Pengalaman Berniaga Ramadhan + SOHO Baru

Salam Ramadhan,

Pertama sekali, bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia, saya ingin menyusun jari yang sepuluh memohon ampun dan maaf kepada semua sama ada pelanggan ebook, alumni seminar, peserta bengkel mahu pun pembaca blog ini diatas kesalahan tingkah laku dan tutur kata yang tidak menyenangkan. Semoha kita dapat menjalani ibadah puasa dan semoga diterima amal kita. Insyallah.

Saya akan bercuti (sebab takde internet) …

Sebenarnya saya benar2 sibuk dengan hal-hal peribadi dalam masa 3 hari sebelum puasa ini. Nak tahu kenapa ?

Saya telah berpindah ke SOHO yang baru!

Excited sungguh. Saya dah pindahkan mesin fotostate, fax, komputer multimedia dan juga fail-fail penting. Opsss.. Ada yang tertinggal.. Saya masih belum pindahkan line Streamyx dan belum pun apply telefon line. Tak berkesempatan kerana banyak betul urusan yang tidak selesai dalam minggu ini (tulis blog pun dah hari Khamis!). Sementara menunggu Streamyx dan telefon masuk, terpaksa la saya ke office juga beberapa hari untuk capaian internet.

Tak kisah lah! Kerana cita-cita saya untuk mempunyai SOHO yang mempunyai kelengkapan telah tercapai!

Agak menyimpang pula catatan saya hari ini. Sebenarnya saya ingin berkongsi pengalaman yang akan sentiasa saya ingat apabila Ramadhan menjelang tiba.

Pengalaman berniaga di bulan Ramadhan…

Bukan.. bukan.. Saya bukan jual roti john, atau sebarang juadah berbuka, jauh sekali ABC atau cendol. Saya bukan jual di bazaar atau pasar Ramadhan.

Tapi saya jual baju Melayu kanak-kanak untuk lelaki dan perempuan. Untuk lebih spesifik, di Jalan Masjid India, berhadapan dengan Syarikat Peerbhai!

Tiap kali Ramadhan, saya pasti teringat kisah jual baju ni. Ketika tu masih berkereta Kancil berwarna merah, teringatlah mcam mana susahnya tiap kali punggah baju2 tu dalam kereta yang kemetot tu. Teringat lagi masa itu baru buka stall 30 minit tiba2 hujan ribut melandaa… Masih teringat lagi betapa bestnye jual baju kat kanak2 yang tersenyum selepas beli baju baru… Teringat lagi saat mengira-ngira duit jualan lepas stall tutup di malam hari… Masih ingat lagi bertekak dengan peniaga haram Indonesia yang selamber badak bukak kedai tengah jalan (dan DBKL buat bodo je) dan kacau business orang yang ada lesen…

Hai… hai.. hampir sebulan pengalaman menjual baju kanak-kanak memang best!

Pengalaman yang membezakan antara usahawan asli dan usahawan ikutan!

Tak semua manis… Saya teringat ayat lazer dari mak bapak budak yang marah2 sebab saiz seluar ngan baju anak mereka tak padan.. teringat jugapada ketika terasa betul letihnya sebab sesen pun duit tak masuk sebab sehelai baju pun tak terjual… masih teringat, betapa tebalnya muka sebab tatau tentang fesyen sedangkan menjual pakaian!

Tentunya anda juga mempunyai pengalaman yang menyeronokkan ketika Ramadhan. Saya nak tau juga apa pengalaman yang paling seronok ketika anda berniaga Ramadhan…

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply