Jurujual Itu Pengacau ? | Belajar Etika Pemasaran Dahulu…

Salam Sejahtera Pembaca Blog Sekalian,

Post kali ni pun berkaitan dengan telefon juga.

Ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah kira-kira jam 5.45 pm, deringan telefon bimbit saya

mengganggu ;

Trut..Trut…

Telemarketer: Selamat petang. Encik ni En Irwan Dahnil ke?

Irwan : Ya saya!

Telemarketer : Maaf mengganggu ya encik. Nama saya xxxx dan saya menelefon dari Mxxxs Medical Services. Sebelum ini ada tak sesiapa yang menelefon Encik berkaitan dengan perkhidmatan medical yang kami tawarkan ?

Irwan : Oh! Dari Mxxxxs. Hmm.. Ada dah dulu. Orang dari Mxxxxs Hotel anda Resort. Maaf lah.. Saya tak berminat dengan tawaran.

Telemarketer: Tapi tawaran kami ini berbeza …

Irwan : Sebelum tu, boleh saya tau dari mana dapat nombor telefon saya ? Boleh tak keluarkan dari senarai prospek pelanggan syarikat ?

Telemarketer : Dari database kami. Maaf Encik.. Saya tak dapat nak keluarkan nombor telefon encik dari
senarai kami…

Aik! Ni peraturan mana pula ni, masuk boleh keluar tak boleh !

Memang sah! Nombor telefon bimbit saya dijaja mana-mana. Yang sakit hatinya, mereka ini adalah golongan yang tidak diundang. Teknik pemasaran mereka bagus, melalui cold call atau telemarketing…

Tapi macam mana mereka dapat nombor telefon saya ?

Personally, saya rasa nombor telefon bimbit di Malaysia ni bukan lagi menjadi suatu yang private.  Apabila seseorang tu dapat nombor telefon, itu sudah menjadi aset. Aset kerana dapat menghubungi telefon bimbit prospek. Namun begitu saya dapat rasakan mereka ini bertindak ‘bodoh’ dengan berkongsi nombor telefon pelanggan dengan pihak lain.

Lebih bengang saya pernah terbaca di internet, anda boleh dapatkan nombor telefon bimbit dengan caj 20 sen satu! Ini pun dah jadi business..

Untuk mendapatkan nombor telefon tu tidak salah, tetapi mendapatkan dari orang lain secara tidak sah atau tidak tanpa kebenaran tuan punya telefon akan memberikan kesan negatif jangka panjang. Dan saya boleh katakan mereka yang lakukan ini, adalah golongan ‘desperado‘, terdesak untuk mendapatkan kontek untuk buat jualan. Tentunya mereka ini tidak masuk ‘sekolah etika’ pemasaran. Main langgar je semua.

Mula2 memang menjadi telemarketer ni , tapi Orang Malaysia mula pandai.. Lama-lama dah tak layan dah…

So sape yang rugi sebenarnya ? Imej kejurujualan terus tercalar oleh ‘kebodohan’ golongan seperti ini.

Itu sebab dari dulu sampai sekarang, fikiran kita dah filter semua bentuk iklan. Kalau dah jadi  ‘pengacau’, orang dah takkan layan anda dah….

Wahai Marketer sekalian! Fikir2kanlah apa yang anda telah lakukan…

p/s : Email spammer pun menjadi2 sekarang. Ada application yang disalahgunakan oleh orang ‘tak berapa bijak’ tapi nak mencuba teknologi. Tak kene cara la bang….

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply