Pelancaran eBook Formula Bisnes SMS Untuk Beginner!

Salam Sejahtera,

Kepada yang telah menanti-nantikan kemunculan ebook ini, masanya telah tiba. Hari ini merupakan hari ‘soft launch’ ebook kedua yang saya sediakan khusus untuk anda.
Pelanggan ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS telah memberikan saya 735 maklumbalas dalam masa 1 tahun tentang apa yang diperlukan oleh seorang usahawan baru untuk menceburi perniagaan SMS. Maka ebook ini bermatlamatkan untuk memudahkan pembaca memulakan perniagaan SMS sendiri, berkonsepkan DIY, dilakukan sendiri mengikut 9 Formula yang telah digariskan.

Sebelum ini saya terpaksa mengambil masa yang panjang, pelaburan yang besar dan juga kepayahan akibat tidak dilayan oleh syarikat besar apabila ingin menceburi perniagaan SMS ini. Kalau dikenang memang menyusahkan. Oleh itu, saya berazam agar pengalaman saya ini tidak perlu dilalui oleh anda semula. Saya tidak mahu pengalaman perit saya itu menjadi batu halangan untuk anda bermula.

Maka, penemuan baru telah saya ciptakan. Saya susunkan pengalaman saya dalam satu ebook yang mudah untuk difahami secara praktikal dengan menyusun mengikut langkah-langkah yang perlu termasuklah gambarajah bagi pemahaman yang lebih.

Ebook ini bukan ebook teknikal. Ebook ini tidak menyentuh hal-hal konfigurasi server seperti pentadbiran sistem tetapi hanya sekadar antaramuka konfigurasi sahaja. Ebook ini membantu anda untuk bermula sebagai content provider@ penyedia kandungan, memahami kos dan modal perniagaan, merancang iklan, memilih gateway provider, dan mengira keuntungan perniagaan. Untuk mereka yang tidak memahami istilah teknikal perniagaan SMS, saya sertakan juga glosari untuk rujukan anda.

Seperkara yang menarik mengenai buku ini adalah pakej yang ditawarkan.saya telah menyusun ebook ini mengikut topik perniagaan yang dipecahkan mengiku SMS Voting, SMS Contest, SMS Slogan, SMS Page, SMS Subscribe, SMS IOD dan Chatting. Penerangan ringkas mengenai setiap topik tersebut dihuraikan di http://ebook.akademisms.com

Ini bermakna, anda boleh mendapatkan ebook ini mengikut topik kegemaran anda. Sekiranya anda hanya berminat untuk membuat SMS Chatting (perkhidmatan berborak menggunakan SMS),anda boleh untuk mendapatkan hanya topik tersebut. Ini membolehkan anda lebih fokus dalam perniagaan yang anda minati. Saya ingin mengelakkan information overloaded dan topik yang mengelirukan kepada anda. Setiap topik ini dijual dengan harga pengenalan RM47 sahaja sepanjang bulan November dan promosi terhad untuk 45 pelanggan sahaja dalam sebulan.
Sekiranya anda berminat untuk terlibat dalam perniagaan yang melibatkan keseronokan, anda boleh dapatkan pakej SMS Regular yang mengandungi SMS Chatting, SMS Contest dan SMS Subscribe. Ini adalah kombinasi aplikasi yang anda boleh gunakan. Bagi anda yang berminat dengan perniagaan yang lebih serius, dapatkan pakej Super yang mengandungi SMS Page, SMS IOD dan SMS Slogan. Anda juga akan memperolehi 2 bonus istimewa dengan jemputan ke preview program mentoring SMS yang akan diadakan tidak lama lagi.

Saya berharap ebook ini akan dapat memberikan manfaat kepada anda untuk memulakan perniagaan SMS. Jangan lupa berikan saya feedback anda mengenai ebook ini okay… Sebelum itu, untuk penilaian anda, jangan lupa muat turun topik SMS Voting secara PERCUMA untuk anda lihat bagaimana kandungan ebook tersebut.

Untuk mendapatkan ebook tersebut layari http://ebook.akademisms.com

p/s : Affiliates boleh mendapatkan banner baru di laman web affilates anda. Sertai ganjaran RM100 November ini!

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply