Salam Sejahtera,
Minggu ini saya menjadi paling pasif dalam membuat posting dalam blog ini. Kesibukan melampau dalam menyiapkan dua tugasan besar menghadkan masa saya untuk menulis sesuatu. Pertama sekali, saya sedang menyiapkan laporan akhir program master. Terpaksa mengadap pensyarah dan mentor, mendapatkan pengesahan laporan akhir, mendapatkan tandatangan, menyiapkan beberapa sample dan prototype. Hakikatnya, semua kandungan laporan akhir sudah selesai, cuma menyelesaikan hal-hal formaliti sebelum pembentangan pada 30 April ini. Wish me luck! Berharap sangat selesai projek ini memandangkan, 2 tahun saya lalui program master, telah menuntut pengorbanan yang tinggi.
#########################################
PromosiSMS.com
Adalah projek terkini yang saya jangkakan akan selesai sepenuhnya pada penghujung Mei. PromosiSMS.com adalah satu perkhidmatan tambahan yang saya akan sediakan untuk semua organisasi dan syarikat di Malaysia yang ingin menggunakan SMS sebagai alat pemasaran. Saya rasa adalah penting untuk mewujudkan perkhidmatan sebegini. Saya lihat walau penggunaan SMS di Malaysia adalah tinggi, tetapi kelebihan ini tidak digunakan sebaik-baiknya oleh usahawan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka melalui SMS.
“Irwan, saya tahu SMS ni boleh promosi produk, tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk bermula. Saya tak dapat bayangkan”
Saya tahu anda tidak tahu di mana mahu bermula. Lebih-lebih lagi di Malaysia tiada perkhidmatan yang seumpama yang dapat membimbing anda dalam memanipulasikan SMS sebagai alat pemasaran. Masing ingat dengan manual pemasaran yang saya pernah beritahu sebelum ini? Manual tersebut merupakan penyelesaian pertama pemasaran SMS anda, kemudian diikuti oleh PromosiSMS.com. Kedua-dua produk ini saling berkait.
Sabar.. satu persatu…. Saya akan cuba merintis jalan. Saya juga sudah tidak sabar, tetapi berikan saya 30 hari lagi untuk menyelesaikannya sebelum PromosiSMS.com benar-benar bersedia untuk dilancarkan.
“Irwan, mana saya mahu dapatkan perkhidmatan, lebih2 lagi bimbingan dalam pemasaran SMS”
Saya sebelum ini tidak terlalu teruja untuk mengendalikan seminar, bengkel dan sebagainya (kecuali seminar utk pelanggan ebook saya pada bulan Julai nanti). Saya lebih berminat untuk membangunkan kemudahan untuk pemasaran SMS buat masa ini. Tetapi, saya rasa perlu juga seminar bimbingan untuk usahawan. Insyallah, selepas terbitnya buku Rahsia Perniagaan dan Pemasaran SMS Terbongkar!, saya akan cuba penuhi tuntutan anda.
“Irwan, adakah ini salah satu lagi skim untuk dapatkan duit dari SMS?
Oh bukan! Ini bukan skim cepat kaya, MLM, pelaburan internet, atau skim-skim yang mendatangkan wang. PromosiSMS.com adalah untuk usahawan. FOKUS untuk menggunakan SMS sebagai alat pemasaran. Tiada profit sharing dan tiada reverse biliing. PromosiSMS.com adalah untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan melalui SMS.
“Irwan, saya mempunyai produk untuk dipromosikan. Bolehkah Irwan tolong hantarkan SMS kepada semua untuk promote produk saya?”
PromosiSMS.com tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran SMS kepada nombor2 telefon rawak. PromosiSMS.com menyediakan platform untuk ANDA MENGHANTAR SMS promosi produk anda sendiri kepada nombor telefon PELANGGAN ANDA. Anda pernah menggunakan email? Email hanya mempunyai antaramuka untuk anda menulis email dan penerima email, tetapi kandungan yang hendak ditulis dan alamat penerima email, DATANGNYA dari anda. PromosiSMS.com bukan perkhidmatan broadcasting SMS secara SPAM.
########################################
SMSWang Berwajah Baru – Akan Datang!!
“Saya telah pergi berjumpa dengan perunding ‘kecantikan’ dan pakar ‘jualan’ di Malaysia. Mereka berpendapat SMSWang telah mengalami sedikit kesan ‘penuaan’. Kedutan-kedutan mula berlaku dan kelihatan sedikit lesu.SMSWang memerlukan sedikit sentuhan dalam memperbaiki penampilan, menegangkan kulit dan juga menambah keceriaan. Pakar mencadangkan tarikh ‘pembedahan’ dilakukan pada 3 Mei 2007. Temujanji telah dibuat dan akan mengambil masa 2 minggu untuk ‘pembedahan’. Dijangkakan SMSWang akan kembali pulih dengan wajah baru yang ‘lebih muda’ pada 15 Mei. ”
Doakan kejayaan SMSWang!