You are currently viewing Tip Kembara : Berjalan di Scotland 6H 5M RM2,000
Bagi aku pemandangan istana tepi laut suatu yang rare. Cuaca yang cantik, kau photoshoot macam mana pun, nampak cantik. Dunnotar Castle.

Tip Kembara : Berjalan di Scotland 6H 5M RM2,000

Semalam kawan aku dok sembang nak datang berjalan Scotland. Asyik London je ye tak. Jom tukar la sikit destinasi. Seperti biasa, mahu kos murah tapi paling best. Kah! Aku cubalah buat guideline sikit. Aku bagi dalam point supaya kau senang  hadam.

  1. Sebuah negara di dalam United Kingdom, lebih sejuk dan berada di utara England. Edinburgh merupakan capital city, tetapi Glasgow merupakan bandar yang mempunyai populasi tertinggi.
    .
  2. Ada dua airport utama. Glasgow dan Edinburgh. So far tiada direct flight dari Malaysia. Penerbangan yang menawarkan harga reasonable sekitar RM2K (dan aku pernah dapat RM1.7K) adalah Qatar Airways & Turkish Airlines.
    .
  3. Matawang sama seperti England. Pound Sterling. Scotland ada bank sendiri, dan keluarkan duit pound sendiri. Pun begitu, duit pound England masih boleh pakai di Scotland, dan matawang Scotland diterima di banyak tempat di UK. Cuma design je lain.
    .
  4.  Antara England dan Scotland tiada sempadan imigresen. Jangan kau cari pula pondok imigresen untuk cop passport. Seperti England, masuk ke Scotland tidak perlukan visa untuk Malaysia dan boleh stay selama 6 bulan.
    .
  5. Scotland ada pelat bahasanya sendiri. Dan ada bahasa native disebut Gaelic.
    .
  6. Kelebihan Scotland pada naturenya. Alam semulajadi. Jadi tempat-tempat begini seperti kita masuk ke taman negara, keluar dari bandar. Selain itu, architecture dan bangunan Victoria. University of Glasgow contohnya, adalah universiti ke empat tertua di UK.
    .
  7. Itinerary Ringkas 6 hari Scotland (Sesuai untuk semua musim)

Day 1 : Ketibaan, Glasgow City Tour (tengok masa ketibaan). Check in  penginapan di Glasgow.
Day 2 : Edinburgh Day Trip. Kalau habis awal boleh singgah Livingston Designer Outlet.
Day 3 : Loch Lomond & Glencoe
Day 4 : Stirling & St Andrew. Bermalam di Aberdeen
Day 5 : Dunnotar Castle, Stonehaven Golf Course, Falkirk
Day 6 : Check out

Tempt diatas aku ada share dalam post tentang 7 Tempat Wajib Pergi di Scotland.

Untuk winter, boleh ubah sedikit Day 3 : Ski Trip (kalau cuaca okay, snow sedap)

Kalau rasa masa tight, itinerary 2 malam seperti berikut :

Day 1 : Ketibaan, Glasgow City Tour (tengok masa ketibaan). Check in  penginapan di Glasgow.
Day 2 : Edinburgh Day Trip.
Day 3 : Check out. Loch Lomond & Glencoe, then terus balik.

Untuk ke Isle of Skye (IOS), paling ngok pun kena stay dua malam disana. Baru puas. Kalau satu malam di IOS je boleh, tapi penat lah especially cuaca IOS yang sangat tak menentu. 4 musim satu hari. Banyak tempat/ jalan di IOS juga biasanya tidak dibuka ketika winter.

Kalau mahu pergi ke Scotland wilderness, kawasan Highland di atas Inverness seperti North Coast 500, boleh tambah 2 – 3 hari lagi dan biasanya perlu private / rental car.

Gambar buat tatapan :

Edinburgh Castle
Glencoe
Stonehaven Golf Course. Alamak bang. Main golf tepi laut. Aku tak main, tengok pun dah puas hati
Sungai Glencoe. Tempat inspirasi untuk aku
Old Town of Edinburg
Glencoe

 

Tempat piknik kegemaran sebelah Loch Lomond
View Dunnottar Castle dari sudut lain pula. Jenuh juga nak ambil gambar menatang ni

 

8. Untuk segi kosnya :

Penerbangan. Boleh check Skyscanner atau Kayak. Kalau dapat harga RM1.8K tu dah sedap, dari KL turun ke Edinburgh return.

Penginapan : Homestay adalah terbaik untuk penginapan lebih 4 orang. Ada kitchen boleh masak. Jimat belanja makan. Kalau berdua duduk hotel mungkin lebih murah, tapi tiada kemudahan memasak.

Double bed.. Combine boleh masuk sorang lagi. Ye tak ? 🙂

Pengangkutan travel. Airport transfer, driver, minyak, parking (kalau ada). Tol tiada.

9. Kalau kira-kira untuk pack of 4 untuk itinerary 5 malam anggaran sekitar £350 / seorang, termasuk airport transfer + penginapan, private MPV + tour leader. Lebih kurang RM2K. Ini pakej sekali,senang kira. Sangat sesuai untuk small group, famili, kanak-kanak dan orang tua. Travel tenang gitu.

Kalau bujang atau berdua gitu, naik je public transport. Cuma tempat-tempat seperti Highland kurang sesuai sebab luas sangat nak jalan guna public transport.

Yang tak termasuk adalah flight ticket KL-Edinburgh / Glasgow, meal, travel insurance, attraction fees (kebanyakan attraction di Scotland adalah nature dan percuma).

10. Penginapan di Glasgow kerana ada homestay, senang aku mahu buat costing. Boleh je duduk hotel kalau mahu. Jarak antara Glasgow dengan lain-lain tempat tidak jauh mana. Berhampiran train station, makanan halal mudah cari. Mahu tidur Edinburgh pun boleh, rata-rata harga penginapan lebih mahal.

Moga bermanfaat.

p/s : Jangan lupa dapatkan buku Lost in Sekutland sebagai peneman kembara. Baru ada feel. Singgah Glasgow, aku kasi signature panjanggg punya.

Update : Ada trip 6H5M Scotland pada 18 – 24 Mac 2018 (anggaran ketika cuti sekolah). Small private trip, maksimum 7 orang, sesuai untuk group. Whatsapp je www.wasap.my/447922405443/

Tip Kembara
Irwan Dahnil
Glasgow, Scotland

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

This Post Has 2 Comments

  1. Nor adlina

    Assalamualaikum…saya berminat ke scotland…nak dapatkan nasihat dan pendapat, tempat tinggal, drive dan activity…untuk planning…

  2. irwan.dahnil

    Boleh WA terus ke +447922405443 ya!

Leave a Reply