“Kalau esok tuhan tanya, ‘Hang pi oversea, bawak balik apa untuk kawan-kawan yang tak dapat pi?’
Takkan aku mahu jawab fridge magnet kot. Boleh kena panah petir nanti” Maka aku tulislah sedikit, supaya jadi ilmu berguna. Lagi pun bila kita banyak berjalan, tentu banyak pengalaman yang kita mahu kongsikan.
Buku orang putih memang banyak tentang kembara. Mereka banyak kongsi maklumat berguna. Memang budaya mereka sentiasa berkongsi pengalaman. Ini biasa kita panggil travelog.
Tapi kena tahu bezakan antara buku kembara yang bercerita macam travelog atau buku panduan untuk kembara seperti Lonely Planet.
Kalau kau mahu melihat perspektif kembara, kau baca travelog. Tapi kalau kau mahu tahu cara-cara kembara ke destinasi tertentu, maka dapatkan buku panduan kembara.
Cuma buku aku ni saja yang lain sikit. kombinasi.
Travelog + Panduan Kembara + Hijrah Luar Negara.
Jarang ada. Sebab itu kena beli buku ni.
Secara overall, selain bab depan dan introduction ada 3 bahagian.
1. Bahagian 1 : Aku highlight cara hidup kita dulu yang lebih baik,sopan sesuai macam orang timur. Tapi sudah semakin ke laut.
.
2. Bahagian 2 : Catatan kembara aku selama 3 tahun. Aku kutip dari pengalaman aku jadi traveler dan tour guide.
.
3. Bahagian 3 : Action plan. Aku share panduan peribadi macam mana merancang untuk uruskan keluarga, anak-anak, kewangan, kerjaya termasuk kucing peliharaan. 3 tahun sebelum berhijrah.
.
Judul : Lost in Sekutland.
228 muka surat termasuk kulit.
Tulisan : Irwan Dahnil
Terbitan : Komrad Buku, cetakan pertama April 2017
Selamat membaca
Irwan Dahnil
Glasgow, Scotland
.
## Komen Pembaca ##
– Hazri Tuan Mat via Facebook, 30 Julai 2017
– Sofuan Saadon via Facebook, 30 Julai 2017
**************************************************
Pada 2020, sekuel untuk buku ini akan diterbitkan dengan tajuk Lost in Sekutland 2 (LIS2)
Ia adalah sambungan kepada buku pertama. LIS adalah buku tentang survival aku setibanya di luar negara dengan bermodal RM10,000. Dengan duit itulah perjalanan panjang dimulakan bersama 3 orang anak dan isteri.
Buku ini berbeza dengan buku pertama. Ia lebih fokus tentang bagaimana aku memulakan kehidupan bermula dari mencari rumah sewa sehinggalah mencari sesuap nasi.

Buku ini mengandungi langkah-langkah praktikal apabila sudah berpindah negara. Dalam setiap catatan kembara, dimasukkan tips dan panduan seperti mencari rumah, menguruskan cukai, mencari pekerjaan, persekolahan anak, kesihatan dan kebajikan keluarga.
Simcard Internet Api Air Akaun Bank NHS Kesihatan Pergigian Council Tax Dentist Sekolah Anak National Insurance Mencari Kerja Beli Kereta Komputer Lesen Memandu TV
Buku ini juga bercerita bagaimana penulis boleh menjadi orang Melayu pertama yang menjalankan bisnes homestay Malaysia di Glasgow. Dalam masa beberapa tahun usaha ini telah berkembang dengan menyediakan perkhidmatan private tour ke seluruh Eropah.
KINI DIBUKA UNTUK PRE ORDER SAHAJA SEBELUM 30 APRIL 2020
RM25 SENASKAH.
KLIK DISINI UNTUK TEMPAHAN