Boring tidak keluar ke mana-mana? Mati kutu kerana tidak travel atau bercuti? Hari ini aku mahu sharekan beberapa benda yang boleh dibuat bila kita tidak travel.
Dalam tempoh ‘kemurungan’ sebenarnya pun ada banyak kebahagiaan.
- Buka semula album gambar travel yang terdahulu. Yang lama-lama. Selalunya kita simpan dalam handphone atau sudah buat backup di komputer atau cloud.
Pilih gambar yang cantik. Pilih dalam 25 keping. Edit gambar yang kurang menarik. Buat photobook.
Jika ada gambar-gambar pemandangan yang cantik. Edit sedikit. Hantar ke kedai dan buat canvas printing. Pasangkan frame gambar yang cantik.
Gantungkan gambar pemandangan ke dinding rumah.
- Ramai dari kita yang ada shoot footage pendek, video ketika travel. Kumpulkan gambar tersebut dan himpunkan dalam satu folder. Ikut negara atau destinasi.
Gunakan app yang mudah untuk hasilkan video kenangan. Kine Master atau In shot adalah beberapa app yang boleh digunakan dengan latarbelakang muzik yang seronok didengar.
Upload video tersebut ke Youtube. Dan kongsikan dengan kawan-kawan.
- Mulakan blog travel sendiri. Mula menulis tentang perjalanan dan trip yang ada. Pendek pun tidak mengapa sebagai permulaan.
Itinerary, review penginapan, pengalaman dengan kawan-kawan. Ada banyak idea apa yang mahu ditulis.
Gambar yang dipilih tadi, tempek kan banyak-banyak ke dalam blog. Biarkan ia jadi kenangan abadi.
Malu menulis atau terasa syok sendiri? Alahh.. Orang yang baca blog kita tidak kenal kita pun. Malu apa bosskuuu…
- Menulis bucket list untuk destinasi atau pengalaman travel yang mahu dibuat selepas ini. Bugee jumping, skydiving atau apa-apa sahaja. Tuliskan dalam satu kertas.
Dalam satu kertas, tuliskan nama aktiviti atau destinasi. Tuliskan mengapa dan dengan siapa anda mahu lakukan. Catatkan juga apa kerisauan anda tentang aktiviti ini.
Bucket list travel lebih mudah tercapai jika kita lebih spesifik. Senaraikan kos, masa yang diambil, tahap kesukaran. Dan juga tuliskan motivasi mengapa ia perlu dicapai. Apa perasaan nanti selepas ia dicapai.
Membuat bucket list selalu menjadi cara untuk aku explore tempat baru. Sebab ia tertulis, dan tersusun seperti planner atau kalendar.
Ada masa nanti, aku buat satu post macam mana mahu buat bucket list yang realistik.
- Topup ilmu kembara. Banyakkan membaca tentang destinasi baru. Pelajari pengalaman orang lain. Ketahui cara untuk travel dengan lebih murah.
Kajian menunjukkan 2 dari 3 orang traveler akan menjadi follower ketika travel. Mungkin sebab sibuk dengan urusan harian, mereka kurang melakukan study atau ‘homework’ travel atau sesuatu destinasi.
Gunakan masa ini juga untuk kenali traveler otai. Orang begini banyak berkongsi pengalaman sepanjang mereka kembara. Learn from the best.
- Tunggu promosi. Rajin-rajin layari internet dan kenalpasti laman web atau page di Facebook yang selalu menawarkan harga murah.
Tiket flight, penginapan atau apa sahaja yang boleh bagi diskaun pada perjalanan anda. Promosi ini tidak selalu, jadi kena alert sentiasa.
Dijangkakan, kebanyakan offer akan mula menggebu masuk bila Covid19 menunjukkan trend menurun dan orang mula berani untuk travel
- Gemukkan tabung travel. Bila kita kurang berjalan, masukkan lebihan duit ke simpanan. Lebih cepat tabung terisi, semakin jauh perjalanan kaki kita nanti.
Banyak hikmah sebenarnya wabak mendatang. Kita tidak lagi banyak melepak diluar. Jadi kita boleh ubah cara berbelanja. Tingkatkan tabungan.
Teruskan bertabah kawan-kawan. Langit tidak selalu mendung. Jika tahun ini bukan tahun yang baik untuk travel, Allah sudah tetapkan peluang yang lain di tahun mendatang.
Yang penting kita usaha.