetapi ia sesuai sepanjang tahun)

Day 1 : Airport transfer (Glasgow/Edinburgh). Check in Glasgow/Edinburgh.

Day 2 : Edinburgh Day Trip
Kita akan mulakan trip pada pagi hari ke Edinburgh Castle, melalui Royal Miles  menikmati Old Town dan turun ke High Street. Kita akan berhenti solat dan makan tengahari sebelum lawatan pendek ke University of Edinburgh. Jika masa mengizinkan kita boleh singgah ke Queensferry atau Livingston Designer Outlet.

Day 3 : Loch Lomond & Glencoe Trip
Kita akan mulakan trip selepas breakfast. Kita akan berhenti di Loch Lomond Shore. Jika ada yang mahu mengikuti lake cruise (optional). Sepanjang perjalanan akan sentiasa berhenti-henti kerana ada banyak viewpoint menarik untuk bergambar. Kita akan singgah di Luss Village, the loveliest village in Scotland, rumah beratus tahun usianya. Jika ada rezeki kita akan bergambar dengan Highland Coo (Lembu Highland) dan kambing biri-biri.

Sepanjang perjalanan, kita akan berhenti di Glencoe Village, Glencoe Mountain Resort. Get your camera ready, pemandangan lembah gunung yang popular lokasi pengambaraan filem James Bond dan Braveheart. Filem Bollywood Kuch Kuch Hota  Hai pun disini juga.

Day 4 :  Fort William, Loch Ness dan Fort Agustus
Jika mahu melihat bagaimana kemajuan teknologi Scotland, datang ke Neptune Steps atau Caledonian Canal di Fort Agustus. Lihat bagaimana air tasik dikunci membolehkan kapal dan boat dinaikkan atau diturunkan antara dua tasik tidak sama tinggi. Impressive! Kemudian kita akan ke Loch Ness, tasik mistik yang popular dengan lagenda Nessie monster. Sepanjang perjalanan nikmati pemandangan Banjaran Nevis yang indah.

Day 5 : Stirling & St Andrews
Kita akan mulakan hari ke tempat lahirnya golf di St Andrews, disamping menikmati keindahan laut, istana lama dan juga universiti. Sebelum itu kita akan singgah di Stirling Castle dan Falkirk Wheel. Jika keadaan tidak mengizinkan kita akan ke South Queensferry jambatan keretapi UNESCO.

Day 6 : Glasgow Day Trip
Hari terakhir kita akan santai sedikit. Kita mulakan trip hari ini dengan lawatan ke University of Glasgow, antara universiti tertua di UK. Lokasi penggambaran filem popular kerana bangunan lama sejak tahun 1400 dan Cloister yang sangat indah. Jika mengizinkan, penggemar sejarah kita akan bawa ke Transport dan Kelvingrove Museum. Sebelum pulang kita singgah di Buchanan Street, destinasi shopping popular seperti Primark dan Hard Rock Cafe. Jangan lupa beli Shortbread, cookies butter yang enak dibawa pulang sebagai buah tangan.

Day 7 : Kita salam-salam dan bergambar kenangan. Airport transfer (Glasgow/Edinburgh) atau train ke Glasgow Central.

Group photo yang cantik di Esplanade Edinburgh Castle
Kalau datang Scotland tidak bergambar dengan piper kira satu kerugianlah ye..

Bag piper Sekutland Darul Tiup-tiup

Posted by Irwan Dahnil on Wednesday, December 20, 2017

Bersepah-sepah tepi jalan. Tapi ada masanya black face sheep ini sangat pemalu.
Weather yang sangat cantik dengan latarbelakang Loch Lomond
Loch Lomond Shore tempat aktiviti air yang popular. Nak datang pun senang naik train terus ke sini.
Glencoe. Filem hit seperti James Bond, Braveheart dan Harry Potter  disini lokasinya.
Glencoe Village
Sungai bertebingkan salji ketika winter. Glencoe Village
Nampak tak sayup-sayup golfer hayun kayu tepi laut ? Nice view kan? Tapi ini di Stonehaven, Aberdeen. Saja kasi gambar, bakar korang sikit.
Bagi aku pemandangan istana tepi laut suatu yang rare. Cuaca yang cantik, kau photoshoot macam mana pun, nampak cantik. Dunnotar Castle. Ini pun di Aberdeen.
Ramai yang tanya apa benda yang bergulung ni. Inilah jerami. Boleh panjat dan main kejar-kejar kalau larat. Pun di Aberdeen!
Pemandangan Loch Ness dari dalam castle. Tenang je. Tapi belum pernah jumpa Nessi monster tu pun. Trip ini tidak sampai ke istana ini, lebih lagi musim siang yang pendek.
St. Andrews Old Gold Course. Lapangan golf tertua di dunia. Berhampiran dengan University of St. Andrews dan Castle.
Ada jetty berhampiran dengan castle untuk sesiapa berminat naik lake cruise

################################

Option #2 (Selected Season Only)

Day 1 : Airport transfer (Glasgow/Edinburgh). Check in Glasgow/Edinburgh.

Day 2 : Edinburgh Day Trip
Kita akan mulakan trip pada pagi hari ke Edinburgh Castle, melalui Royal Miles dan turun ke High Street. Kita akan berhenti solat dan makan tengahari sebelum lawatan pendek ke University of Edinburgh. Jika masa mengizinkan kita boleh singgah ke Queensferry atau Livingston Designer Outlet.

Day 3 : Loch Lomond & Glencoe Trip
Kita akan mulakan trip selepas breakfast. Kita akan berhenti di Loch Lomond Shore. Jika ada yang mahu mengikuti lake cruise (optional). Sepanjang perjalanan akan sentiasa berhenti-henti kerana ada banyak viewpoint menarik untuk bergambar. Kita akan singgah di Luss Village, the loveliest village in Scotland, rumah beratus tahun usianya. Jika ada rezeki kita akan bergambar dengan Highland Coo (Lembu Highland) dan kambing biri-biri.

Sepanjang perjalanan, kita akan berhenti di Glencoe Village, Glencoe Mountain Resort. Get your camera ready, pemandangan lembah gunung yang popular lokasi pengambaraan filem James Bond dan Braveheart. Filem Bollywood Kuch Kuch Hota  Hai pun disini juga.

Day 4 :  Fort William, Loch Ness, Eilean Donan Castle dan Portree
Jika mahu melihat bagaimana kemajuan teknologi Scotland, datang ke Neptune Steps atau Caledonian Canal di Fort Agustus. Lihat bagaimana air tasik dikunci membolehkan kapal dan boat dinaikkan atau diturunkan antara dua tasik tidak sama tinggi. Impressive! Kemudian kita akan ke Loch Ness, tasik mistik yang popular dengan lagenda Nessie monster. Sepanjang perjalanan nikmati pemandangan Banjaran Nevis yang indah ke Eilean Donan Castle sebelum bermalam di Portree.

Day 5 : Isle of Skye : Portree, Old Man of Storr, Kilt Rock, Quiraing & Nest Point Lighthouse
Kita akan  mula menjejaki satu persatu lokasi menarik di pulau ini. Terkenal dengan peninggalan Viking, Skye merupakan antara pulau tercantik di Scotland.

Day 6 : Glenfinnan Viaduct 
Kita akan mulakan trip pulang ke Glasgow melalui Glenfinnan Viaduct iaitu lokasi pengambaran filem fiksyen popular Harry Porter. Kita akan kembali pulang ke Glasgow melalui feri (ketika musim panas) bagi merasai pengalaman berbeza di sini.

Day 7 : Kita check out, salam-salam dan bergambar kenangan. Airport transfer (Glasgow/Edinburgh) atau train ke Glasgow Central.

Quiraing. Nak ke sini boleh drive terus ke atas. Parking dan berjalan sikit ke atas.
Old Man of Storr. Kau hanya dapat view ini kalau kau hiking ya. Kereta tidak boleh naik ke atas.
Haha.. Inilah signboard Old Man of Storr yang paling sesuai sekali untuk bergambar walau parkingnya 100m dihadapan.
Dari tepi boleh nampak Kilt Rock, batuan dan air terjun terus ke laut. Tinggi weh
Eilean Donan Castle yang berada di tasik. Ada juga cafe dan tandas, untuk break sebelum teruskan perjalanan.
Sepanjang ke Neist Point Lighthouse, memang akan nampak batu-batu yang besar tepi laut. Kecik je rasa badan.

Video Trip ke Glencoe

Dalam keadaan cuaca yang baik (dan mood aku yang elok), keluarkan sahaja kamera dan drone. Disini bebas untuk mengambil gambar ikut sesuka hati. Haha

Video Trip ke Isle of Skye

Jenis & Harga Pakej

Option #1 : Private Tour (RM2,870/pax)
Sesuai untuk anda yang ingin berbulan madu, percutian keluarga, percutian bersama syarikat atau pun bersama kawan-kawan tanpa digabungkan dengan kumpulan pelancong lain. Berikut antara kelebihan-kelebihan pakej ini;

  • Tidak digabungkan dengan kumpulan tetamu yang lain.
  • Anda bebas memilih tarikh perjalanan anda sendiri.
  • Minimum peserta adalah 4 orang. (Jika 3 orang, RM3,780/pax)
  • Harga berbeza mengikut bilangan peserta dan jumlah hari di Scotland.
  • Semakin ramai bilangan peserta, harga semakin murah.
  • Aturcara program adalah fleksibel.
  • Harga tidak termasuk tiket penerbangan antarabangsa (Kecuali ada permintaan)
  • Harga tidak termasuk airport transfer dari London ke Scotland. Jika ada permintaan, transfer dari London ke Scotland sama ada menggunakan penerbangan domestik atau MPV boleh disediakan.

Option #2 : Joined Tour (serendah RM2,480/pax, limited seat)
Sesuai untuk anda yang ingin bercuti ke Scotland dengan harga yang lebih murah berbanding Private Tour. Antara kelebihan pakej ini ialah;

  • Pakej yg ditawarkan lebih murah berbanding pakej private.
  • Tarikh perjalanan yang telah ditetapkan.
  • Minimum peserta adalah seorang.
  • Aturcara program adalah tertakluk kepada itinerary yang ditetapkan
  • Harga tidak termasuk tiket penerbangan antarabangsa (kecuali dengan permintaan)

What included : Semua bayaran (Private & Joined Tour) termasuk :

  • Welcome dinner (jika cukup kuota)
  • Penginapan (homestay/apartment/hotel)
  • Pengangkutan /MPV  (Estima/Viano) dengan upah pemandu termasuk minyak dan bayaran parking (all in)
  • Airport transfer (Glasgow/Edinburgh)

Not included :  Flight dari Kuala Lumpur ke Scotland, attraction entrance fee (jika ada, optional), travel insurance (beli di Malaysia), meals.

Kalendar Open Trip Scotland Best 2018

DATE AVAILABILITY STATUS / INQUIRY
15 – 21 February 2018 COMPLETED Lihat Foto
17-23 March 2018 COMPLETED Lihat Foto
10-16 April 2018 COMPLETED Lihat Foto
8-14 June 2018 COMPLETED Lihat Foto
2-8 July 2018 COMPLETED Lihat Foto
4-10 October 2018 COMPLETED Lihat Foto
6-12 October 2018 COMPLETED Lihat Foto
1-7 Disember 2018 COMPLETED Lihat Foto
8-14 Disember 2018 COMPLETED Lihat Foto

Kalendar Open Trip Scotland Best 2019

DATE AVAILABILITY STATUS / INQUIRY
13 – 19 January 2019 COMPLETED Lihat Foto
05 – 11 February 2019 COMPLETED Lihat Foto
05- 11 March 2019 COMPLETED Lihat Foto
23 – 29 March 2019 COMPLETED Lihat Foto
23 – 29 April 2019 Best Deal RM2,780 4 seat available
16 – 22 September 2019 Best Deal RM2,780 WHATSAPP NOW!
1 – 7 Oktober 2019 Best Deal RM1,999 Fully booked!
6 – 12 November 2019 Best Deal RM2,870 Fully booked!
1 – 7 Disember 2019 Best Deal RM2,870 WHATSAPP NOW!

Payment Terms

Aku mengamalkan polisi Cash on Delivery. Maksudnya kau tidak perlu bayar penuh sebelum datang.  Jadi tidak perlu lah kau risau kalau aku seperti mahu makan duit ya kan?

Ikuti langkah berikut :

  1. Whatsapp di +447922405443 untuk confirmkan seat dahulu. Nanti aku bagi maklumat booking dan cara pembayaran.
Whatsapp disini
  1. Kemudian bayar  deposit RM800/seorang untuk sahkan booking.
  2. 2nd payment : RM1000/seorang,  3 bulan sebelum trip
  3. Final Payment : Baki ketika di Scotland nanti dalam dalam GBP (tunai) ATAU 4 minggu sebelum trip jika dalam RM.

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

This Post Has 10 Comments

  1. Faiz Ahmad

    Harga yg amat berpatutan…insyaAllah aku akan sampai gak Sekutlan

  2. Yanti

    Do contact me..yanti

  3. irwan.dahnil

    Yanti : Nanti boleh whatsapp ke +447922405443

  4. anies

    assalamualaikum… alhamdulillah sy jumpa page ni… since blk dr uk thn lps sy mmg pasang angan2 nk ke scotland…dan hasrat tu makin berkobar lps baca buku puan nisah haron. tp sbnr nya lbh jauh dr tu. sy nk jg sggh di belfast dan dublin. sy x tau lg bla akan smpi ke sana. insya allah, bila smpi rezeki sy nnt, sy akan hubungi en irwan… btw, en irwan akan ddk di sn lama lg ke? smpi pencen? or mgkn dlm 3-4 thn shj?

  5. irwan.dahnil

    Moga dapat peluang datang ke Scotland ya Anies.

    Berapa lama lagi di Scotland ? Insyallah, bekas di Scotland terlalu banyak. Tapi hati tetap di Malaysia.

  6. Muhammad Fadhil

    Assalamualaikum. Seronok baca story tuan Irwan. InsyaAllah jika tiada aral saya dan isteri juga akan ke Edinburgh. Saya ikut isteri buat postdoctoral di University Of Edinburgh selama 2 tahun. Bila baca story tuan irwan bertambah tak sabar pula nak ke sana. Kami jangka ke sana awal June this year. Doakan kami. Kalau tak keberatan kami nak dapatkan serba sedikit maklumat dari tuan irwan berkenaan rumah, kereta dan sebagainya.

  7. irwan.dahnil

    Saya akan kenalkan Tuan dengan Komuniti Malaysia di Edinburgh. Boleh sahaja hubungi saya di +447922405443

  8. Emma Zahari

    Salam.. nak tanya.. isle of sky tak masuk dlm trip ka? Any comments on that area. Tima kasih..

  9. irwan.dahnil

    Emma : Boleh rujuk Option Itinerary #2

Leave a Reply