Salam Sejahtera,
Masih belum setahun saya berkecimpung secara aktif dengan internet marketing. Kalau secara pasifnya dah lebih 4 tahun. Tahun lepas secara tidak rasminya pada bulan Julai saya sertai masuk ke kapal-kapal perang dan menjadi sojar untuk memulakan peperangan sebagai internet marketer.
Saya tidak berkecimpung secara aktif dalam pemasaran internet antarabangsa (belum lagi). Saya cuma ‘bermain-main’ dengan pasaran Malaysia sahaja terlebih dahulu. Bagi mereka yang selalu menghadapi masalah untuk memulakan pemasaran internet, saya boleh syorkan cara yang lebih cepat, mudah dan berkesan. Cara saya mudah tetapi memerlukan sedikit kos. Saya berguru!
Tak kiralah anda ingin berguru dengan siapa, Dr Irfan ke, Saifulsham ke, yang penting dengan menghadiri seminar mereka anda dapat mengenali mereka dengan lebih dekat, atau sekurang2nya memulakan perhubungan untuk berkomunikasi dengan mereka. Faham2 je la.. biasanya mereka2 ni tak balas email dari orang yang tak dikenali. Mereka cuma balas email yang dtgnya dari alumni seminar mereka. Inilah cara cepat untuk menghubungi ‘otai-otai’ ini.
Kesilapan saya terdahulu yang sangat kedekut nak keluar duit dari poket sebenarnya menyebabkan saya rugi 4 tahun untuk menyertai internet marketing. Kalaulah dulu saya berani untuk keluarkan wang, tentunya kejayaan yang saya capai sekarang ini lebih awal saya kecapi.
Jangan ulang kesilapan saya….
p/s : Saje kasi tajuk provokatif sikit… Tak kene mengena pun. Cuma mungkin semua internet marketer Malaysia promote benda yang sama, so rasa tak best pulak jadi internet marketer ni 🙂 . just my dua sen..