Kadang-kadang, aku pun tertanya betul ke tindakan aku buat. Suami isteri berhenti kerja, dengan selamba mulakan life baru di UK. Jujur, aku sebenarnya tidak tahu betul ke tidak.
Sampailah terjumpa dengan Isha, orang Bangladesh di Lisbon. Dia buka outlet kebab di sana. Isha pernah datang Malaysia kerja di ladang.
.
Lepas sembang, Isha cakap tidak menyesal tinggalkan Bangladesh atau Malaysia. Bukan sebab Lisbon lebih baik, tapi dia rasa ada kebaikannya. Dia start cerita pada aku. Aku dengar, angguk-angguk. Aku hadam.
.
Tentang kehidupan.
.
1. Ujian yang tidak pernah alami
Membesar di negara sendiri kau sudah belajar macam mana mahu hidup di situ. Kau sudah tahu selok belok, cilok mencilok, spin dan twist. Skil survival sudah tinggi. Jadi selesa di Malaysia, kawan ramai, kabel kau power.
.
Tapi di luar negara, kau akan belajar semula hidup survival. Tiada tongkat, tiada kabel, tiada kenalan, tiada orang dalam. Kau rasa helpless. Semua kena buat sendiri. Kau tidak bergantung kepada manusia untuk mengubah hidup. Ubah sendiri, usaha dan tawakal.
.
Yang kau ada hanya Tuhan, dan hanya Dia yang boleh menolong. Baru kau rasa penyerahan pada Tuhan dan bukan pada manusia,
.
2. Bukan dengar cakap orang
Di Malaysia, kau akan terpengaruh dengan apa orang sekeliling cakap. Itu ini tidak betul. Semua seperti tuan penasihat. Sampaikan kau pun jadi konfius mana yang betul mana yang tidak. Kau cuba puaskan hati orang. Tekanan sosial sangat tinggi.
.
Bila kau di negara orang, kau akan buat keputusan sebab kau rasa itu yang betul dan itu paling tepat. Kau boleh buang penasihat tidak rasmi. Kau belajar bertanggungjawab 100 peratus terhadap keputusan. Kau boleh pilih mahu tinggal dimana, kecil besar kereta hendak pakai, langsir macam mana kau mahu pasang. TIada orang peduli atau mahu bagi nasihat.
Masa depan kau, bukan di tangan orang.
.
3. Kita dengan orang putih tidak banyak beza pun
Kalau dulu kita dijajah, sebab itu kita sudah terpandang diorang lebih tinggi. Kita pandang mereka lebih hebat. Kita sendiri bila speaking macam menggigil sedangkan kita belajar English dari sekolah rendah sampai SPM. Kita pula jadi ragu diri sendiri.
.
Sedangkan mereka tidak selincah orang Malaysia. Orang kita ini berbakat, kreatif, multi tasking. Semua ciri aku sebut, kurang ada pada orang putih. Kita tidak sedar atau terlupa dengan kelebihan ini, Kita ini tak lah lekeh sangat sebenarnya.
.
Dulu mungkin kau akan bandingkan “aku berbanding dia”. Tapi bila sudah tau, kau akan kata “aku sama dengan dia”. Entah-entah kalau akan rasa kau lebih pandai dari dia.
Dunia luar sana tidak lah menakutkan sangat sebenarnya.
.
4. Kau lebih hebat dari yang dijangka
Kau akan buat benda yang tak terfikir mampu buat. Banyak benda akan belajar buat sendiri. Bercakap, baca buku, tukar tayar, repair rumah, masak, jaga budak, berkira-kira.
Walau tak sesedap mana, sekurangnya aku belajar masak mee goreng bila aku duduk Glasgow. Dulu di Malaysia main tunjuk kat menu kedai.
.
5. Tiada yang lebih baik dari tanah air sendiri
Rata-rata aku tanya orang Malaysia di luar negara tidak akan menyerah kerakyatan Malaysia. Sebab apa? Tiada negera sebaik negara sendiri. Kita sahaja yang tahu seburuk mana Malaysia pun, itulah tempat kau membesar menjadikan diri kita sekarang.
Bila kau tengok kereta Proton buruk kat jalanraya UK pun, kau punya bangga tengok produk Malaysia.
.
6. Hargai, belajar dan menghormati budaya
Aku selalu kena bash kata aku selalu bandingkan Malaysia dengan luar negara. Aku bukan mahu dewakan, tapi aku jadi celik mata. Ada banyak benda kat Malaysia sebelum ini aku take for granted, tidak hargai pun. Contohnya macam mana orang disini begitu menghargai masa. Macam mana orang disini begitu terbuka dalam berbincang mengenai agama.
.
Janganlah kau marah aku dengan Isha. Kami pun bukan semaksum mana. Banyak yang tak betulnya.Kalau kau ada peluang, pergi cuba hidup di luar negara. Kau boleh follow cara aku dengan Isha kalau kau rasa betul, atau kau boleh rilex macam biasa.
Tidak akan mengubah apa jika setakat bercuti berselfie dan buat muka muncung itik, atau posing lentik. Post kat FB dan tunggu like beribu.
Catatan Kembara
Irwan Dahnil
Bangla Brotherhood
Glasgow, Scotland