Bila aku di UK, baru aku tahu ramai rupanya nak sangat datang Europe. Benua idaman. Feel dia lain, banyak benda boleh belajar dari negara pemikiran kelas satu.
Tapi kos mahal sangat. Beribu-ribu, kena tabung maha gemuk, tak semua mampu.
Macam dulu naik kapalterbang itu mewah. Sampailah Airasia buang ciri eksklusif, makcik dari ulu mana pun senyum anak bawa terbang ke sana ke mari. Now everyone can fly.
Aku dah lama ada simpan impian yang sama. Supaya semua boleh datang Europe. Tidaklah semurah ke Bandung, tapi sekurangnya, orang biasa dapat peluang yang sama.
Tapi bajet punya pasal, semua mahu jimat. Kalau boleh, stay lebih lama, makan nasi, dan tidur selesa. Aku mahu trip rasa selesa disana.
Aku seperti hampir jumpa formula. Kos sekitar RM3,000 seorang untuk trip 12 malam ke London, Paris,Brussels dan Amsterdam. 12 malam ye, bukan sekejap tu. Kalau kau rasa mahal, berhenti baca disini.
Trip untuk kumpulan kecil 5-8 orang sahaja. Private. Sesuai untuk small group, kawan-kawan terdekat atau keluarga. Bukan trip naik bas 35 orang ramai-ramai.
Pengangkutan disediakan. Nak bawa anak kecil, atau orang tua sesuai sangat. Atau orang yang kena gout jalan senget-senget pun rasa bahagia.
Penginapan di homestay, boleh masak. Jangan tumbuk sambal belacan udah ler. Bukan di hostel atau asrama belia.
12 malam setiap tempat kita boleh jelajah betul-betul, bukan touch n go atau jejak tanah je. Eropah ni kau datang untuk buka mata, setakat duduk sehari, tak rasa apa.
Cuma flight KL-London kau cari sendiri. Zaman sekarang ni, sejak ada Skyscanner dan seangkatannya, tiket flight KL-London boleh turun sampai RM1.8K return. Mungkin kurang lagi.
Boleh sikit-sikit. Bayar ansuran macam Kot Memot.
Aku fikir sebab trip 12 malam, personally rasa berbaloi. Untuk orang yang first time datang Europe. Sedangkan trip ramai-ramai naik bas 30 orang tu pun dalam RM5K dengan flight, inikan pula private trip.
Bulan 9 ada MATTA, kau pegi usya, boleh banding.
Tapi syarat, kalau kau nak travel bersama kawan, semua mesti ada akaun Facebook, dan ada mutual friends. Pakat ramai-ramai. Boleh share dah status ni dengan kawan. Hahaha.
Okay tak trip macam ni? Atau ada mahu tambah apa-apa? Kalau semua rasa berbaloi, aku terus gali lebih lagi. Manatau jadi macam Airasia. Kalau tidak aku simpan dulu.
.
Aku cuba buat benda lain sikit. Yang penting usaha. Kau hanya perlu selalu ikut update. Kalau bimbang terlepas, cuma follow FB aku Irwan Dahnil dan set See First. Nanti aku update lagi.
Mana tahu, gali punya gali, boleh turun jadi RM2,500. Tak ke menari Dilwale beramai kita nanti ?
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Ini betul-betul, bukan angan
Glasgow, Scotland
.
Nota : Ke Korea pun boleh cecah RM2K kawan.
Fuyoo murah dah ni Tn ID .. kalau laa dapat join sekali mmg nak sangat ni .. berbaloi2 orang kata .. kena selalu tgk update kat fb Tn pasni .. tq tn sudi sharing dan buat insan kerdil ini terhibur walaupon tak dapat jejak kaki kat sana lagi hahahhaa..