Ikutkan Hati Mati…

Salam Sejahtera Pembaca Yang Dihormati,

Lebih satu minggu saya tidak menulis di blog. Minggu lalu baru balik dari Sabah dan terus sibuk dengan urusan persediaan untuk Seminar Perniagaan SMS. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Kepada peserta seminar 26/01, saya sungguh berbesar hati bertemu kalian. Sampai Magrib pun ada yang tak balik lagi! Bersemangat sungguh.

Sekejap saja, Januari akan meninggalkan kita. Cepat sungguh masa berlalu. saya ada 4 matlamat besar untuk diselesaikan menjelang pertengahan tahun. Untuk mereka yang bersungguh, terasa betul stressnya, betul tak ?

Kembali kepada post saya pada hari ini.

Apabila anda berjalan-jalan di shopping complex, anda ternampak baju idaman anda sedang sedang dijual dengan harga diskaun 50% ? Anda yang pada awalnya ingin beli barang lain, tiba2 terbeli baju tu pula. Balik rumah baru sedar, lain yang nak dibeli, lain yang dapat!

Sebenarnya, kadang2 tawaran istimewa yang diberikan membuatkan mata kita ‘buta’ seketika dan mula mengikut kehendak hati. Kita mudah terkeliru dan terpedaya dengan ‘godaan’ yang membuatkan kita mendahulukan kehendak dari keperluan.

( Keperluan : Sesuatu yang kita mahukan, kalau tiada memang tak boleh hidup. Kehendak : Sesuatu yang kita inginkan, kalau tak dapat pun takpe, kalau dapat hidup jadi sungguh bahagia!)

Dalam perniagaan, kekeliruan begini terlalu sering berlaku. Sering kali kita keliru antara keperluan perniagaan atau kehendak perniagaan.

Uji diri anda dengan senario dibawah :

Bisnes anda selalu mem’fotostate’ banyak dokumen dan membelanjakan RM300 sebulan untuk itu sahaja. Anda rasakan baik anda beli sahaja sebuah mesin fotostate dari membelanjakan wang utk hantar dan bayar ke kedai lain.

Apa keputusan anda ? Beli mesin fotostate ? Adakah mesin fotostate itu satu keperluan atau kehendak ?
Kalau ikut kan hati, memang perlukan sebuah mesin fotostate. Disinilah hati dan fikiran anda teruji. Dengan belanja RM300 untuk fotostate dokumen, mempunyai mesin fotostate sendiri memang satu keperluan. Tetapi memiliki sendiri @ membeli mungkin satu kehendak. Biasanya mesin2 fotostate ni lebih menjimatkan sekiranya kita sewa!

Jadi nampak tak macam mana senangnya kita terjerumus ke lembah kekeliruan dalam membuat keputusan bisnes. Nampak mudah, tetapi silap langkah boleh membawa kesan kepada ‘poket’ perniagaan anda.

Awas dengan iklan-iklan jualan murah, tawaran istimewa atau tawaran terhad. Selalu menggoncang ‘iman’ kita menjadi hilang pertimbangan antara keperluan dan kehendak.
p/s : Seminar Perniagaan SMS adalah pada 23 Februari. Pendaftaran telah dibuka. Cepat-cepat daftarkan diri anda di sini!

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply