You are currently viewing Syoknya Sehari: Jalan Jalan ke Zurich, Swiss. Bandar Utama Yang Kaya.
sdr_vivid

Syoknya Sehari: Jalan Jalan ke Zurich, Swiss. Bandar Utama Yang Kaya.

Aku baru sedar dah lama tidak menulis tentang tentatif trip. Entahlah, aku rasa sebelum ni content macam ini banyak bersepah kat Google. Boleh cari sahaja. Sebahagian yang aku nak share pun, mungkin boleh didapati online.

Cuma beberapa hari lepas, ada hantar mesej ucap terima kasih kerana content yang aku tulis 5 tahun dulu sangat membantu dia untuk rancang trip dia. Woohoo! Aku rasa sangat berbaloi, walau aku pun dah tak ingat aku pernah tulis dalam blog ni.

Jadi hari ini aku ingat nak share sikit tentang day trip aku ke Swiss baru-baru ini. Aku cubalah ya untuk tulis sebaik sahaja habis trip, sebab aku dapati aku selalu lupa. Hahah. So kita cerita tentang panduan jalan jalan ke Zurich, Switzerland.

btf

Okay. Kali ini aku share tentang Zurich, Swiss. Kalau korang tak pasti kat mana, Zurich ni adalah bandar besar di Swiss yang terkenal dengan bandar kewangan dunia (bank besar semua ada pejabat disini). Bila tengok orang disini, kebanyakan berkot dan berpakaian segak. Kebanyakan kereta pun sama ada kereta mahal atau kereta baru. Disini pun, antara bandar termahal di dunia.

Di celah fakta itu, aku cuba explore bandar ini dengan cara paling tenang. Berjalan kaki. Aku keluar dari penginapan sekitar jam 9am, dan parking kereta di Banhofstrasse. Bayaran parking 7.50CHF untuk 2 jam. Mahal oi!

Dari situ aku mulakan slow walk ke Burkliplatz. Ini adalah dataran yang ada gerai-gerai jualan pagi. Jika hari Sabtu pula ada flea market di area sini. Melintas dari sini, akan sampai ke jetty untuk cruise Tasik Zurich atau ke Rapperswill.

Burkliplatz
Waterfront, jety untuk feri dan cruise ke Rapperswill

Ambil gambar lebih kurang, mulalah berjalan ke tebing Limmat River. Di sini boleh tengok macam mana jernih air sungai ini, sedangkan di kiri kanan sungai adalah bangunan pejabat dan ada stesen pengangkutan utama Zurich. Aku respek!

Hati-hati berjalan yea. Tengok tram bila nak melintas
fznor_vivid
fznor_vivid

Benda pertama yang mungkin kau akan jumpa adalah St Peter Church. Yang ini gereja yang mempunyai ruang muka jam (faceplate) di menara berwarna coklat. Ia merupakan faceplate jam yang terbesar di Eropah beb.

St Peter Church.

Dari situ kau berjalan ke Grossmunster bila menyeberang Limmat River. Kalau kau nak kenal senang sahaja, ia mempunyai dua menara yang ada gelar sebagai ‘Salt and Pepper’ tower sebab seakan botol tersebut.

Grossmunster
Grossmunster Salt and Pepper bottle. Faham tak kenapa nama dia macam tu ?
Model Grossmunster
Comel tak guest aku?

Ko ambil gambar dari Grossmunster, then slowly berjalan menuju ke Town Hall (Rathaus). Sebelah dia ada balai polis comel. Nikmati bangunana lama yang masih dipelihari sehingga sehari ini. Semua kawasan ini dipanggil Old Town.

Belah kiri tu Town Hall
Town Hall / Rathaus
Aku sukala dengan perkataan polizei tu. Macam cool je

Dari sini, kalau boleh terus berjalan ke Niededorfstrasse, ia adalah lorong-lorong kecil yang ada kedai di kiri kanan. Comel la kalau nak tengok structure unik bangunan disini.

Boleh nampak 2 tower church. Bila jam berbunyi serentak, macam berlawan bunyinya
Lorong bersih la wehh
Nice tak?
Teringat aku Cloister kat Glasgow

Dan sepanjang aku lalu tadi aku jumpa satu kedai halal disini. Spice Valley. Yummeh!

Mana ada makan murah kat Swiss
Nak masuk tapi tak jadi
Layan
Itu Lindenhof tembok kena spray Punx tu. Ko kena panjat ke atas untuk dapatkan pemandangan.

Bila kau terus jalan, akan berjumpa dengan Bahnhof atau stesen utama Zurich. Tadi sebab aku bimbangkan tetamu, aku tidak teruskan. Jika kau berkesempatan jangan lupa naik Polybahn, keretapi kecil naik ke puncak kawan Universiti of Zurich. Aku baca bayarannya pun tidak mahal mana sekitar 1.50CHF.

Dari situ cross jambatan, dan mula dari ke Lindenhof. Dari atas sini boleh nampak pemandangan Limmat River dan Old Town dari atas bukit.

Aku suka la tengok awek piknik tepi sungai ni
Depan tu stesen besar Zurich. Tapi air sungai menten, tak tercemar.
Macam biasalah. Mesti ada mangga cinta punya.

Dari situ aku berkejar semula mencari tetamu di tempat parking melalui Bahnhofstrasse. Apa yang popularnya adalah sepanjang jalan ini kita akan jumpa semua tuk nenek kedai-kedai berjenama besar dunia.

Aku mampu tengok sahaja.

Yang duduk makan kat area ni, semua orang hensem cantik berbaju kot

Jangan pula singgah Paradeplatz untuk bergambar dengan stesen unik tram disini. Sekali tengok, semua tram ni macam mahu berlanggar sahaja dan berjalan bersimpang siur. Pening beb!

Serabut weh,.
Paradeplatz ni waktu semua tram masuk ke stesen serentak
Aku nak amik gambar bendera je sebenarnya.

Lepas habis tu, kau boleh singgah ke beberapa kedai makan. Aku singgah di Bombay Karachi. Dah kenyang lebih kurang, aku balik la sambung tidur.

Haha. Tamatlah cerita aku hari ini.

Catatan kembara
Irwan Dahnil
Zurich, Switzerland

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply