Salam Sejahtera,
Dalam beberapa tahun lepas, saya sering keliru dengan jenama PC yang ‘terbaik’ untuk dicadangkan kepada pelanggan. Ada yang kata Dell bagus, ada yang kata HP lebih baik. Untuk prestasi yang lebih baik ada yang mencadangkan IBM (sekarang Lenovo). Tidak kurang yang memuji kehebatan Fujitsu.
Memandangkan saya adalah usahawan, saya tidak peduli sangat dengan jenama. Apa ada pada jenama!? Asalkan pelanggan puas hati, itu sudah mencapai matlamat. Tetapi berbalik kepada soalan asal saya, PC mana yang lebih baik, bagi saya masing2 mempunyai kelebihan dan kekurangan. Biarlah ia terus menjadi misteri…
Perspektif saya sebagai usahawan teknologi, saya lebih memilih ‘market trend’ dan pilihan pengguna global sebagai PC pilihan saya. Mengapa? Kerana saya bukanlah pengeluar komputer, tetapi menjadi trader untuk perkakasan tersebut. Tambahan pula, pengguna di Malaysia juga sebenarnya terbuka dengan jenama (ada brand dah ok lah tu!), so tidak terlalu memilih sekiranya ada jenama dan jaminan kualiti.
Mengikut kajian terkini, HP telah mendahului Dell dari segi jumlah jualan PC secara global. HP hanya berkelebihan sedikit daripada Dell, iaitu kira2 0.02% lebih dari Dell. Ini diikuti oleh Lenovo, Acer dan akhir sekali Toshiba..
Ini menjadi ‘rahsia menjual’ saya.. (nak pecah rahsia ni..)
Bila client saya tanya, saya akan ceritakan statistik tadi. Selain dari membantu pelanggan saya memilih jenama, menampakkan saya ni usahawan yang berilmu, ye tak ??
p.s : Client memang suka vendor/syarikat yang berpengetahuan luas, dan selalu bagi consultancy percuma!! Cuba lah kalau tak percaya 🙂