You are currently viewing Tip Tiket Masuk Percuma Istana di Scotland

Tip Tiket Masuk Percuma Istana di Scotland

Scotland memang popular dengan keindahan semulajadi. Selain dari glen (lembah gunung) yang cantik dan loch (tasik) yang mendamaikan, Scotland memang popular dengan istana.

Tapi kalau kau mahu masuk istana ini, kebanyakannya berbayar. Macam Edinburgh Castle kena bayar dalam £16 kalau tidak silap aku. Kalau macam aku ada 5 orang, sakit juga mahu membayar. Tahun lepas aku sudah masuk ke Edinburgh Castle dan Stirling Castle. Kosnya kami 5 beranak £0. Percuma!

Betul. Ia percuma. Setiap tahun Scotland akan meraikan St. Andrew’s Day pada 26 dan 27 November. Pada hari tersebut, tiket diberi percuma selagi muat untuk sumbat orang ke dalam istana. Jangan meletup sudah. Kau Google lah sikit hari apa tu.

Aku set email alert, bila ada sahaja tawaran tiket percuma. Biasanya pada awal November dan hari terakhir booking tiket pada 25 November.

Biasanya dia akan hantar email. Kau check aje. Click pada Book
Biasanya dia akan hantar email. Kau check aje. Click pada Book

Macam mana untuk dapatkan tiket percuma aku senaraikan langkah dibawah :

1. Buka website Historic Scotland atau Ticket Giveway

Nampak main page macam ini. Sudah dua tahun aku follow, main page masih belum berubah
Nampak main page macam ini. Sudah dua tahun aku follow, main page masih belum berubah

2. Boleh tengok petacastle yang kau ingin pergi. Castle yang paling popular tentunya Edinburgh dan Stirling. Jadi kau book awal, pilih sama ada 26 atau 27. Kalau nak dua-dua, kau tamak!

5

3. Biasanya tiket hanya membenarkan sehingga 2 dewasa dan 3 kanak-kanak. Kalau kau nak tiket lebih dari itu, book sahaja sekali lagi.

2

4. Isikan maklumat nama, alamat dan confirmkan. Semua tiket akan dihantar ke email.

Print tiket sendiri dan bawa ketika hari tersebut,
Print tiket sendiri dan bawa ketika hari tersebut,

5. Kau print dan bawa pada hari tersebut. Pastikan tiket ada barcode ya.

6. Kalau kau dah booking, tapi tidak datang macam mana? Okay je.  Tapi jangan saja-saja buat macam tu. Sebab ada castle yang ada kuota. Kalau kau tak pergi, jangan kau halang rezeki orang lain. Selfie ok, selfish not ok.

Selamat menghayati istana batu-batu Scotland

Catatan kembara
Irwan Dahnil
Minat movie Braveheart boleh ke Stirling
Scotland

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

This Post Has 2 Comments

  1. Lya Akif Imtiyaz

    Salam..Hai en irwan.. saya inggah sini membaca catatan kembara anda..Semoga catatn ini bermanfaat utk yang bakal bercuti ke Scotland .

Leave a Reply