You are currently viewing Safarnama : Nikmat Puasa 20 Jam di Glasgow
Juadah Malaysia memang istimewa.

Safarnama : Nikmat Puasa 20 Jam di Glasgow

Bagi yang punyai anak, ceritakan kisah ini. Pesan pada mereka, hujan emas dinegeri orang itu tidak selalu datang dengan langit yang cerah. Biar mereka rasa bersyukur ketika berpuasa. Moga mereka bersemangat meneruskan Ramadhan.

+ Kerana kedudukan geografi yang berada di latitude tinggi, Glasgow salah satu bandar yang mempunyai siang yang panjang ketika musim panas. Ini bererti puasa yang lebih lama sekitar 20 jam. Maka lebih enak berpuasa di Malaysia sekitar 13 jam sahaja.

// Skor : Malaysia 1, Glasgow 0

+ Penentuan waktu solat yang tidak sama. Walau ada beberapa masjid dan madrasah, masing-masing mempunyai cara penetapan dan penentuan waktu solat tertentu. Contohnya dalam menentukan waktu solat bagi negara latitude tinggi, boleh memilih kaedah seperti 1/7 malam, angle-base method atau middle of the night. Ia memberikan waktu solat yang sedikit berbeza. Itu belum lagi mengambilkira fahaman dan mazhab masing-masing. Ini bermaksud, mungkin jiran sebelah masih berpuasa ketika kami sedang berbuka.

// Skor : Malaysia 2, Glasgow 0

+ Sekarang waktu berbuka sekitar jam 10.15pm. Isyak pula 11.15pm. Kami akan tergesa-gesa makan untuk mengejar waktu Isyak. Disebabkan sudah lewat malam, maka ada yang tersengguk mengantuk ketika sedang berbuka dan solat terawih. Mahu atau tidak, terawih perlu diteruskan kerana waktu subuh akan menjelang jam 2.20am sedangkan makanan ketika berbuka tadi masih lagi belum hadam. Di Malaysia, lepas berbuka masih sempat berborak gembira menunggu Isyak dan selepasnya.

// Skor : Malaysia 3, Glasgow 0

5

+ Semua tahu tidak baik tidur selepas subuh. Subuh itu pintu rezeki terbuka luas. Tapi disebabkan siang yang panjang dan tidak mahu terlepas waktu solat, kami hanya boleh tidur selepas subuh. Maaf, tidak tertahan mata selepas itu. Moga pintu rezeki akan terus terbuka buat kami yang tidur. Di Malaysia, lepas sahur terus menunggu solat Subuh dan bersiap mencari rezeki.

// Skor : Malaysia 4, Glasgow 0

+ Juadah ala kadar. Tidak pasar Ramadhan untuk pelbagai pilihan. Ini bukan bulan untuk merasa pelbagai juadah. Paling hebat ada nasi briyani kambing di Central Mosque. Jika ada rezeki lebih, ada juga jiran Malaysia menghantar juada sebelum berbuka. Jika tidak pandai masak, tahanlah selera Malaysia di perantauan. Di Malaysia, masa inilah untuk menikmati pelbagai juadah rare.

// Skor : Malaysia 5, Glasgow 0

Selamat meneruskan Ramadhan!

Nota : Catatan ini bukan berniat untuk tidak bersabar dengan ujian Allah. Ia cuma catatan supaya kita tahu bahawa nikmat Allah itu datang dari pelbagai cara. Kredit foto buat tuan punya foto.

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply