You are currently viewing Buku Lost in Sekutland 2 Pre Order

Buku Lost in Sekutland 2 Pre Order

Ini adalah kali pertama saya mengirimkan email kepada semua pembaca pertama buku Lost in Sekutland tahun sejak 2017. Terima kasih diatas sokonan anda. Saya terharu.

Sejak buku itu diterbitkan, saya dihujani banyak mesej. Yang paling menggembirakan bila ada yang memaklumkan bahawa impian mereka untuk berhijrah dan mencuba nasib keluar negara. Ada yang sudah sampai ke Liverpool dan ada juga yang sudah sampai ke Australia. Saya sangat gembira sebenarnya.

Selepas hampir 3 tahun,  akhirnya dapat juga menyiapkan sekuel buku ini. Ia bertajuk Lost in Sekutland 2, kandungannya hanya dapat ditulis selepas 5 tahun tinggal di Scotland. Ia melalui pengalaman mahal bagaimana memulakan hidup disana hanya dengan bermodalkan RM10,000 bersama keluarga.

Tempahan boleh dibuat di pautan berikut .

Berbeza dengan buku terdahulu, saya sharekan langkah-langkah praktikal apabila sudah berpindah negara. Dalam setiap catatan kembara, dimasukkan tips dan panduan seperti mencari rumah, menguruskan cukai, mencari pekerjaan, persekolahan anak, kesihatan dan kebajikan keluarga.

Dan dislotkan juga bagaimanasaya boleh menjadi anak Malaysia pertama membuka homestay di Glasgow dan akhirnya terlibat dalam dunia tour leading untuk kembara seluruh Eropah. Ia perjalanan yang panjang dan meletihkan. Tapi ia sangat berbaloi.

Ia saya kongsikan dalam buku yang berharga RM25 ini. Buat pembeli pre-order LIS, saya ingin memanjangkan tawaran dengan memberikan 2 FREEGIFT istimewa.

FREEGIFT #1 : Poskad Kembara Eropah Percumaanjang menjadi tour leader, saya telah merakamkan puluhan ribu gambar destinasi yang sangat cantik di Eropah. Dan dijadikan sebagai poskad sebagai kenangan.  Saya mahu kongsi kenangan ini bersama dengan anda.

Sebenarnya saya juga akan menghasilkan 8 keping poskad untuk destinasi berbeza dalam satu set. Cuma belum saya buka kepada umum untuk sebarang pembelian. 

Tentunya saya berikan dahulu kepada mereka yang telah menyokong saya selama ini. 

FREEGIFT #2 : ID.Circle Membership Setahun Percuma

Tahun 2020, saya akan melancarkan keahlian eksklusif bernilai RM25/tahun untuk anda yang ingin mendapatkan banyak kelebihan dan diskaun seperti tiket penerbangan, homestay, pakej travel dan juga barangan keperluan travel. Sebagai menghargai anda, saya berikan percuma.

TAWARAN MASA TERHAD SAHAJA!

Memandangkan ia adalah tawaran terhad kepada pembeli terdahulu, ia akan dibuka selama 7 hari sahaja sehingga 7 April 2020 pada jam 11.59 malam. Tawaran eksklusif yang saya tidak tawarkan kepada umum.

Tempahan boleh dibuat di pautan berikut 

Terima kasih sekali lagi atas sokongan anda sebelum ini. Anda telah menjadi saya seperti hari ini, melangkah jauh tanpa dijangka. Dengan izin Tuhan. 

Itu sahaja untuk kali ini.

Catatan kembara
Irwan Dahnil
Time to give back

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply