Kalau jadi Oktober 2017 nanti aku ke 5 negara Eropah. 10 hari. Bermula di Munich, Villach, Venice, Milan dan Vaduz. Nama tempat tak semua pernah dengar. Haha.
.
Aku hunting best kept secret place. Trip alam semulajadi. Capture lawanya alam. Mahu cari bahan cerita buku travelog baru.
.
Antaranya ke Hallstat, Austria. Antara kampung tercantik di dunia. Aku pernah ke sini dua kali. Masih belum puas.
.
Aku ke Neuschwanstein Castle,Garmish Partenkirchen, Grossglockner, Lake Bled, Venice, Milan dan Lindau. Boleh google. Nak terang satu-satu panjang benau.
.
Kalau kau minat nature dan advanture, be my travel buddy. Aku perlu kaki untuk jadi model photo. Huduh tak pe, boleh edit. Haha.
.
Trip ini tidak jalan di city kecuali Munich. Kalau cari cari trip touch and go, naik bas panjang ini bukan kau mahukan.
.
Bajet dalam RM7K including flight from KLIA. Aku tak cari diva, atau jenis cas ratu. Aku cari kawan, bukan cari gado.
.
Kita travel sama-sama, makan sama-sama. Akrab senang cerita, mimpi sama walau tidur tidak sebantal. PM tepi, nanti aku kasi itinerary.
.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Kaki travel #idjalanlagi
Glasgow, Sekotlen
UPDATE : Tempat sudah penuh. Tapi kalau kau mahu ikut nanti, follow sahaja group ID Jalan Lagi. Aku approvekan nanti.