You are currently viewing Rakyat Malaysia Berkongsi Perasaan Membela Nasib Bahasa Malaysia di Tanah Scotland

Rakyat Malaysia Berkongsi Perasaan Membela Nasib Bahasa Malaysia di Tanah Scotland

Tajuk entry blog aku seperti TheVocket tak ? Nampak sikit sensasi. Haha. Tapi hari ini aku bukan ingin berkongsi cerita sensasi, tapi ingin berkongsi kisah inspirasi mengembalikan Bahasa Malaysia di Scotland. Aku nak share pengalaman bersama segelintir golongan ini yang melaksanakan sekolah medium bahasa Malaysia di sini.

Di UK, rata-rata merupakan sistem pendidikan dengan Bahasa Inggeris bahasa utama. Bahasa utama dunia lain seperti French, German dan Spanish sebagai bahasa pilihan. Bahasa lain sekadar cukup tahu. Bahasa Malaysia ? Mimpi untuk berada dalam silibus sekolah. Maka dimana letakkan bahasa  yang terbilang di mata dunia ini di tanah Inggeris ini ?  Tiada siapa yang peduli.

Kecuali segelintir rakyat dan mahasiswa prihatin di bumi Glasgow. Aku mendekati Sekolah Malaysia Glasgow. Sekolah komplementari rakyat Malaysia di Scotland.

Sekolah yang dimulakan pada 2007 ini, tertubuh atas kesedaran dan rasa tanggungjawab pelajar dan komuniti Malaysia di Scotland yang melihat anak-anak Malaysia yang tidak peluang untuk membesar dalam persekitaran dan budaya Malaysia.

web7_Ini bukan cerita baru. Contohnya seperti Adik Hadeef, berumur tujuh tahun. Tahun ini sudah genap 3 tahun dia mengikuti bapanya ke Scotland. Sejak bersekolah, dia tidak  berpeluang untuk bertutur dan berkomunikasi sesama rakan sebaya dalam bahasa Malaysia seperti di sekolah biasa. Sejak tadika sehingga ke tahun kelas Primary 1, persekitaran sekolah cuma berbahasa Inggeris. Sedangkan dalam masa beberapa bulan, bapanya akan tamat pengajian PhD, Hadeef bakal mengalami kejutan budaya dan bahasa sekembali di Malaysia.

Bahasa Melayu tidak lebih dari menjadi bahasa di rumah sahaja.

Atas sebab itu, dengan sokongan dan inisiatif Komuniti Malaysia Glasgow (KMG), maka tertubuhlah Sekolah Malaysia Glasgow (SMG) sejak tahun 2007. Wujudlah tempat dan platform bagi ibubapa yang ingin mempelbagaikan kandungan pembelajaran serta bahasa penyampaian dalam Bahasa Malaysia. Sekolah ini menyediakan kelas Bahasa Malaysia dan Agama Islam. Manakala tenaga pengajar pula terdiri daripada sukarelawan-sukarelawan mahasiswa Malaysia di Glasgow dibantu oleh individu yang sudah lama di sini.

Anak SMG didedahkan dengan cara dan adab belajar seperti di Malaysia. Dimulakan dengan bacaan doa dan senaman sebelum memulakan kelas. Anak-anak disediakan makanan ringan dan minuman dan bebas untuk melakukan sebarang aktiviti.
Anak SMG didedahkan dengan cara dan adab belajar seperti di Malaysia. Dimulakan dengan bacaan doa dan senaman sebelum memulakan kelas. Anak-anak disediakan makanan ringan dan minuman dan bebas untuk melakukan sebarang aktiviti.

Sekolah ini cuba memberikan perkhidmatan komuniti sepenuhnya. Memandangkan komuniti Malaysia disini tidak ramai dan bagi menggalakkan penyertaan, yuran yang dikenakan sangat minima iaitu £10 (RM60) bagi setiap anak. Yuran itu bukan bayaran bulanan tetapi yuran tahunan! Dengan yuran serendah itu diharap ibubapa tidak terbeban untuk menghantar anak masing-masing ke SMG.

web9_
Bahan permainan disediakan oleh pihak masjid dengan cara pinjaman.

Dengan pelbagai kekurangan, usaha segelintir individu di Glasgow dan ibubapa, kelas komuniti ini dapat berjalan. Semua buku, kertas, warna dan keperluan sekolah dibeli dari baki duit yang disimpan sejak tahun lalu. Makanan dan minuman pula disumbang oleh individu yang berhati mulia. Setiap kali kelas, pihak Masjid Al-Farouq memberikan kebenaran untuk menggunakan ruang di belakang masjid sehinggakan mereka sanggup menyerahkan anak kunci supaya SMG dapat beroperasi mengikut keperluan tanpa perlu lagi meminta kebenaran pihak masjid. Sokongan pihak masjid sangat memberi makna buat SMG.

web6_
Jurang umur anak-anak SMG antara 6-12 tahun memerlukan bahan pembelajaran yang berbeza.

Atas prinsip kesukarelaan, upah cikgunya cuma £16 sebulan. Mereka datang dengan perbelanjaan sendiri tanpa mengharap balasan. Disebabkan pelbagai kekangan, telah beberapa kali berlaku pertukaran guru. Sehingga kini masih ada empat orang cikgu yang baik budi yang masih bersama SMG.

Puan June, yang juga bekas peguam  di Malaysia yang mengikuti suaminya disini. Bagi beliau, ini bukan soal duit tetapi soal mati hidupnya Bahasa Melayu dikalangan anak-anak disini. Tanpa memikirkan kekangan, beliau hanya memfokuskan usaha mereka bagi menguruskan sekolah yang beroperasi 2 minggu sekali.

Cikgu_png
Dari kiri ke kanan : Saudari Nur Aqilah, Puan June, Saudari Sharifah Zahra dan Saudari Mizan.

Manakala Saudari Sharifah Zahra merupakan pelajar tahun ketiga bidang Fizik dan Astrofizik dan Saudari Nur Aqilah pengajian Kimia di University of Glasgow. Saudari Mizan  pula merupakan pelajar perakaunan di University of Strathclyde. Diantara mereka bergilir-gilir mengadakan sesi mengaji dan sebarang aktiviti pembelajaran dalam Bahasa Malaysia yang menyeronokkan anak-anak.

Maka SMG menjadi tempat anak-anak berkomunikasi dalam bahasa Malaysia tanpa ada rasa malu atau rendah diri. Mereka dapat berjumpa dengan rakan yang bertutur dalam bahasa yang sama dari pelbagai tempat di Scotland. Sehingga kini, ada anak-anak yang datang dari Stirling yang berada kira-kira satu jam perjalanan dari Glasgow.

web5_
Bagi anak yang kecil diberikan aktiviti pelajaran bahasa Malaysia dari segi bacaan dan ejaan. Buku dan bahan pembelajaran semua adalah dari sumbangan. Ia dibeli di Malaysia kerana sukar mendapatkan bahan di UK.

Sejak tahun2 2008 SMG mendapat sumbangan sekitar £3000 setahun untuk membiayai kos. Tetapi sejak 2012, ditambah pula krisis ekonomi yang semakin meruncing, tiada lagi sumbangan sebegitu diterima.Sesudah beberapa tahun, terasa semakin hari dana semakin menyusut sedangkan kos operasi semakin hari semakin meningkat. Dianggarkan kos asas sekolah sahaja hampir mencecah £250 (RM1500 sebulan). Dari kutipan yuran anak-anak SMG seramai 15 orang, disitulah semua sumber kewangan yang ada.

web4_
Kelas mengaji dan bacaan Al-Quran buat anak-anak.

Memang terlihat, usaha rakyat Malaysia ini bukan kerana ganjaran dunia tetapi hanya meminta balasan yang baik dari Allah swt.  Memang jelas terpancar harapan dan kegembiraan di wajah anak-anak, Sekolah Malaysia Glasgow ini wajar kekal. Jika tidak, mungkin usaha mengekalkan Bahasa Malaysia di Scotland ini akan terus terkubur.

web1_

web8_Dengan adanya SMG,  Puan Feera yang menghantar anaknya Fareiz dan Faried sekurangnya boleh menarik nafas lega. Ini kerana dia sangat risau kerana anaknya menganggap diri mereka ‘mat salleh’ sesudah bermastautin dan menjadi penduduk tetap di UK. Alhamdulillah, kini mereka ada tempat untuk berkenalan dengan rakyat berbahasa Malaysia.

Bagi anda yang ingin mengikuti lanjut perkembangan sekolah tersebut, anda bolehlah like page Facebook mereka di laman Facebook Sekolah Malaysia Glasgow dan Komuniti Malaysia Glasgow.

Bagi yang ingin menyumbang dalam pelbagai bentuk bolehlah samada menghubungi mereka di link di atas ataupun terus ke menghubungi Puan June di akaun Whatsapp beliau yang bernombor +447762567935

Foto kredit buat : Aba Muklist

Catatan Kembara
Irwan Dahnil
Glasgow, Scotland

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

This Post Has 3 Comments

  1. Khairul aka Shon

    As Salam. It was a good article indeed. Saya sangat kagum dgn initiative KMG dgn tertubuhnya SMG. Thumbs-up utk tenaga pengajarnya. Bakti anda utk anak bangsa tak akan sia-sia. Saya adalah salah seorang pelajar tajaan di GCU tahun 95-97. Really missed my student life there… Kedai Mr. Lim ada lagi ke? ?

  2. irwan.dahnil

    Terima kasih Tuan Khairul. Sekadar meneruskan legasi dari yang terdahulu.

    En Lim mana ya ? 🙂

  3. Khairul aka Shon

    Mr Lim is a Malaysian. Married to a Scottish lady. Penang born kalau tak salah. Dia ada bukak grocery shop kat Rose St. Grocery dia tu opposite dgn hotel. Dulu duk kat Renfrew St. so selalulah singgah beli barang keperluan. Pernah dia mintak buatkan satey bila dia buat garden party, bakar kat rumah dia ?

Leave a Reply