Aku tulis trip ni sebab aku semakin ramai yang berminat untuk datang ke Iceland. Dan kebiasaannya kita masuk dari Iceland melalui London.
Tahukah anda Iceland lebih hampir dengan Scotland berbanding London ? Hahah. Disebabkan itu, banyak flight terbang dari Scotland terus ke Iceland dalam jangka masa lebih pendek (2 jam) berbanding dari London (3 jam lebih).
Flight apa yang sesuai? Untuk ke Scotland, boleh ambil flight dari KL ke Edinburgh atau Glasgow (aku pernah dapat RM1.8K return KL-Edinburgh) yang ada banyak. Qatar Airways, Emirates, Turkish, British Airways atau Etihad.
Dan tentunya jarak yang dekat memberikan harga ticket flight yang lebih murah. Dari Scotland pula aku pernah naik flight dari Edinburg ke Reykjavik dengan harga £32 return. Haaa. Murahkan? Aku rasa ramai orang terlepas pandang Scotland as a hub for travelling. Dari Glasgow ke Norway pun baru £19.. Geram je aku tengok. Hahah
Apa pun aku share itinerary dan trip ke Iceland dan Scotland.
Trip ni boleh mula dari Scotland atau berakhir di Scotland. Ikut sedap.
Day 1 : Arrival. Airport transfer to Glasgow/Edinburgh
Day 2 : Day Trip Edinburgh
Kita akan mulakan trip pada pagi hari ke Edinburgh Castle, melalui Royal Miles dan turun ke High Street. Kita akan berhenti solat dan makan tengahari sebelum lawatan pendek ke University of Edinburgh. Jika masa mengizinkan kita boleh singgah ke Queensferry atau Livingston Designer Outlet.
Day 3 : Loch Lomond & Glencoe
Kita akan mulakan trip selepas breakfast dan check out. Sepanjang perjalanan akan sentiasa berhenti-henti kerana ada banyak viewpoint menarik untuk bergambar. Kita akan singgah di Scotland Farm Shop yang menjual hasil tenusu dan barangan Scotland. Jika ada rezeki kita akan bergambar dengan Highland Coo (Lembu Highland) dan kambing biri-biri.
Selepas Loch Lomond, kita akan tiba di Lembah Glencoe dan Glencoe Mountain Resort. Get your camera ready, pemandangan lembah gunung yang popular lokasi pengambaraan filem James Bond dan Braveheart. Filem Bollywood Kuch Kuch Hota Hai pun disini tau!
Day 4 : Glasgow Day Trip. Night flight to Reykjavik
Day 5 : Blue Lagoon. Reykjavik Day Trip 1
Bergantung keadaan cuaca, kita akan terus ke Blue Lagoon sebelum ke bandar Reykjavik.
Day 6 : Golden Circle (Pingvelir National Park, Geysir Thermal and Gulfoss Waterfall)
Day 7 : Seljalanfoss & Skogafoss
Day 8 : Plane Wreck & Reynisfjara Black Beach
Day 9 : Jokulsarlon Lagoon and Diamond Beach
Day 10 : Dyrhorley.
Day 11 : Flight back to Scotland
Day 12 : Flight back to Kuala Lumpur
Perlu tahu di Iceland ada dua musim sahaja. Winter atau summer. Sepanjang summer, tiap malam ada peluang untuk lihat aurora (dengan izin Tuhan) tapi siangnya yang pendek. Waktu summer pula, kita ada masa yang panjang untuk teroka Iceland.
Harga Pakej
Harga pakej bermula serendah RM3,800 seorang. Maaf aku tidak boleh beri harga yang tetap sebab sangat bergantung kepada berapa orang yang datang (dewasa & kanak-kanak), bentuk penginapan dan musim. Cuba Whatsapp je aku di +447922405443 untuk dapatkan gambaran harga.
Bayaran termasuk :
- Welcome dinner
- Penginapan (homestay/apartment)
- Pengangkutan /MPV (Estima/Viano) dengan upah pemandu termasuk minyak dan bayaran parking (di Scotland).
Tidak termasuk : Attraction entrance fee, travel insurance (beli di Malaysia), meal, minyak dan parking (di Iceland), airline luggage.
Kalau kau berminat untuk tarikh sendiri pun no problem. Beritahu saja. Aku adjust.
Berminat Untuk Booking Trip ?
Aku mengamalkan polisi Cash on Delivery. Maksudnya kau tidak perlu bayar penuh sebelum datang. Jadi tidak perlu lah kau risau kalau aku seperti mahu makan duit ya kan?
Ikuti langkah berikut :
- Whatsapp aku di +447922405443 untuk confirmkan seat dahulu. Nanti aku bagi maklumat booking dan cara pembayaran.
- Kemudian bayar deposit RM500/seorang untuk sahkan booking.
- Baki bayaran bayar penuh ketika kau datang nanti. Bayar cash dalam Pound Sterling.
- Aku akan pulangkan semula deposit selepas habis trip.
Itu sahaja. Untuk sesiapa yang datang, boleh merasa dapat buku aku senaskah percuma. Selagi ada stok. Hehe.