Alhmdulillah, dalam masa 2 hari saya dapat memulakan satu lagi perniagaan internet ( Saya panggil as Project B) saya secara online. Kali ini mungkin tidak sesukar projek jualan software di internet. Kali ini lebih kepada produk fizikal dan saya rasa mempunyai lebih permintaan di internet. Oh ya! Pasaran saya hanya tertumpu pada pasaran Malaysia sahaja. Saya juga dengar bitol dan najmi sedang siapkan e-book mengenai internet marketing melalui power of forums… Saya masih menunggu..
Sepanjang masa tu juga, beberapa point dapat saya catatkan khususnya bagaimana forum2 dapat membantu dalam meningkatkan jualan. Saya rasa ini dapat dikongsi :
1. Sediakan bahan yang cukup
Walaupun saya rasa dah lama bergelumang dengan community forum dan sebagainya, saya sedar satu perkara yang tidak cukup sebelum saya dapat memulakan promosi saya. Bahan2 yang saya maksudkan termasukkan marketing material, photos, price schedule (memandangkan ada lebih dari satu produk), kaedah tempahan, kaedah pembayaran, kaedah pengeposan, cara untuk menghubungi saya dan juga saya berikan money-back guarantee.. Lagi banyak maklumat yang saya dapat berikan (secara extensive tetapi padat), lagi mudah ahli forum memahami. Ini dapat mengurangkan pertanyaan2 asas dan sentiasa berulang (FAQ) dalam forum.
2. Susunan bahasa yang baik / teknik sales letter yang menjual
Saya perlu menyusun ayat demi ayat yang tepat dan padat. Yang penting ada sedikit kuasa memujuk. Ayat- ayat saya tidak perlu berbunga2, lebih ringkas dan mudah difahami. Beberapa teknik membuat sales letter yang saya pelajari dari Saifulsham saya cuba praktikkan ( Memang saya perlu berlatih banyak berkenaan sales letter since bahasa saya ni lebih teknikal dari marketing!) Suatu yang saya pasti, setiap post @ tread yang saya cipta dalam forum hendaklah ringkas, padat, tepat bagi mengelakkan kebosanan kepada ahli forum untuk membaca maklumat yang panjang lebar.
3. Know your audience
Saya tidak terlibat dengan semua forum. Saya tidak join forum yang saya tiada kepentingan :). Forum2 yang saya sertai ( ada yang menghampiri 7 tahun saya join ), mempunyai interest tersendiri. Saya boleh membezakan minat ahli forum, latar belakang, kecenderungan dan perkara yang membuatkan mereka teruja! heheh.. Secara ringkasnya saya telah opt-in mereka yang saya rasa merupakan target market. Saya tidak sekali2 secara semborono mengiklankan produk saya di sebarang forum. Saya tidak perlukan promosi yang besar-besaran tetapi saya inginkan promosi yang berkesan!! Istilah ringkasnya, kalau kene pada audience, saya belum buka mulut, barang dah terjual .. Hebat bukan? Sekali sekala, kalau ahli forum buat gathering, join them … Mengapa tidak? Kalau ahli forum dah kenal anda in -person, lagi senang anda nak jual produk anda. Kredibiliti anda telah kukuh!
4. Bina kredibiliti
Apa yang ada post kan dalam forum sering menjadi bahan pertimbangan untuk orang menilai anda. Semakin senior anda dalam forum, lagi ramai yang akan membaca posting anda. Isi kandungan post anda menentukan ilmu anda sedalam mana dalam topik yang dibincangkan. Memberi komen juga adalah digalakkan supaya ahli forum dapat menilai cara pemikiran anda dalam sesuatu topik perbincangan. Elakkan menulis sesuatu yang tidak berkaitan. Jangan lupa tinggalkan signature anda dalam setiap posting ya!
5. Pendekatan offer dan bukan menjual!
Saya bersifat jual mahal ketika menjual! Saya mewujudkan keadaan dimana barang yang saya jual ini exclusive dan tidak boleh dimiliki oleh semua orang. Hanya orang yang terpilih sahaja saya akan jual. Tidak semua mampu miliki, saya gambarkan produk saya ini stok terhad, atau special edition. Saya wujudkan suasana demand yang tinggi dan supply yang terhad. Hidupkan suasana orang berebut2 untuk dapatkan produk anda … Contoh yang paling mudah, iklan seperti
” Harga promosi sempena Hari Merdeka… 100 , 10 stok terakhir menjadi rebutan…. “
Anda tentu biasa melihat iklan seperti ini bukan ?
Walaupun saya cuba pasaran dengan pelbagai produk, tetapi saya rasakan ini dapat membantu saya mengenalpasti hotselling product. Mana2 yang rasa kurang @ tiada sambutan akan saya eliminate. Ada beberapa tips yang saya cuba praktik.. dan saya masih menunggu result dari promosi dan kempen yang telah dirancang… Saya akan terus update mengenai perkembangan projek ini.