Menulis catatan kembara akan membuatkan pembaca terinspirasi untuk bangun, keluar dan meneroka tempat tersebut. Ia boleh jadi dalam bentuk gambar yang memberi inspirasi atau catatan yang dibaca seolah-olah ‘word of mouth’ dari kawan tentang sesuatu tempat.
Aku mahu share hari ini, 4 konsep catatan kembara yang aku selalu (kalau rajin) tulis.
- Maklumat Bandar dan Destinasi
Catatan ini memasukkan sebanyak mungkin profil tentang destinasi. Contohnya catatan aku tentang travel sehari di Zurich. Ia lebih menjurus tentang sesuatu tempat dan lokasi yang boleh dikunjungi. Selain itu, aku juga menulis tentang tips untuk merancang kembara seperti tips untuk flight murah.
- Siri Catatan Kembara
Catatan ini adalah aku sebagai watak orang yang memandang sesuatu tempat, kejadian atau insiden. Ia lebih kepada perasaan aku menilai sesuatu keadaan yang aku kutip sepanjang kembara sebagai tour leader di Eropah. Contohnya aku menulis tentang nasihat seorang tua di London dan nasihatnya supaya kita jangan lupa tanggungjawab kita sebagai anak.
- Siri Kehidupan Di Luar Negara
Catatan ini berkongsi pengalaman hidup seharian yang dialami sepanjang hidup di luar negara. Dengan membandingkan pengalaman itu dengan kehidupan di Malaysia, banyak pengajaran yang boleh diperolehi pembaca. Contohnya pengalaman membeli barang tetapi boleh pulang semula.
- Gaya Foto-Jurnalis
Ia akan menggambungkan artikel dan gambar. Gambar itu telah diedit sebaiknya membuka imiginasi pembaca supaya dapat melihat sesuatu tempat dengan lebih jelas. Gambar ini adalah terpilih supaya dapat menguatkan artikel yang ditulis. Contohnya itinerary ke Eropah melalui High Alpine Road.
4 gaya ini adalah tipikal dalam penulisan travel. Jadi kalau kalian mahu menulis, boleh mula dengan salah satu konsep yang aku ceritakan di atas.
Ada satu jenis artikel yang aku masih belajar untuk tulis. Konsep seperti Nomadic Matt. Dia ni aku suka baca sebab kemampuan dia untuk menggambarkan sesuatu pengalaman tu dengan berkesan.
Contohnya bila dia pergi berjalan ke tepi laut. Dia boleh gambarkan dengan jelas (dalam penulisan) suasana disitu. Bunyi ombak, bau air laut, kanak-kanak ketawa, burung berkicau dan orang berjogging dan berbasikal. Boleh khayal dengan bacaan Matt ni.
Insyallah, aku pun baru belajar-belajar menulis. Satu hari nanti mungkin boleh power seperti dia.
Nota : Buku sekuel Lost in Sekutland 2 kini boleh ditempah secara online. Catatan perjalanan 5 tahun aku di Scotland.