+ April 2014 : Ketika mengembara dari Amsterdam ke Munich, secara tidak sengaja menemui cara mendapatkan tiket flight murah dari Amsterdam ke sebarang destinasi Eropah ditawarkan oleh KLM.
+ Bagi traveller Malaysia yang memilih MAS, Amsterdam adalah salah satu destinasi utama ke Eropah. KLM dan MAS juga berkongsi kod penerbangan. Maka ramai memilih penerbangan terus K.Lumpur ke Amsterdam sebagai pintu masuk utama ke negara Eropah.
+ Walaubagaimana pun, KLM adalah syarikat penerbangan premium milik negara Holland. Bukan penerbangan tambang rendah. Biasanya tiket yang ditawarkan KLM adalah mahal. Bagi pengembara jimat, KLM bukan pilihan.
+ Ada satu cara mendapatkan tiket KLM yang murah. Andaikan dari Amsterdam saya mahu ke Glasgow sehala. Harga biasa adalah sekitar EUR500. Maka belilah ketika promosi. Ada yang serendah EUR90 sahaja sehala.
+ Oh!. Beli tiket ketika promosi semua orang sudah tahu. Itu bukan lagi rahsia. Apa yang istimewanya adalah membeli dua hala!
+ Ini teknik yang saya gunakan ketika penerbangan dari Amsterdam ke Munich pada April 2014 yang lalu. Jika carian tiket sehala, harga tentu mahal. Maka, tukar carian menjadi perjalanan dua hala. Pilih tarikh yang pergi, dan pilihlah sebarang tarikh advance kononnya ‘pulang’.
Ya. Tarikh pulang yang ke hadapan selalunya bernilai EUR0.00. Jadi saya terbang ke Munich pada harga tiket promo, dan tiket pulang Munich ke Amsterdam saya ‘burn’. Hangus.
Apalah sangat hangus EUR0.00. Kosong. Zero. Jimat duit.