You are currently viewing Catatan Kembara #204 : Kos Sekolah Anak di UK

Catatan Kembara #204 : Kos Sekolah Anak di UK

Masa ke UK beberapa tahun dulu, aku bawa sekitar £2500 sahaja untuk memulakan hidup.
.
Itulah duit deposit dan sewa rumah, beli kereta, insuran, makan dan macam-macam.
.
Itu juga duit untuk sekolahkan 3 orang anak. September lepas anak yang ketiga masuk Primary 1.
.
Risau betul aku kalau duit yang tidak cukup. Mana nak cekau. Pound bukan ringgit. Tapi lain yang aku jangka, lain pula yang jadinya.
.
Jadi cerita, bila masuk awal musim winter, anak aku tidak mahu pakai baju sejuk ke sekolah. Tidak selesa katanya. Aku biar sahaja.
.
Sampai satu hari aku ambil anak tengok dia sudah siap lari-lari senyum sambil peluk aku. Pakai jeket biru. Baru.
.
Cikgu datang cakap dengan aku sekolah bagi dia jeket. Sebab cuaca sejuk. Takut anak sakit.
.
Ohoi! Malu pulak aku. Sekolah bagi jeket free mungkin dia ingat aku tidak mampu beli agaknya. Ke aku ada iras muka kesian. Haha.
.
Teringat aku dulu jiran-jiran bagi jumper, baju sejuk dan tali leher sekolah sebelum mereka balik Malaysia. Sampai sekarang belum pernah aku beli baru. Aku hargai.
.
Mana tidak cukup pergi Asda beli. Baju putih dua helai £2.50. Seluar sekolah dan T-shirt dan seluar sukan. Seorang habis cuma dalam £10-£12.
.
Di sekolah, tidak pernah tengok anak beli peralatan sekolah. Walau sebatang pensel pun. Cuma sesekali ada minta duit bayar lawatan sambil belajar.

Bagi siapa yang tanya baju sekolah murah tu, aku bukan melawak ye. Baju £2.50 sepasang. Baju pengawas £3 sepasang. Jangan convert ke Ringgit. Panjang cerita tentang living cost tak sudah-sudah


Jujur kata, aku rasa lega. Sebelum ini aku seolah lupa anak itu sudah ada sukatan rezekinya,
.
Begitulah kehidupan. Kalau kita asyik nampak yang susah, memang susah jadinya. Kalau tidak mahu buat apa, tengok sajalah sampai bila-bila.
.
Tapi jika kita usaha, lain jadinya. Kalau bantuan turun dari langit, semua datang dari yang tidak dijangka. Keluar dari tempat yang tidak tidak terduga. Tiba-tiba.
.
Cuma mesti berbaik sangka. Tuhan itu sayang dengan kita. Yakin sahaja.
.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Bapa anak tiga, isteri satu
Glasgow, Scotland.

Nota : Kuota friendlist aku sudah penuh. Tapi kau boleh klik Follow untuk ikuti catatan kembara aku. Kebanyakan post aku set to Public.

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

This Post Has One Comment

Leave a Reply