You are currently viewing Train Panorama Bernina Express : Chur ke Milan

Train Panorama Bernina Express : Chur ke Milan

Kalau sebut Switzerland, boleh dikatakan semua perjalanan keretapi banjaran gunung memang superb 5 bintang. Antara yang pernah aku cuba adalah train Interlaken-Lucern dan Bernina Express dari Chur ke Tirano.

Perjalanan kali ini bermula dari airport Zurich dan berakhir di Milan, Itali. Laluan ini akan menaiki train dari airport ke Zurich, Zurich ke Chur, Chur ke Tirano, Tirano ke Milano Centrale.

Catatan ini ditulis setahun selepas perjalanan tersebut maka mungkin ada lupa-lupa sedikit sana sini. Yang pastinya dari airport Zurich ke stesen Zurich HB bertolak jam 6.15am selepas terlepas train pertama jam 6.03am. Macam mana boleh terlepas train pun akku tak pasti, sama ada aku yang terlambat atau train tu terlebih cekap bertolak awal. Nasib baik tiket train ni open, boleh naik train mana-mana.

Sampai di stesen Zurich HB, aku tak singgah naik ke terminal. Cuaca sejuk dan matahari belum muncul. Keadaan agak gelap. Risau juga, mulalah terbayangkan ada penjahat berpisau datang dan tikam aku dari belakang. Ceh…Boleh pula fikir bukan-bukan masa ni.

Cari mesin tiket automatik. Beli tiket CHF39. Lepas tu aku jalan cepat-cepat, tunggu di platform yang sepatutnya. Lengang beb pagi-pagi ni, tapi terpaksa juga kerana aku dah beli tiket Bernina Express yang dijadualkan bertolak jam 8.58am. Kalau terlepas, tiket burn.

234

Train di Swiss niĀ  mukanya sama sahaja. Apabila kembara dari satu tempat ke satu tempat, jangan tersalah naik train. Ada direct train, ada train berhenti-henti. Ada train boleh bawa binatang, ada train boleh bawa basikal. Ada juga yang mempunyai kafeteria untuk beli air dan makanan.

Ahh.. Macam-macam ada.

Seperti train di kebanyakan negara Eropah, ia sangat menepati masa dan sangat selesa. Walaupun dalam bahasa German, masih mudah untuk difahami.

Perjalanan aku dari Zurich Hb ke Chur melalui bandar kecil dan juga tasik. Lawa juga pemandangan. Dan pada ketika itu mata aku seakan-akan terpejam melihat keindahan alam.. Zzzzz…

255
Dibahagian atas stesen Chur ada stesen bas. Kira bersepadu jugalah pengangkutan awam disini.

Aku sampai di stesen Chur tak ingat jam berapa, tetapi cukup masa untuk menaiki train Bernina. Aku singgah ke pejabat tiket mengesahkan perjalanan dan nombor platform sebelum membeli makanan dan sedikit minuman. Sementara tunggu train sampai, aku jalan-jalan sekitar stesen. Keadaan masih lagi sejuk dan berangin dan matahari masih malu-malu nak muncul. Sebab aku pikul backpack aku 9kg,Ā  badan aku pun dah rasa lenguh. Aku duduk sahaja dalam stesen mengumpul haba.

Bila tiba masanya, train Bernina Express pun sama. Train ini sebenarnya bersambung dengan train yang lain yang menuju ke destinasi yang sama. Aku periksa tiket betul-betul memastikan nombor seat dan coach. Train ini melalui beberapa stesen dan ada coach atau gerabak yang akan dipisahkan dari lokomotif atau kepala keretapi tu.. Jika tersalah duduk coach, boleh tersalah destinasi jadinya. Tetapi jangan bimbang kerana ada inspektor atau konduktor keretapi yang boleh membantu untuk mencari coach yang betul.

Tiket ini dibeli secara online dan print dari rumah.
Tiket ini dibeli secara online dan print dari rumah.

Untuk membezakan coach Bernina Express dengan coach biasa, coach ini dipasangkan cermin bersaiz tinggi, besar dan luas bagi memudahkan penumpang melihat pemandangan. Semua kerusi mempunyai nombor dan dibekalkan dengan brosur. Akan ada server atau orang yang menolak troli menjual makanan dan minuman sepanjang perjalanan.

Tip : Ada satu ruangan cermin tidak mempunyai bayang. Untuk gambar yang tiada reflek boleh ke situ.

Perjalanan keretapi di Bernina Express mengambil Ā masa selama 4 jam sejauh 144 km. Perjalanan berais Switzerland untuk ke kawasan cerah di Itali akan melalui 55 terowong dan 196 jambatan, adalah laluan keretapi yang dibina pada 1896-1904 dan kini telah diisytiharkan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO.

Coach Bernina biasanya berada di bahagian belakang
Coach Bernina biasanya berada di bahagian belakang

Perjalanan antara Chur dan Samedan berhampiran St Moritz, Bernina Express berkongsi laluan dengan kereta api kembarnya Glacier Express menyeberangi laluan terkenal Landwasser Viaduct. Ia laluan dari gunung ke gunung dengan pemandangan indah.

Selatan Pontresina , keretapi akan memanjat sehingga puncak Pas Bernina , melalui Morteratsch Glacier , mencapai jarak yang tertinggi Ospizio Bernina Ā pada ketinggian 2,253 meter ( 7,391 kaki) di atas paras laut. Menurun melalui pokok-pokok cemara di sisi gunung itu , keretapi tamat di kampung yang cantik Poschiavo .

Pemandangan akan berubah apabila train mula mendaki. Melalui pemandangan desa,melalui lereng bukit dan pokok tinggi.Ā  Sehinggalah memasuki kawasan perkampungan bersalji dan puncak gunung pemain ski. Memang indah! Satu lagi tempat popular fotografi Bernina Express adalah laluan keretapi berbentuk pusingan yang dipanggil Brusio Spiral Viaduct.

Menaiki Bernina Express perlu ditempah tiketnya di laman RhƤtische Bahn www.rhb.ch. Memang nikmat. Anyway, dalam post blog kali ni, aku tak masukkan gambar-gambar menawan di sana. Aku buat post baru nanti, aku akan upload gambar tu nanti.

Ini adalah pejabat sempadan antara Swiss dan Itali. Ada pejabat, kaunter tiket dan toilet je.
Ini adalah pejabat sempadan antara Swiss dan Itali. Ada pejabat, kaunter tiket dan toilet je.

Perjalanan Benina Express berakhir di Tirano dimana keretapi biasa boleh diambil untuk terus ke Milan, Florence atau Rome. Sesampai je di stesen Tirano, aku pergi cari tiket train terus ke Milano Centrale.

Masa aku sampai tu, kaunter tiket macam tutup pula. Aku dah panik sikit. Kalau tidak ke Milan, tidur kat station aku malam ni. Aku pun ringankan mulut bertanya.

“Bang, kat mana nak beli tiket ke Milan ?”, aku tegur orang di sebelah stesen tu. Aku translate.

“Uuu….”. Itu je jawabnya pendek sambil mulut memuncung ke arah depan.

378

Aku tengok ke depan hanya bangunan sahaja. Aku jalan ke depan,Ā  buat muka konfiden. Memang tak nampak langsung ciri-ciri kaunter tiket. Aiseh…

Aku kemudian masuk ke kedai runcit berhampiran. Rupanya beli tiket di kedai ini. 11 euro harganya. Begitu pula..

Sementara menunggu train, macam biasa aku jalan-jalan tengok stesen. Bahasa Itali pula yang banyak huruf O dibelakangnya.Ā  Yang ketara, cuaca di Itali semakin hangat. Dari kesejukan badan aku dah mula lencun dek basah peluh.

Aku sampai Milan Centrale dalam jam 4pm. Badan penat tahap dewa. Aku sempat snap sedikit gambar je.

Aku sebenarnya sedang mengejar flight ke Athens pula. Nanti ada masa aku cerita tentang Milan pula.

 

 

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

This Post Has 2 Comments

Leave a Reply