Kali ni aku nak menulis tentang pengalaman aku jalan ke kawasan semulajadi yang cantik. Biasanya aku tulis tentang kandungan yang berat, sarat dengan maklumat. Hari ini aku malas, aku cuma nak cerita tentang short trip je. Lepas tu aku tempek gambar banyak-banyak.
Trip aku sangat pendek. Aku start pagi 10 pagi dari rumah di Glasgow dan aku sampai semula pukul 8 malam. Memang aku plan satu hari je, nak tengok sejauh mana aku boleh pergi balik dari Glasgow.
Satu tempat yang paling menonjol dan popular di Scotland adalah di kawasan Highland. Highland ni nama daerah dimana letaknya tempat alam semulajadi yang cantik. Kalau secara mudahnya nak bayangkan, Highland ni di kawasan belah utara dan barat laut Scotland yang ada banyak lembah-lembah bukit yang disebut ‘Glen’ dalam bahasanya bermaksud Lembah.
So aku plan dari Glasgow ke Glencoe melalui Loch Lomond, kemudian singgah di Fort William dan seterusnya ke Glenfinnan. Jalanrayanya baik, tetapi cuma satu lorong sahaja. So tak boleh drive laju-laju. Awalnya aku ingat nak terus ke Mallaig kalau sempat. Kalau tengok map Google, sekali jalan amik masa 4 jam. So bila aku start jam 10 pagi memang confirm tak sempat lah kan. Tapi aku try juga.
Dari Glasgow, aku lalu Erskine Bridge menghala ke Loch Lomond. Bila sampai sana, jalan dah jadi satu lorong, dan dibahagian atas Loch Lomond, jalan menjadi bengkang-bengkok dengan laluan cantik di tepi tasik. Layan juga la.
Kalau nak tau tentang Loch Lomond, boleh klik kat sini. Catatan aku main sampan kat sana. Heheh
Sebab masa suntuk, so aku tak banyak berhenti. Aku terus je sampai Crianlarich sebab anak aku nak ke tandas. Berenti sekejap, then terus ke Fort William melalui Glencoe melalui A82. Ada satu lagi alternatif jalan simpang area Tyndrum melalui A85 melalui Oban. Oban ni popular la kot sebab ada tempat makan seafood. Aku tak pernah try, aku ingat balik nanti aku nak singgah kalau sempat.
Glencoe ni popular sebab ia lembah dimana kiri kanan jalan pemandangan bukit dan tanah tinggi Scotland. Kalau pergi musim summer, bukit tu nampak hijau sayup, dan kalau masuk musim luruh, bukit seakan mempunyai tona warna dari hijau, kekuningan, kemerahan dan coklat. Musim winter, akan ada salji on top. View memang magnificent.
Kalau nak ambil gambar, spot paling popular di Loch Tulla Viewpoint. Ada tempat parking kereta, sedikit mendaki dan kedudukan yang lebih tinggi. Dapat lihat Loch (tasik) di lembah Glen. Ambik gambar puas-puas kalau matahari cantik.
Dari situ, teruskan perjalanan lagi. Ada satu ski resort di Glencoe ni ketika winter, dan tempat ini dijadikan summer activity center (hiking etc). Aku tak berenti pun, sebab aku rasa nak cepat sampai ke Fort William. Ambil gambar lebih kurang, aku drive terus.
Sampai Fort William, aku menuju city center. Pekan Fort William ni tepi Loch Linnhe, so pemandangan pun agak awesome juga. Ada hotel bajet Travelodge kat situ dan beberapa hotel lain, so parking kereta, jalan kaki menikmati pekan. Cobble street, so jalan kaki je kat High Street. Pekan kecil sahaja. Setakat amik gambar boleh lah. Then singgah Tesco kat situ.
Sebenarnya aku ini bukan destinasi utama, sekadar singgah sahaja. Tapi aku dapati ada lagi kemudahan seperti pasaraya Morrison’s kat sini. Kalau nak bermalam kat sini memang sesuai.
Sebenarnya tujuan utama aku nak pegi Ben Nevis. Ben Nevis ni sebenarnya kawasan gunung paling tinggi di Scotland dan seluruh kepulauan British pada ketinggian 4,409 kaki. Bagi penggemar gunung macam aku, tempat macam inilah aku cari. Puncak yang tertinggi adalah bekas gunung berapi, tempat ini menarik lebih 100 ribu orang pelancong setiap tahun.
Lebih kurang 15 minit driving dari Fort William, aku sampai ke Nevis Range, yang menyediakan gondola ke puncak. Tapi kali ni aku tak naik pun. Aku usya je dulu. Harap-harap nanti ada peluang naik ke atas.
Lepas makan, solat dan ambil gambar lebih kurang, aku start engine. Next destination adalah ke Glenfinnan. destinasi popular sebab Harry Porter pernah melakukan penggambaran disini.
Sampai Glenfinnan, aku ambil gambar dan masuk ke kedai cenderamata. Menarik jugalah. Dan dari situ aku panjat naik ke puncak bukit. Disinilah pemandangan yang cantik dimana boleh lihat laluan keretapi Harry Porter dari kejauhan. Kalau ada kamera power, memang boleh rakam gambar cantik. Tapi iPhone aku cukup makan je. Gambar pun kelabu asap.
Satu lagi tarikan di Glenfinnan adalah tugu memorial yang menghadap ke Loch Shiel. Tapi masuk kena bayar. Aku tak sure berapa, dan aku tak pergi pun sebab hari dah semakin gelap. Pemandangan matahari nak terbenam pun cantik untuk dinikmati di penghujung hari.
Akhirnya aku tak sempat ke Mallaig, sebab hari dah malam. Gelap. Dari Mallaig sebenarnya ada feri ke Isle of Skye.
Mungkin dalam catatan akan datang.
***************************************************************************************************************************
Mahu Lagi Kisah Kembara di Scotland ? Klik Like dibawah.
Jika anda rasakan kandungan blog ini bermanfaat, follow di Fanpage Safarnama. Jumlah Like yang meningkat, membantu penulis memahami corak pembacaan dan menghasilkan kandungan blog yang relevan dan berguna untuk pembaca. Hanya klik butang LIKE PAGE di bawah.
***************************************************************************************************************************