Aku sekarang sedang susun projek travel sehingga 2020.
Begitulah industri travel, tahun ini belum habis, sudah cerita tahun depan dan seterusnya. Seronoknya rasa, terbayang-bayang tempat travel menarik.
Beritahu kepada kawan-kawan yang suka ambil gambar, menulis artikel dan juga videographer. Ada travel sponsorship untuk kalian. Nilai sponsorship berbeza ikut destinasi antara RM3K hingga RM15K.
Lebih kurang dalam masa 5 ke 10 hari, kalian akan dihantar ke beberapa destinasi. UK, Eropah, Turki, Korea, Jepun, New Zealand dan Australia. Tempat begini memang sangat banyak sumber inspirasi untuk kalian bereskperimen dan berkarya.
Sponsorship cover tiket penerbangan, penginapan dan pengangkutan. Cukup untuk keperluan. Travel percuma. Cuma equipment bawa sendiri.
Ini bukan untuk mereka yang mencari full time job. Sponsorship ini untuk hobbyist, sesekali keluar negara tukar angin. Mereka yang masih bekerja tetapi suka menulis, bergambar atau buat video.
‘Saya ni wedding photographer je. Boleh tak saya join?’.
Jika hasil kerja memuaskan, mungkin boleh. Tetapi mungkin bukan full sponsor.
PM aku, beri sedikit intro tentang diri sendiri dan hobby. Sertai beberapa hasil kerja.
Sesi Teh Tarik hanya ada 3 kali minggu hadapan. Aku panggil nanti untuk sembang santai. Sebelum aku kembali ke UK selepas itu.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Travel to Inspire
Bangi, Selangor