Pelancaran eBook Formula Bisnes SMS Untuk Beginner!

30 10 2007

Salam Sejahtera,

Kepada yang telah menanti-nantikan kemunculan ebook ini, masanya telah tiba. Hari ini merupakan hari ’soft launch’ ebook kedua yang saya sediakan khusus untuk anda.
Pelanggan ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS telah memberikan saya 735 maklumbalas dalam masa 1 tahun tentang apa yang diperlukan oleh seorang usahawan baru untuk menceburi perniagaan SMS. Maka ebook ini bermatlamatkan untuk memudahkan pembaca memulakan perniagaan SMS sendiri, berkonsepkan DIY, dilakukan sendiri mengikut 9 Formula yang telah digariskan.

Sebelum ini saya terpaksa mengambil masa yang panjang, pelaburan yang besar dan juga kepayahan akibat tidak dilayan oleh syarikat besar apabila ingin menceburi perniagaan SMS ini. Kalau dikenang memang menyusahkan. Oleh itu, saya berazam agar pengalaman saya ini tidak perlu dilalui oleh anda semula. Saya tidak mahu pengalaman perit saya itu menjadi batu halangan untuk anda bermula.

Maka, penemuan baru telah saya ciptakan. Saya susunkan pengalaman saya dalam satu ebook yang mudah untuk difahami secara praktikal dengan menyusun mengikut langkah-langkah yang perlu termasuklah gambarajah bagi pemahaman yang lebih.

Ebook ini bukan ebook teknikal. Ebook ini tidak menyentuh hal-hal konfigurasi server seperti pentadbiran sistem tetapi hanya sekadar antaramuka konfigurasi sahaja. Ebook ini membantu anda untuk bermula sebagai content provider@ penyedia kandungan, memahami kos dan modal perniagaan, merancang iklan, memilih gateway provider, dan mengira keuntungan perniagaan. Untuk mereka yang tidak memahami istilah teknikal perniagaan SMS, saya sertakan juga glosari untuk rujukan anda.

Seperkara yang menarik mengenai buku ini adalah pakej yang ditawarkan.saya telah menyusun ebook ini mengikut topik perniagaan yang dipecahkan mengiku SMS Voting, SMS Contest, SMS Slogan, SMS Page, SMS Subscribe, SMS IOD dan Chatting. Penerangan ringkas mengenai setiap topik tersebut dihuraikan di http://ebook.akademisms.com

Ini bermakna, anda boleh mendapatkan ebook ini mengikut topik kegemaran anda. Sekiranya anda hanya berminat untuk membuat SMS Chatting (perkhidmatan berborak menggunakan SMS),anda boleh untuk mendapatkan hanya topik tersebut. Ini membolehkan anda lebih fokus dalam perniagaan yang anda minati. Saya ingin mengelakkan information overloaded dan topik yang mengelirukan kepada anda. Setiap topik ini dijual dengan harga pengenalan RM47 sahaja sepanjang bulan November dan promosi terhad untuk 45 pelanggan sahaja dalam sebulan.
Sekiranya anda berminat untuk terlibat dalam perniagaan yang melibatkan keseronokan, anda boleh dapatkan pakej SMS Regular yang mengandungi SMS Chatting, SMS Contest dan SMS Subscribe. Ini adalah kombinasi aplikasi yang anda boleh gunakan. Bagi anda yang berminat dengan perniagaan yang lebih serius, dapatkan pakej Super yang mengandungi SMS Page, SMS IOD dan SMS Slogan. Anda juga akan memperolehi 2 bonus istimewa dengan jemputan ke preview program mentoring SMS yang akan diadakan tidak lama lagi.

Saya berharap ebook ini akan dapat memberikan manfaat kepada anda untuk memulakan perniagaan SMS. Jangan lupa berikan saya feedback anda mengenai ebook ini okay… Sebelum itu, untuk penilaian anda, jangan lupa muat turun topik SMS Voting secara PERCUMA untuk anda lihat bagaimana kandungan ebook tersebut.

Untuk mendapatkan ebook tersebut layari http://ebook.akademisms.com

p/s : Affiliates boleh mendapatkan banner baru di laman web affilates anda. Sertai ganjaran RM100 November ini!






Selamat Tinggal Seminar!

29 10 2007

Salam Sejahtera Pembaca Blog!

Pertama sekali, tentunya anda akan tertanya-tanya mengapa blog ini tidak dikemaskini. Hampir 2 minggu. Sebabnya mudah. Sebab blog saya ada masalah dengan database dan saya ‘tidak cukup cekap’ untuk menyelesaikan masalah tersebut. Oleh itu, saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan saya kepada pakar blog Wordpress, Saudara Zul @ Smartzul yang dengan ‘tenang’ dan cekapnya menyelesaikan masalah ini. Memang saya akui, Zul mempunyai kemahiran dan kepakaran yang khusus dalam mengelolakan blog Wordpress. 10/10 untuk Zul!

Jadi hari ini saya hanya ingin membuat pengumuman sahaja, tiada yang lain…

Projek Ebook Baru Dengan Tajuknya…

Sedikit teaser : Konsep ebook ini adalah Bisnes SMS DIY dimana saya sediakan formula bagaimana saya memulakan perniagaan SMS tersebut. Ini merangkumi langkah demi langkah dan juga grafik dan gambarajah bagaimana aplikasi SMS tersebut dikonfigurasikan. Hampir 1 tahun saya telah kumpulkan bahan dan saya rasa ini adalah bahan yang terbaik pernah saya kumpulkan. Dan saya percaya langkah-langkah ini amat mudah diikuti dan boleh dilakukan oleh sesiapa.

Kepada affiliates : Anda telah tahu apa yang anda patut lakukan… Cabaran akan bermula pada 30 Oktober 2007 dan berakhir pada 30 November 2007! RM100 menanti anda….

Seminar Terakhir
Saya ingin maklumkan bahawa Seminar SMS akan diadakan buat kali terakhir pada 3 November ini. Bulan Disember bulan yang sibuk bagi saya.Hebahkan lah kepada kawan-kawan bagi mengambil peluang ini. 2008 akan menjanjikan program pembangunan usahawan SMS yang baru yang akan saya umumkan nanti. Jadi, ucapkan selamat tinggal kepada Seminar SMS tahun ini!Penyertaan masih dibuka, untuk pendaftaran segera layari http://seminar.akademisms.com


Seminar Wealth Summit

Sabtu lalu saya berkesempatan untuk menyertai Zamri Nanyan, Eruwan, Osman Affan dan Azizi Ali sebagai penceramah dalam seminar Wealth Summit yang dianjurkan oleh True Wealth. Saya tidak sempat untuk membuat posting panjang. Insyallah, sedikit masa lagi saya akan updatekan maklumatnya.

p/s : Oh ya. Hari ini juga adalah hari terakhir jualan ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS dan Manual Pemasaran SMS akan dilakukan. Projek ebook baru akan menggantikan ebook ini, dan kepada sesiapa yang belum mendapatkan Manual Pemasaran SMS, boleh dapatkan disini.

p/s/s : Tak bes nya bila mengetahui ada insan yang obsesi dengan Ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS sehingga sanggup menjualnya secara tidak sah dan tidak beretika. Membantutkan penghasilan harta intelek di Malaysia kalau gelaja ini tidak dikawal. Ada sesiapa tahu apa yang perlu kita buat bila mengalami masalah hak intelek diciplak?






Pengumuman : Proses Migrasi SMSWang ke AkademiSMS.com | SMSGrup Server Maintenance

10 10 2007

Salam Sejahtera,

Sebahagian dari perancangan pengembangan perniagaan masa hadapan, saya ingin maklumkan bahawa saya akan mengubah domain www.smswang.com ke satu domain yang lain. Keputusan ini agak sukar untuk saya lakukan, tetapi untuk jangkamasa yang panjang, ia adalah satu langkah yang praktikal. Bahkan saya tidak war-warkan pun sebelum ini. Secara tiba-tiba :)

Oleh itu, dimaklumkan domain smswang.com telah ditukar kepada www.akademisms.com. Amcam ? Best tak nama domain baru ? :) Saya tahu saya akan kehilangan trafik (dan juga kehilangan punca pendapatan ), tetapi saya rasa sekarang adalah masa yang terbaik untuk melaksanakannya.

Mengapa ? Sebab utama adalah untuk membentuk penjenamaan yang lebih baik dan juga untuk diintegrasikan dengan projek SMS saya yang lain. Tentunya sebelum ini ada yang menyatakan nama domain smswang.com ni terlalu ‘hype’ yang mungkin memesongkan pandangan pelanggan (mungkin terpengaruh dengan Tsunamiwang kot). Ada juga yang menyatakan domain tersebut tidak sesuai dengan fakta sebenar perniagaan SMS.

Tetapi itu hanya cakap-cakap sahaja. Saya tidak ambil pusing. Tetapi hakikat sebenar, SMSWang memerlukan nama baru yang akan seiring dengan khidmat perundingan perniagaan SMS. Selaras dengan perancangan untuk tahun hadapan, saya akan buat sedikit keselarian dalam nama domain tersebut. Waktu sekarang adalah waktu yang tepat, ketika saya telah menyelesaikan semua projek SMSWang, dan ketika kita sibuk2 menyambut Hari Lebaran.

Kepada semua affiliates, tak perlu risau, kerana semua telah diautosettingkan untuk anda. Affiliates anda akan berfungsi seperti biasa.

Saya akan mula bercuti pada 11 Oktober sehingga 20 Oktober. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lebaran dan  Maaf Zahir Batin.

Pengumuman kecil : SMSGrup pula sedang dalam kerja-kerja dinaik taraf oleh telco. Sepanjang masa kerja kemas kini, maka sistem SMSGrup tidak dapat digunakan. Maaf diatas segala kesulitan.

Pengumuman mini : Seminar SMS akan diadakan pada 3 November 2007. Sahkah penyertaan anda segera sebelum 27 Oktober. Ini akan menjadi seminar terakhir pada harga promosi RM237. Dah sah-sah semua harga barang naik :) Untuk maklumat lanjut layari Seminar SMS

p/s : Nantikan kemunculan ebook baru, yang lebih praktikal dan releven yang akan saya lancarkan