2017 banyak aku invest semula untuk naik taraf Tidola Home. Sebagai satu-satunya homestay Malaysia di Glasgow yang boleh memuatkan 8 orang, aku rasa banyak benda yang aku sediakan untuk menambah keselesaan.
Antara benda yang aku upgrade adalah katil dan tilam. Aku invest beberapa ratus pound hanya untuk membeli tilam Ikea yang memang terkenal dengan keselesaan. Kemudian aku beli katil, cadar dan alas katil yang baru. Dan aku tambahkan dua tub sofa supaya orang bole lepas sikit dan sedikit frame gambar.
Dapur pula aku tambah grill baru, coffee maker selain dari cerek dan toaster yang sedia ada. Alhamdulillah setelah beberapa minggu diubahsuai, respon dan review dari customer semakin balik. Maklumlah, pelanggan di Homestay Glasgow ini lebih ramai mat saleh dari orang Malaysia.
Apa pun, terima kasih kepada wife aku yang banyak sumbang idea. Aku tukang beli aje, sedangkan dia pakar citarasa.
Kalau kau mahu booking homestay Glasgow atau mahu jalan ke Scotland, Whatsapp saja :+60192117799
Meh aku share sikit gambar lepas upgrade. Klik untuk besarkan imej.
Kalau kau cari penginapan di London, jangan lupa lawat London: Homestay Malaysia. Itu pun aku punya. Haha.
Kalau kau mahu menikmati keindahan Scotland, aku dan kawan-kawan ada sediakan trip kembara ke seluruh Scotland, UK dan Eropah. Contact sahaja. Atau KLIK disini kalau kau perlu khidmat tour.
Nota : Homestay ini juga listed dalam Booking.com dan Airbnb. Cuma rate mahal sikit la. Heheh
Lovely place Irwan. Hope to visit these cosy homes one day. Thank you for the photos and information shared. Mudah bagi kami untuk merancang ke UK. All the best!
Insyallah.