Bermula dengan eksperimen di UK sahaja 2016, kali ini Projek Tour Leader akan roll out dari Jepun merentasi Eropah. 21 negara, 27 bandar utama dunja.
.
Tergenang air mata tidak percaya.
.
Projek hybrid orang yang gila travel, meneroka peluang kerja luar zon selesa dan merasai kehidupan di luar negara.
.
PTL kini jadi satu platform anak muda merasai sekelumit perit getir kehidupan di luar ruang peta Malaysia.
.
Ia seakan mustahil, ragu dan tidak masuk akal. Ketika awal dulu, sukar untuk diterangkan PTL secara solid.
.
“You can’t connect the dots looking forward; you can only connect them looking backwards. So you have to trust that the dots will somehow connect in your future.”
.
Alhamdulillah, ia semakin jelas. Terima kasih kepada jiwa yang bersusah dan berkorban ketika PTL cuma satu angan-angan. Tribute post aku buat kalian. Orang yang banyak menyaksikan struggle PTL selama ini.
.
Banyak menyokong PTL pada stage idea Masnazirul Hizam. Terhutang budi banyak pada co-founding team member paling utama. Aku doakan selamat maju jaya dalam semua perjuangan hidup.
.
First batch PTL 2016 : Shikin Karim, Kiena Smurfit, Kak Salehah Abdul Munim, Norizah Chik, Zahid dan Abg Kapal sorang lagi. Seorang lagi protege yang merasa pahitnya training adalah Danial Masri. Haaa.
.
3 orang Country Coordinator yang sama-sama pelopori training PTL Jbt Rafidi untuk Jepun, Hawa Mayati New Zealand dan Abuzar Elfaransee ke Western Europe. Terima kasih atas kepercayaan dan persahabatan.
.
Aku takkan lupa Angkel Sharulnizam Mohamed Yusof dan Najwan Shaharum yang bantu menten content sampai hari ini. Shar Rizal yang tolong urus event sesi lalu.
.
Terima kasih Central Coordinator yang baru Norul Azlin Hanafi yang masuk secara ‘terkejut’ tapi sangat berkesan.
.
Dan selamat datang kepada Country Coordinator 2019/2020. Hafiz Azmi, Leeza AbRahim, Siti Nur Syuhaidah, Diyana Farhana Sahariman, Nazatul Atiqah Anwar, Wafi Shaik dan Aqielala Lala. Bersama kita akan jelajah benua Asia ke hujung Eropah untuk bulan-bulan mendatang. Insyallah.
.
Last sekali kepada semua protege yang aku sayang. Orang kata kalau sayang kita cubit dan rotankan. Stay strong.
.
Banyak benda yang aku teroka dan belajar. Memang satu cabaran bila urus projek skala besar nun jauh di remote Scotland.
.
Zon masa berbeza, lokasi beribu batu jauhnya, kurang komunikasi dan selalu disalah erti.
.
Jalan terus. Mengatur manusia, ilmu kolaborasi. Yang penting kita cakap elok², bersangka baik dan saling mempercayai.
.
“Treat every part of your towel nicely. The part that wipes your buttock today, will wipes your face tomorrow.”
.
Aku personally tidak takut gagal. Tapi lebih sesal jika tidak berbuat apa-apa atau tidak mencuba.
.
PTL adalah peluang yang aku tidak ada ketika muda. Tapi tidak terlambat berbuat sesuatu untuk generasi baru.
.
All the best semua. Terima kasih kerana bertahan.
.
“If you’re absent during my struggle, don’t expect to be present during my success.” – Will Smith
.
All of us are hungry for more.
.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Founder Projek Tour Leader
Kofklasse PTL Ventures
Glasgow, Scotland