You are currently viewing 7 Panduan Jimat Memandu Kereta Sewa Eropah

7 Panduan Jimat Memandu Kereta Sewa Eropah

Secara umum pemanduan di Eropah sangat tertib. Mereka sangat berhati-hati dan kadar kemalangan juga rendah. Bagi yang pertama kali, cabaran memandu kereta sewa Eropah adalah pengalaman yang akan diingat seumur hidup. Jika sedang mempertimbangkan memandu kereta sewa Eropah ia mungkin akan menjadi pengalaman yang menyeronokkan atau ‘mengerikan’. Bergantung kepada apa yang terjadi kepada pemanduan anda!

Benda pertama kena buat. Selfie atau wefie. Letak caption "riving in Europe, drive belah kiri" Wohooo
Benda pertama kena buat. Selfie atau wefie. Letak caption “Driving in Europe, penuh gaya!” Wohooo

Pengalaman aku memandu di Eropah tidak selama mana. Kiraaan akhir cuma beberapa ribu kilometer di beberapa buah negara seperti Swiss, German, Austria, Spain dan Portugal. Pengalaman menyesuaikan pemanduan di Glasgow selama 6 bulan di UK membantu memberi sedikit tip berguna. Berikut adalah 7 perkara yang perlu diketahui mengenai kereta sewa di Eropah kerana ini boleh menjimatkan kembara anda :

1. Kelayakan Memandu

Memiliki lesen memandu Malaysia yang sah dan passport (yang mempunyai foto) sudah memadai untuk memandu di Eropah. Tidak perlu International Driving Permit (IDP), tapi kalau ada pun tidak mengapa.  Beberapa kali aku memandu di Eropah, cuma sekali ditanya tentang IDP. Kebanyakan masa, mereka cuma tengok lesen memandu aku bergambar hensem tu aje.

IDP boleh diperolehi di JPJ. Cuma RM150 setahun. Bawa gambar sekeping, sesalinan IC dan lesen memandu yang masih valid. Hensem tak aku pakai kot lagi tu... :)
IDP boleh diperolehi di JPJ. Cuma RM150 setahun. Bawa gambar sekeping, sesalinan IC dan lesen memandu yang masih valid. Hensem tak aku pakai kot lagi tu… 🙂

Di kebanyakan negara Eropah, semua syarikat penyedia kereta sewa akan menyatakan had umur untuk memandu. Khususnya pemandu muda, yang menunjukkan golongan paling banyak terlibat dengan kemalangan. Maklumlah darah muda.

2. Jenis dan Keadaan Kenderaan

Kereta sewa Eropah boleh ditempah 100% melalui internet dan memerlukan booking awal. Ini kerana syarikat kereta sewa ini memerlukan maklumat jenis kereta yang diperlukan pelanggan atau menghantar ke tempat di mana pelanggan akan mula menyewa. Belum pernah lagi aku cuba walk-in kerana risiko tiada kereta dan mengelak kos sewa kereta yang merabakkan poket.

Stereng disebelah kiri dan gear disebelah kanan. Berbeza dengan Malaysia pemanduan disebelah kanan. Yang sama cuma kedudukan accelarator minyak dan break. Bagi yang biasa naik kereta Eropah seperti Mercedes, BMW dan Audi (dan beberapa kereta Malaysia kalau tidak silap) perasan tak semua signal dan wiper berada terbalik dari kebanyakan kereta Jepun ?

Kereta sewa Eropah biasanya menggunakan kereta Eropah. Jarang aku jumpa kereta Jepun atau Korea. Eropah lagi canggih dari kita, kereta semua baru. Aku pernah naik kereta yang aku tak tahu macam mana nak turunkan handbrake.. :)
Kereta sewa Eropah biasanya menggunakan kereta Eropah. Jarang aku jumpa kereta Jepun atau Korea. Eropah lagi canggih dari kita, kereta semua baru. Aku pernah naik kereta yang aku tak tahu macam mana nak turunkan handbrake.. 🙂

Pertama kali  aku memandu kereta sewa Eropah bermula  di Munich terasa kekok yang amat. Tambahan pula kereta gear manual, tangan kiri asyik tersasul mencari gear di sebelah kiri sedangkan gear manual disebelah kanan. Lain macam rasa.

Merasa juga naik kereta mileage 22km Citroen C4 Cactus Turismo. Orang Spain & Portugal jeling2 je bila kereta aku lalu.
Merasa juga naik kereta mileage 22km Citroen C4 Cactus Turismo. Orang Spain & Portugal jeling2 je bila kereta aku lalu. Jangan jeles…

Walaubagaimana pun, ada beberapa perkara yang menyenangkan hati memandu kereta sewa Eropah. Usia kereta masih muda dan ada yang model terkini. Kebanyakan kereta yang disewa adalah baru. Kereta baru yang usianya dibawah 2 tahun. Pengalaman memandu di Sepanyol kereta hanya berusia beberapa hari dengan mileage baru mencecah 22km! Pelbagai ciri baru kereta yang aku jarang guna di Malaysia boleh dirasai. Contohnya, kereta di Eropah akan memadamkan enjinnya apabila kereta tidak bergerak seperti di trafik light, dan hidup semula enjinnya sebaik sahaja brek ditekan. Menggelabah juga kali pertama naik kereta, tiba-tiba mati enjin. Haha..

Risiko kereta untuk rosak sentiasa ada, tetapi kebarangkaliannya sangat rendah. Alhamdulillah sudah beberapa kali aku sewa, keadaan kereta sangat baik dan belum pernah breakdown.

Kecurian dan kehilangan kereta jarang berlaku. Kecuali di negara Balkan dan Eastern Europe kebanyakan kereta sewa yang dilarang ke sana. Bukan tidak boleh, tetapi akan dikenakan insurans yang lebih tinggi. Ada sesetengah penyedia kereta sewa Eropah tidak membenarkan langsung kereta dipandu ke sana. Jika berdegil ke sana juga, perlindungan insuran akan terbatal secara automatik.

3. Pemilihan Kenderaan

Antara beberapa perkhidmatan yang popular adalah seperti Hertz, Avis, Europcar, Buchbinder, Trifty, Budget, Sixty dan Enterprise. Yang lain-lain aku belum pernah try. Ketika membuat tempahan online, boleh lihat review dan rating yang diberi pelanggan terdahulu. Macam aku pakai rentalcars.com.

Aku tak de preference syarikat mana. Aku lebih suka rujuk review pengguna sebelumnya.
Aku tak de preference syarikat mana. Aku lebih suka rujuk review pengguna sebelumnya.

Ada sesetengah perkhidmatan meminta kita membayar dahulu, ada sesetengahnya perlu booking menggunakan kad kredit. Ada yang membenarkan pembatalan secara percuma, ada yang tidak boleh. Perkara ini perlu diteliti kerana kesilapan tempahan duit boleh hangus.

Tempahan memerlukan kad kredit diatas nama driver atau driver kedua. Ini untuk memudahkan tempahan disamping memudahkan kaedah pembayaran sewaan. Jika tiada kad kredit, terpaksa menggunakan kad kredit salah seorang penumpang dan meletakkan namanya sebagai pemandu kedua. Ini ada risikonya, kerana mungkin tempahan awal tadi terpaksa dibatalkan dan dianggap sebagai tempahan baru yang lebih mahal. Selain itu kad kredit diperlukan sebagai deposit excess insurans jika berlaku apa-apa kemalangan terhadap kereta.

Satu lagi perkara, jika perlu pilihlah kenderaan yang unlimited mileage kerana membolehkan kereta dipandu sejauh mungkin termasuk kemungkinan sesat. Ada sesetengah kereta menghadkan jumlah jarak perjalanan kereta dengan memberikan harga sewa yang lebih murah.

Banyak maklumat yang boleh diperolehi ketika booking.
Banyak maklumat yang boleh diperolehi ketika booking.

Jika memilih kereta, biasanya kita boleh memilih kenderaan yang boleh memuatkan 9 orang. Lebih dari 9 itu dianggap pemanduan kenderaan komersil. 9 orang itu termasuklah kanak-kanak dan bayi. Seorang untuk setiap kerusi. Jika kanak-kanak bawah 12 tahun, hendaklah menggunakan kerusi kanak-kanak/bayi. Mereka tidak boleh dipangku, diriba atau didukung. Adalah menjadi satu kesalahan jika tiada kerusi kanak-kanak disediakan. Ini bukan Malaysia ye, main sempit-sempit asal muat.

Satu lagi perkara adalah mengenai satelite navigator atau GPS. Yang biasa digunakan adalah seperti Garmin atau TomTom. Jika mahu jimat mungkin boleh guna Waze atau Google GPS. Tanpa GPS, mungkin tidak sampai ke destinasi. GPS boleh disewa jika mahu, tetapi membawa sendiri adalah lebih jimat. Pastikan peta Eropah telah dikemaskini ke dalam GPS. Kalau peta Johor Bahru je ada pun tiada guna.

Kereta yang canggih dan terkini selalunya sudah tersedia GPS.
Kereta yang canggih dan terkini selalunya sudah tersedia GPS. Anyway, aku selalu bawa GPS sendiri sebagai backup. Sebelum mulakan perjalanan, set kordinat destinasi pada dua-dua GPS dan bandingkan.

Kebanyakan kereta boleh diambil di airport, di stesen dan terminal keretapi utama ada di bandar. Jika anda membuat trip open-jaw (destinasi ketibaan tidak sama dengan destinasi pulang), boleh menyewa kereta dari satu lokasi dan menghantar kereta tersebut di lokasi yang lain. Contohnya, mengambil kereta di Airport CDG Paris dan memulangkan di Airport Malaga, Sepanyol. Walau bagaimana pun ada caj tambahan akan dikenakan.

Pastikan ketika mengambil kereta, periksa dulu kondisi kereta. Mungkin ada kemek atau defect dimana-mana bahagian kereta. Biasanya jika ada, pihak penyedia kereta akan maklumkan dahulu dan memberikan report kereta tersebut. Jika ada keadaan kereta yang mencurigakan, bagitau mereka awal-awal sebelum mula memandu. Jangan sampai kita pula dikenakan caj mengganti kerosakan yang bukan kita buat.

Aku pilih kereta diesel. Jimat dari segi penggunaan minyak. Dari segi power pun puas hati. 9 seater boleh panjat bukit lagi.
Aku pilih kereta diesel. Jimat dari segi penggunaan minyak. Dari segi power pun puas hati. 9 seater boleh panjat bukit lagi.

Kebanyakan kereta sewa Eropah menggunakan Full-to-Full Fuel Policy. Maksudnya, tangki minyak kereta adalah penuh ketika kereta diserahkan kepada pelanggan, dan tangki itu juga hendaklah dipenuhkan ketika kereta dipulangkan. Kalau lepas guna kereta, tangki tidak penuh, caj akan dikenakan terhadap kad kredit tadi. Dulu masa aku belajar, lampu tangki minyak kereta sewa tu sentiasa je menyala sebab isi minyak minimum. Hati pulak sentiasa berdebar takut mati enjin sebab minyak habis. Zaman universiti dulu.

Di Eropah, harga minyak biasanya tidak sama antara stesen. Harga tidak dikawal kerajaan, kebanyakan stesen minyak di bandar menawarkan harga minyak lebih murah dari stesen di lebuhraya. Aku suka pakai kereta diesel sebab lebih tahan. Minyak diesel di Eropah ni power beb. Serius tak rasa beza dengan power petrol.

Satu lagi pesanan tentang mengisi minyak. Di stesen minyak, haruslah mengisi minyak dahulu ke tangki kereta, barulah ke kaunter membuat pembayaran. Di Malaysia terbalik, bayar dahulu baru isi. Aku rasa kalau sistem pembayaran minyak di Eropah ni dipraktikkan di Malaysia, mungkin banyak stesen minyak lingkup!

Kebanyakan negara Eropah mengenakan tol. Cuma cara kutipan tol adalah berbeza. Ada yang cash yang ada orang menjaganya, ada yang elektronik dan ada yang menggunakan tiket yang mempunyai masa sah yang ditampal di kereta.

Tanya kepada penyedia kereta sewa jika bayaran tol sudah dijelaskan atau bagaimana membayar tol. Di Portugal contohnya menggunakan sistem tol elektronik. Tiada toll booth kecuali gerbang berkamera.

Di Portugal, ada lebuhraya menggunakan sistem tol elektronik. Kena berhenti di awal lebuhraya, registerkan kad kredit kemudian setiap kali jumpa gerbang ni, lalu seperti biasa. Kamera akan capture plat number dan bil tol akan masuk dalam kad kredit.
Di Portugal, ada lebuhraya menggunakan sistem tol elektronik. Kena berhenti di awal lebuhraya, registerkan kad kredit kemudian setiap kali jumpa gerbang ni, lalu seperti biasa. Kamera akan capture plat number dan bil tol akan masuk dalam kad kredit.

4. Sistem Jalanraya dan Peraturan

Kecuali di UK, kebanyakan kenderaan di Eropah adalah pemanduan sebelah kiri. Bergerak disebelah kanan jalan, kereta yang laju akan memotong disebelah kanan. Bila memasuki roundabout, tengok kereta yang datangnya dari kiri dan bukan kanan.  Acap kali juga hampir memasuki lorong yang berlawanan arah.

Panik mungkin 30 minit pertama, tapi kalau kita sudah biasa memandu, akan terbiasa. Jika ada motorway atau highway lebih mudah, perasaan memandu kembali seperti biasa. Otak kita memerlukan sedikit masa untuk tune.

Ini kereta pertama aku drive di Eropah. VW Passat Wagon yang bontot besar boleh sumbat banyak barang.
Ini kereta pertama aku drive di Eropah. VW Passat Wagon yang bontot besar boleh sumbat banyak barang. Aku berlima, bawa barang pakai beg trolley. Pun tak muat.

Ada travel buddy aku ketika melintas jalan hampir dilanggar kereta kerana menoleh ke kanan sedangkan kereta datang dari arah kiri! Sungguh keliru. Di beberapa bandar utama seperti Amsterdam dan Zurich, sistem jalanraya lebih komplikated. Selain dari jalan kereta, pemandu juga mesti peka dengan lorong tram, bas, teksi, penunggang basikal dan pejalan kaki. Buat pertama kali, memang serabut. Di UK sebagai contoh, disediakan lorong khas bas dan teksi dimana kereta biasa dilarang memasuki lorong tersebut pada waktu-waktu yang ditetapkan.

Perkara yang perlu diberi perhatian juga adalah tempat meletak kereta dan kaedah pembayaran. Memandangkan tidak semua Eropah menggunakan bahasa Inggeris, mungkin ada papan tanda yang tidak kita fahami. Contohnya, masa berkuat kuasa parking, had kebenaran parking dan sebagainya.

Kebanyakan parking selepas masa pejabat adalah percuma, sama seperti hari Ahad. Tetapi hari lain, bayarlah parking mengikut yang ditetapkan. Sia-sia kena saman, kerana mahu menjimatkan beberapa Euro, kena saman pulak beberapa ratus.

Membaca signboard tanda arah tempat juga sangat sukar disebabkan bahasa dan ejaan yang berbeza. Ikut aje GPS.
Membaca signboard tanda arah tempat juga sangat sukar disebabkan bahasa dan ejaan yang berbeza. Ikut aje GPS.

5. Budaya Memandu Berhemah

Di Eropah secara umum mengamalkan pemanduan yang berhemah. Pemanduan secara perlahan dan tenang. Seperti menghampiri lampu isyarat, mereka akan memperlahankan kenderaan dan berhenti jika lampu isyarat bertukar oren.

Mereka juga mengutamakan pejalan kaki. Di zebra crossing contohnya, pejalan kaki mempunyai kuasa besar mendahului aturan melintas. Begitu juga dengan peka dengan penunggang basikal.

Benda  pertama kena buat. Selfie atau wefie. Letak caption "riving in Europe, drive belah kiri" Wohooo
Kalau ada co-driver atau penumpang sebelah yang rajin jadi navigator itu lebih bagus. Boleh tunjuk jalan kiri kanan. Tapi kalau dapat navigator yang asek tido je apa boleh buat. Bertabahlah.

Seringkali, apabila saya memandu dalam keadaan yang sedikit tidak meyakinkan, pemandu lain berhampiran akan turun memperlahankan kenderaan. Contohnya saya terlajak mengambil lorong kanan sedangkan saya mahu ke kiri, kereta belakang hampir-hampir memberhentikan kereta untuk mengelak kemalangan.

Simply say, jangan buat gaya pemanduan ganas di Malaysia. You know what I mean.

6. Perlindungan Insurans

Satu lagi perkara yang dititikberatkan adalah perlindungan kenderaan dan nyawa. Dapatkan insuran komprehensif melindungi dari sebarang bentuk kemalangan yang tidak diinginkan. Aku tidak mahu cerita panjang sebab terlalu teknikal pula. Tetapi nasihat aku dapatkan perlindungan insurans comprehensive kereta dan nyawa.

Inilah kereta yang buatkan aku cuak. Masa aku hantar, Buchbinder cakap aku crack pada cermin depan. Kos ganti EUR400 je! Pucat jugak lah. Nasib baik ada perlindungan insuran, lega.
Inilah kereta yang buatkan aku cuak. Masa aku hantar, Buchbinder cakap aku crack pada cermin depan. Kos ganti EUR400 je! Pucat jugak lah. Nasib baik ada perlindungan insuran, lega. Silap aku juga sebab aku tak check keadaan kereta masa ambil.

7. Mengelak ‘Cari Pasal’ Di Negara Orang

Satu lagi disiplin memulangkan kereta hendaklah on time atau sebelumnya. Jika terlajak masa, maka sewa untuk satu hari lagi akan dikenakan. Takde la nak ngelak-ngelak cakap jem ke apa. Cara serah kereta pun selalunya sangat mudah. Cuma pandu ke parkingnya an serahkan kunci kereta. Tidak sampai 2 minit.

Di Eropah memandu kereta merupakan antara aktiviti yang merbahaya jika tidak disertakan dengan kesedaran. Cara pemanduan disini mahu melindungi dari berlakunya sebarang perkara buruk. Kemalangan itu boleh dielakkan.Jangan memandu laju, patuhi peraturan jalanraya, bayar parking tiket, mengambil langkah perlindungan seperti insuran secukupnya.

Jangan culas. Sekali kita masuk dalam database blacklist, susah kita mahu sewa kereta di masa akan datang. Di UK, jika terlibat dengan kemalangan, mungkin dihalang untuk memandu selama 2 tahun.

Memandu kereta membolehkan aku  bebas ke mana sahaja. Dan paling best berhenti dimana-mana dan posing! Weehooo!
Memandu kereta membolehkan aku bebas ke mana sahaja. Dan paling best berhenti dimana-mana dan posing! Weehooo!

Kita memandu untuk menikmati pemandangan cantik Swiss atau menguji highway popular Authobahn di German. Bukan untuk cari penyakit.

Akhir kata, pandu cermat jiwa selamat!

Foto kredit : Azhari Abas, Fauzi, Juliana Langgat & Khairul Hanim

***************************************************************************************************************************
Berikan Sokongan Anda!

Jika anda rasakan kandungan blog ini bermanfaat, follow di Fanpage Safarnama. Jumlah Like yang meningkat, membantu penulis memahami corak pembacaan dan menghasilkan kandungan blog yang relevan dan berguna untuk pembaca. Hanya klik butang LIKE di bawah.

***************************************************************************************************************************

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

This Post Has 9 Comments

  1. Justine

    Very informative indeed!

  2. Ummu Fateh

    Menarik! Dan sangat bermanfaat. Semoga Allah berkati.

  3. Siti khairulbariah

    Menarik..sangat berguna untuk travel ke bumi Eropah

  4. Amir

    Salam

    ada x guideline kadar tol sekitar europe?

    netherlands, belgium, france, germany, italy, luxembourg, switzerland

    lama dah cari … x jumpa2…hehehe

    ID : Saya selalu rujuk di http://www.viamichelin.co.uk/

  5. Jarir Harun

    Salam bro, nak tanya sikit la.

    Untuk sewa kereta di Munichl, berapa deposit yang kena bayar ye?

    Sebab ada tengok yang tulis Euro1000, lepas tu macam excess damage Euro1600 dan lain-lain. Tak berapa nak faham. Yang mana satu nak kena bayar ya?

    Harap sudi kongsi ilmu 🙂

  6. Fuad

    Bolehkah klau sy mengunakan debit card utk membayar deposit insurans..?

  7. Nurul

    Salam En Irwan,

    Boleh recommend car rental company yang bagus dan boleh dipercayai di Glasgow?

    Terima kasih

  8. irwan.dahnil

    Boleh rujuk syarikat kereta. Setahu saya hanya Avis yang menerima debit card. Yang lain saya rasa hanya kredit card.

Leave a Reply