You are currently viewing Panduan Berkuda & Aktiviti di Pahalgam, Kashmir

Panduan Berkuda & Aktiviti di Pahalgam, Kashmir

1. Pahalgam berada lebih kurang 90km dari Srinagar sekitar 2 jam. Ada yang tinggal semalam di sini, dan ramai juga yang buat day trip.

2. Aktiviti yang popular di Pahalgam adalah berkuda. Ia boleh bermula dari mana-mana tempat, kalau nak suruh kuda tu datang ke hotel kita pun boleh. Tapi harga lain. Kebanyakan bermula dari parking teksi pekan.

3. Kena tawar menawar. Walaupun sudah ada signboard yang tertulis harga, biasalah tawar menawar ni kan best.

Lebih lagi dia tak reti cakap English, kau pulak tak reti cakap Urdu. Macam kecoh-kecoh la kan dua-dua tak faham.

4. Ada 7 tujuan lokasi berkuda. Yang paling popular adalah Baisaran, Dabyan dan Kashmir Valley yang harganya INR1800 lebih kurang.

Kangmarg pun popular juga. Yang lain-lain biasanya dorang kata tempat tu tutup, atau tak pergi. Senang meniaga.

5. Maka akan ada barisan kuda menunggu. Aku pun tak sure baka apa, tapi jenis besar sikit dari pony, tapi tak sebenar kuda arab. Takat nak bawa aku yang 73kg ni lepas la.

6. Ingatkan boleh pilih kuda. Rupanya itu hanya display. Lepas negotiate harga, nanti dia datang dengan kuda lain. Setuap kuda akan ada sorang yang standby. Kadang 1 orang jaga 2 kuda.

7. Aku tak recommend akviti berkuda untuk orang yang ada sakit belakang, atau kanak-kanak kecil. Perjalanan kuda ini mengambil masa sekitar 2 jam lebih. Sakit belakang bagi yang tak biasa..

8. Keadaan trak juga ada yang curam dan berbatuan. Kuda akan mendaki ke laluan pergunungan dengan pemandangan yang cantik.

9. Sepanjang perjalanan akan berhenti dibeberapa check point dan dia tunjukkan apa pemandangan yang ada.

10. Sehingga sampai ke Baisaran Valley. Turun dari kuda dan ambil masa sendiri untuk berjalan dan meneroka tempat yang disebut sebagai Mini Switzerland..

10. Dan cukup masa, boleh la terus turun semula ke pekan Pahalgam. Rezeki aku pegi cuaca panas, tapi snow sampai ke sudah!

11. Tipping untuk orang bawakan kuda tu optional. Tapi aku suggest bagi la. Sebab memang penat dan payah juga kerja dorang ni. Masa ada kaki kuda terbenam tempoh hari, dorang memang bersusah untuk tarik kuda semula dan pastikan penunggang juga selamat.

12. Hati-hati dengan agen yang datang kerumun kita nak promote kuda-kudanya. Sebab harga agent ni lebih tinggi dari harga biasa sehingga INR4,000.

13. Kalau datang dengan teksi, kadang pemandu teksi sudah bincang belakang dengan operator kuda.

Harga kadang sekali ganda lebih mahal, dan pemandu tadi akan cuba meyakinkan kita bahawa harga tersebut sudah harga terbaik dan mendakwan harga itu sudah diskaun berbanding dengan harga penuh. Hati-hati.

14. Di Baisaran Valley ada deretan kedai yang menjual makanan dan minuman. Untuk elakkan risiko memulas atau mencirit atas kuda atau sakit perut balik ke hotel, eloklah jangan beli apa-apa ya. Bawa air botol sendiri dan sedikit makanan seperti sandwich, buah atau roti.

15. Waktu terbaik untuk mula beraktiviti sekitar jam 10 pagi. Dan turun semula sekitar 3 petang. Itu pun dah cukup puas dah.

Aku suka outdoor, kuda.lepas bebas dan boleh pecut. So aktiviti Pahalgam horsing aku bagi 6.5/10. Cuma sebab kali ni kira ada snow adventure, aku bagi 7/10. Untuk yang beginner berkuda sesuai je.

Catatan kembara

Irwan Dahnil

Penunggang Kuda,

Bukan Agama

Next trip Kashmir pada Mei 2024. Musim cherry dan cuti sekolah

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply