You are currently viewing Syoknya Sehari : Jalan Jalan ke Aberdeen, Scotland. “Silver City by the Golden Sands”

Syoknya Sehari : Jalan Jalan ke Aberdeen, Scotland. “Silver City by the Golden Sands”

Tajuk kali ini bahasa Inggeris la pulak. Haha. Sesekali. Aku suka nak highlightkan bahawa Aberdeen ini adalah bandar yang terkenal dengan batu berwarna kelabu. Tapi kelabu/perak la gitu, kebanyakan bangunannya memang berasaskan warna ini. Memang nampak klasik.

Aberdeen berada 3 jam dari Edinburgh atau Scotland. Jadi kebanyakan orang yang datang ke sini mempunyai tujuan tertentu sahaja, bukan saja-saja sampai ke sini. Aberdeen ini macam Kerteh di Terengganu, bandar minyak.

Kalau ada peluang datang jalan jalan ke Aberdeen atau sekitarnya, aku nak share sedikit beberapa tempat yang boleh dilawati dalam sehari.

#1 : Bandar Aberdeen
Berjalan sahaja di Union Street menghala ke Aberdeen Beach. Selain dari kedai dan outlet di kiri kanan perhatikan warna bangunan yang ada. Itulah yang digelar ofgray color granite, bahan untuk binaan bangunan. Nampak kelabu je kan?

Jika ada masa teruskan sahaja ke Aberdeen Beach dan nikmati pantai bersih keemasan. Menikmati angin laut di sepanjang waterfront disini memang menenangkan, tidak hairan ketika cuaca yang baik ramai sahaja menghabiskan masa ‘berjemur’ disini sambil melihat orang bermain luncur air.

Dari Aberdeen Beach, naik sedikit ke kawasan tanah tinggi yang dinamakan Torry Battery. Tebing tinggi ini menampakkan lautan Utara, yang memisahkan England-Scotland dan Norway-Denmark juga sebahagian daripada lautan atlantik. Ramai orang naik ke atas sini untuk melihat ikan lumba-lumba.

#2 : King’s College Chapel, University of Aberdeen
Kalau mahu rasa suasana belajar yang tenang dengan pemandangan rumput hijau di perkarangan universiti, datanglah ke sini. Chapel itu sendiri mempunyai tarikan kerana batuan yang dibina warna seakan-akan silver dan masih utuh sehingga kita. Berjalanlah sekitarnya dan jangan lupa ambil gambar disekeliling.

#3 : Stonehaven Golf Course
Aku bukanlah suruh kau main golf kat sini pun. Tapi tidak susah untuk faham kenapa golf course ini diangkat menjadi salah satu golf course paling cantik di dunia. Maunya tidak, bermain di tepi tebing lautan. Mata kita seolah bermain silap mata, dari pemandangan hijau padang golf, hingga kebiruan air laut dan langit. Kalau rasa nak hensem atau cantik, cuba bergambar disini. Confirm!

#4 : Glenshee Ski Resort
Ketika winter, Glenshee merupakan salah satu kawasan ski yang sering dikunjungi orang yang tergila-gila cari snow. Ada lift chair naik ke atas, tapi kalau main sledge dibahagian bawah pun sudah rasa bahagia.

#5 : Dunnotar Castle
Dunnotar Castle merupakan istana tinggal. Kau jangan cari pula Tuan Puteri kat sini. Berjalanlah menghampiri ke istana dari tebing yang berhampiran dan lihatlah pemandangan laut lepas di hadapan dan jurang ke bawah.

Jika kesihatan mengizinkan, berjalan kaki turun ke pantai di bawah castle dan lihat ada lohong dan lubang di dalam batuan. Ada ketikanya tidak mustahil untuk kelihatan wildlife dan burung disini. Ketika musim autumn pula, curi-curi masuk ke tanah lapang disebelah, dan bergambarlah dengan jerami gulung.

Sebenarnya banyak lagi destinasi yang cantik di Aberdeen, under-rated dan tidak diketahui ramai orang. Tapi tentunya ia memerlukan lebih dari sehari, tidak ramai dari kita yang dapat habiskan masa yang terhad dan memilih untuk melawat tempat lain pula.

Catatan kembara
Irwan Dahnil

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply