7 Perkara Yang Anda Boleh Buat Ketika Ekonomi Gawat

Salam Sejahtera,

Semalam saya ada sediakan sedikit catatan mengenai kegawatan ekonomi. Hari ini mungkin kesinambungan dari semalam.

Banyak keluh kesah bila ekonomi gawat. Usahawan pening kepala bila perniagaan mula menunjukkan trend penurunan. Pelanggan mula perlahan, jualan merosot, kreditor mula memendekkan jangakamasa kredit. Bila baca akhbar pula, tidak banyak banyak membantu. Ekonomi US dan Eropah semakin tenat (walau Malaysia masih ‘gagah’ mengharungi kegawatan!)

Tetapi ada beberapa perkara yang kita boleh lakukan. Dan sebenarnya ketika kegawatan inilah masa yang terbaik untuk melakukannya :

1. Menulis Buku / Ebook

“Aku tak pandai menulis la.. Takde jiwa seni.. ” Mungkin ayat-ayat seperti itu keluar dari mulut anda. Teruskan memberi alasan. Mungkin anda tidak sedar buku / ebook yang baik merupakan antara pasif income yang anda hanya lakukan sekali, dan mendapat laba selama anda bernafas dan 50 tahun selepas anda mati! Siapa kata dah mati tak boleh buat duit ? 😀

2. Menghadiri seminar & meningkatkan kemahiran

Pelaburan yang terbaik adalah melabur terhadap diri sendiri. Beli banyak buku, banyak membaca. Hadiri seminar yang dianjurkan sama ada seminar yang memperbaiki diri, atau seminar yang meningkatkan perniagaan anda. Saya biasa meletakkan sasaran untuk menghadiri minimum 3 seminar setahun. Bagaimana dengan anda ?

3. Menyambung pengajian

Sama ada sepenuh masa atau separuh masa. Kalau anda mempunyai perniagaan yang automatik di internet, mungkin satu lagi kelebihan. Bila ekonomi kembali pulih, anda sudah berada di status orang2 yang berpendidikan tinggi 😀

4. Membuat Kajian Perniagaan & Business Plan

Kita biasa merancang perniagaan secara tahunan. Lepas setahun, kita merancang untuk tahun seterusnya. Apa yang kita boleh buat adalah meningkatkan perancangan dan business plan lebih dari setahun. Mungkin 2 hingga 4 tahun. Ia menjadi satu sasaran jangka sederhana yang anda ingin capai dalam perniagaan.

5. Memulakan Sesi Perundingan Untuk Joint Venture

Sesi untuk negosiasi mengambil masa. Sekurang-kurangnya 3 pertemuan, barulah dapat satu keserasian. Selepas serasi barulah kertas cadangan boleh dihasilkan. Untuk memperhalusi sesuatu kerjasama mengambil lagi sedikit masa. Sesetengah korporate mengambil masa lebih 2-3 tahun hanya untuk perundingan sahaja. Untuk perniagaan kecil, 3-4 bulan mungkin satu jangka masa yang lebih ideal.

6.Memperkemas Bisnes dan Menyusun Strategi Baru

Orang kata, lebih baik melangkah setapak demi setapak. Melangkah ke depan 3 tapak dan berundur setapak. Berundur supaya kita boleh perkemas perniagaan kita. Mana yang rosak kita betul kan, mana yang tak elok kita cantikkan! Kemudian tambah strategi yang lebih kemas supaya perniagaan semakin baik.

7. Merancang Pemasaran

Pemasaran memakan banyak masa. Ini bukan proses jualan, tetapi perancangan strategik.

Percaya atau tidak, 7 perkara yang anda lakukan tadi akan terasa hasilnya apabila ekonomi kembali pulih. Bila pelanggan kembali membeli, anda sudah bersedia di platform untuk melancarkan perniagaan anda hingga ke puncak yang paling tinggi! Pulun habis-habisan…

Jadi tiada alasan ketika gawat. Gunakan tulang 4 kerat dan minda yang dianugerahkan Allah untuk berusaha..Saya sudah sasarkan untuk menghasilkan 3 buku mengenai SMS tahun kegawatan ini. Bagaimana dengan anda ?

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply